Taraf hidup penduduk Sabah. What can u say?

Statistik Taraf Hidup Penduduk Sabah

Mengikut statistik diatas sudah ada peningkatan keatas taraf penduduk negeri Sabah khususnya. Walau bagaimanapun perangkaan yang dikeluarkan tidak mencerminkan taraf kehidupan yang sebenar. Penduduk Sabah masih dihimpit kemiskinan dan masih kekurangan dari segi prasarana dan infrastruktur asas seperti jalanraya bertar, lampu letrik, paip berbayar. Bangunan sekolah juga masih kekurangan di kawasan pedalaman yang menyebabkan pelajar terpaksa berjalan sejauh 10 atau 15 kilometer untuk sampai ke sekolah.

Statistik tersebut aadalah berdasarkan ratio sahaja(cth: 10:5, 20:10 dsb), yang bermaksud orang kaya bertambah kaya dan yang miskin tetap miskin, so apabila dibuat perkiraan pendapatan, dianggap telah meningkat, dan sekaligus dianggap sebagai peningkatan taraf hidup secara keseluruhannya.

Kemalangan Keretapi Sabah

Gambar berikut yang disiarkan di The Borneo Post pada 11 April 2008, juga mendapat liputan di TV3. Keretapi yang bergerak selaju antara 15 dan 20 KM sejam telah tergelincir dan terjunam ke sungai Padas. Berlaku di Labung Batu kira-kira 3 kilometer dari Pekan Tenom. Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat yang menghakis tebing sungai Padas, yang mana menjadi laluan keretapi tersebut.

Gambar Keretapi Terjunam ke sungai Padas
Landasan keretapi Sabah adalah sepanjang 140 km keseluruhannya dimana sebahagian daripadanya dihentikan untuk tujuan naik taraf. Manakala yang masih beroperasi adalah Beaufort dan Tenom sejauh 40KM. Pada kejadian itu 2 orang telah terkorban, kecederaan teruk 3 orang dan cedera ringan 19 orang. Perkhidmatan keretapi tersebut digantung serta merta.

Comments

Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

Print d baju, gelas, dll



jangan terlepas setiap episod merlin season 4

Saya seorang pekerja makan gaji
48% = Depan Komputer
/online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
15% = Tambah nafas(merokok,sembang
kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
5% = Buat kerja(semalam)
5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

 
/*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas