Friday, May 2, 2008

Hari Pekerja. Apakah ia?

Hari pekerja merupakan hari kelepasan am bagi para pekerja di seluruh dunia hasil daripada pergerakan atau tuntutan kesatuan sekerja. Biasanya hari pekerja diistihar sebagai cuti umum dalam sesebuah negara.

Negara-negara yang menyambut hari pekerja pada 01 May adalah seperti Argentina, Bangladesh, Brazil, Bulgaria, Chile, China, Croatia, Denmark, Egypt, Finland, Germany, Greece, Hungary, Iceland, India, Italy, Jordan, Korea, Latvia, Lithuania, Lebanon, Malaysia, México, Norway, Pakistan, Poland, Portugal, Romania, Singapore, Slovenia, Sweden, Thailand and Vietnam.

Walaupun diistihar cuti umum di negara berkenaan namum nampaknya pekerja masih 'berkerja'. Lihat saja gambar-gambar berikut.
Turki
Filipina
Indonesia

Thailand
Mexico



Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan kepada pekerja di negara ini.


11 NGO turut tuntut hapus polisi gaji murah


Kumpulan tersebut terdiri daripada golongan pekerja ladang, kilang, peneroka bandar, wanita, petani, belia dan pelajar, media aliran alternatif, bumiputera (Sabah dan Sarawak) serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.

Kumpulan pekerja tersebut menyenaraikan 15 tuntutan untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis tersebut antaranya cuti bersalin ditambah dari dua bulan kepada tiga bulan dan bonus setiap tahun kepada pekerja kilang.

Yang peliknya di negara kita, jika pembaca masih ingat bahwa kita telah menuntut gaji minimum sebanyak RM1000 tahun lepas, kenapa pula turun jadi RM900?

Mengenai tuntutan supaya umur persaraan dilanjutkan dari 55 ke 60 tahun, saya bersetuju dengan seorang graduan menggangur yang mengirimkan pandanganya kepada TV3 bahawa perlanjutan tempoh persaraan itu sememangnya akan menambahkan lagi graduan yang menganggur, disamping itu apa lagi yang mereka boleh buat pada umur 60 tahun? Bukankah baik mereka berehat saja dan menumpukan masa terhadap keluarga.

Apakah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi pada 10 May 2008? Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter