Wednesday, July 30, 2008

WALL-E


Tahu tak mengenai tajuk di atas? Ya wayang yang sedang ditayangkan di pangung-pangung. Tidak payah saya nak komen pasal movie ini kerana seperti biasa keluaran Pixar sangat-sangat berkualiti.

Sinopsisnya berkisar mengenai seorang robot pemungut recycle yang keseorangan. Manusia telah berhijrah ke angkasa dan meninggalkan bumi yang mungkin sudah musnah atau tidak lagi sesuai untuk didiami. Walau bagaimanapun manusia itu lupa untuk 'shutdown' robot yang dipanggil Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth). Wall-E dengan itu meneruskan kerjanya sebagai pemungut sampah dan ditemani 'pet'nya iaitu seekor lipas.

Ketika melakukan kerja hariannya, pada suatu hari dia menjumpai tumbuhan yang baru nak bercambah lalu membawa pulang ke rumahnya.

Tujuh ratus tahun kemudian manusia itu teringin untuk mencari tempat untuk bertamadun. Maka itu mereka menghantar satu robot (EVE) untuk meninjau kalau-kalau ada tanda-tanda kehidupan di bumi.

Maka disitulah bibit-bibit percintaan mereka bermula. Tidak lama kemudian tiba masa untuk EVE diambil oleh tuannya. Wall-E cuba mengejar EVE namun kapal tersebut berlepas menyebabkan Wall-E terikut (diluar kapal) sehingga sampai di angkasa.

Dipendekkan cerita, fokus utama dalam filem ini adalah tumbuhan yang dibawa oleh EVE kepada tuannya untuk analisa.

Manusia itu akhirnya berjaya kembali ke bumi setelah beberapa kontroversi dengan robot dan segala macam elektronik yang mengawal pergerakan, makan dan minum manusia pada zaman itu.

Download di sini (sementara stok masih ada)

1 ,2

Selepas menonton kongsikan pendapat kamu disini.

3 comments:

  1. thanks boss! sa suda download. ngam2 laju ni Wifi sini. berabis tros

    ReplyDelete
  2. ini movie saya kasi 5 bintang. download sementara stok masih ada

    ***** stars

    stay tune mana tau ada lagi movie baru

    ReplyDelete
  3. bos sa suda tinguk dan mmg siuk ni movie.

    walaupun dialog sikit, tapi siuk mo tinguk si Wall-E yg kiut mengharapkan 'cinta' dari si Eve.

    sa pun kasi ***** stars

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter