Stacy Akademi Fantasia 6

Cerita ini sudah lama, tapi saya baru terbaca. Mungkin ramai juga yang tidak tahu perjalanan seorang budak kampung ini sehingga bergelar Juara dan Artis. Berikut adalah kisah-keluhnya yang tersiar melalui URTV tidak lama dulu.

Saya pasti ramai yang belum mambacanya jadi saya salinkan disini saja.
----------------------------------------------------------------------------------------------
STACY keluar dari hidup susah!

(URTV) Sedih mendengar pengakuan juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam, 18 tahun, atau Stacy tentang kesusahan hidupnya sebelum menjadi juara rancangan itu. Kesusahan keluarganya menyebabkan Stacy terpaksa berkorban pelajarannya (tidak sambung sekolah), dmi memberi laluan kepada adiknya, Aldrich Andy Anam,12, untuk terus belajar.

Stacy berkata, " saya memang datang daripada keluarga yang susah. Bapa saya kerja tangkap ikan dan tanam sayur. Jadi berapa sangat pendapatannya. Nak harap ibu saya pula gajinya sebagai pekerja hotel hanya RM 1,000 sebulan."

"Gaji mak saya untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Manakala adik-beradik yang lain semuanya tidak bekerja. Untuk bantu keluarga terpaksalah saya bekerja ketika berusia 15 tahun. Saya menyanyi di Restoran Sugar Bun di Sabah."

"Bila umur saya 16 tahun baru la saya menyanyi sepenuh masa di situ.sebulan dapatlah duit RM 1,700. Duit itulah saya gunakan untuk belanja dapur, bayar pelbagai bil, untuk sekolah adik saya dan sedikit belanja untuk diri sendiri."

"Masa nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpaksalah berhenti sekolah kerana keluarga saya tak mampu hendak membayar yuran sekolah dan peperiksaan saya," katanya.

Stacy anak kelahiran Penampang, Sabah menambah, "kemiskinan kami menyebabkan keluarga saya terpaksa meminjam wang. Bila terlewat membayar, kami sering dihina dan diumpat kerana saya menyanyi di kelab malam, anak-anak tidak berpelajaran dan macam-macam lagi."

"Boleh kata orang berdekatan kampung saya semuanya mengalahkan pemberita...suka ambil tahu pasal saya dan keluarga saya."

Apa yang dirasakan dengan kehidupan sekarang sesudah bergelar juara?

"Sejak jadi juara AF6 ada orang yang muncul dan mengaku pula, yang saya ini anak merekalah...saudara merekalah dan macam-macam lagi. Dulu tak ada yang mengenali saya."

"Sekarang saya happy sangat sebab saya dah ada harta. Antaranya wang simpanan RM25,000, kereta Peugeot, rumah banglo di A Famosa, Melaka."

Kini apa yang berubah dalam kehidupan you?

"Tentang sikap saya, ya, saya masih saya yang dulu. Tak ada apa-apa yang berubah pada diri saya. Tapi dari segi kemajuan diri, selain bergelar artis, kini saya cukup bertuah ditawarkan belajar di Universiti Lim Kok Wing. Februari depan barulah saya akan mula belajar dalam bidang Sound & Muzic."

Apakah barang idaman yang dulu tak mampu dibeli, tetapi sekarang sudah dimiliki?

"Beli banyak baju. Dulu ada duit saya khaskan untuk kegunaan keluarga. Kalau nak beli baju pun saya hanya beli dua bulan sekali. Baju yang saya beli biasa-biasa saja di pasar raya. Paling mahal harganya RM30 dan paling murah RM5.'

"Sekarang dah ada duit, bila-bila masa saya boleh shopping untuk beli baju-baju show. Baju paling mahal saya beli harganya lebih RM350. Baju show jenama I Socks ini saya beli di Berjaya Times Square."

Orang kaya baru...Stacy setuju digelar begitu?

"Ayoo tak suka...tak ada makna.. saya masih sama saja macam dulu. Rezeki sya sama saja. Perjuangan saya masih banyak lagi nak dibuat."

Apa hajat yang belum tercapai?

"Antara hajat saya ialah nak tinggal bersama keluarga dalam rumah kami sendiri di Kuala Lumpur dan Sabah. Ini adalah kerana Kuala Lumpur tempat cari makan dan Sabah pula tempat saya dilahirkan."

"Selain itu saya juga nak belikan mereka kereta. Kalau boleh kereta Avanza, jadi semua orang boleh naik sekali."

Bagaimana dengan cinta?

"Masa saya di tingkatan empat dulu saya ada juga berkawan dengan seseorang. Tapi bila saya tak sekolah lagi hubungan kami berakhir begitu sahaja. Hingga kini saya tak pasti adakah kekasih saya masih single lagi."

Bilakah ingin bercinta?

"Saya muda lagi untuk bercinta! Takut juga saya nak bercinta, cepat putus dan saya kecewa. Takut ia mengganggu karier."

"Dah ada peluang menyanyi ini, lebih baik saya tumpukan pada karier dan cari duit untuk bahagiakan keluarga. Saya rasa ibu bapa saya sudah cukup menderita dengan kesusahan kami dan saya juga sudah tidak larat dan penat untuk menangis lagi."

Bagaimana dengan album?

"Kini saya tengah dalam proses buat album pertama. Setakat ini saya dah rakam dua buah lagu. Konsep saya versatile dan ada juga sikit ballad. Tak sabar rasanya nak siapkan album ini.

"Pada 18 hingga 25 Ogos ini pula saya akan buat konsert bergerak di Sabah. Antara tempat-tempat yang bakal saya pergi ialah Kudat, Keningau dan Sandakan. Saya seronok sangat dengan road tour ini kerana saya boleh bertemu peminat saya dengan lebih dekat lagi."
----------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah baca? bagaimana. Saya harap kepada remaja di luar sana, marilah kita tiru semangat dan cita-cita Stacy ini. Tidak salah untuk memasang angan-angan yang penting ada usaha ke arah itu. Tanpa impian anda tidak akan kemana.

Oh ya artikel ini ditulis pada 31 Ogos 2008. Selamat Hari Merdeka yang ke-51

Comments

Facebook Comments

4 comments:

dn0-Ira said...

Setiap orang ada cerita tersendiri. Saya percaya setiap daripada azali lagi rezaki, hidup mati dan ketentuan jodoh telah ditetapkan. Sebenarnya kesusahan itu, mengajar seseorang individu erti kematangan.

Anonymous said...

uiii naaa... banyak 2 gaji kalau campur2 1 family. sia pun dari 11 adik beradik yg semua kerja petani xda gaji pun dapat ambil spm juga. pendapatan keluarga x pernah mencecah 500 sebulan. sia ambik spm pun bayar sendiri guna duit part time d kilang. sebenarnya banyak lagi org yg lebih susah dari ni amoi. bersyukurlah yang dapat pergi jauh.....

Anonymous said...

sbnarnya bila baca kisah hidup stacy ni bkan mau cakap apa..
tapi sy rsa sy punya hidup lagi susah ni...
masi ok jg tu kisah hdup lma ko ni stacy...
tapi sy faham jg perasaan ko tu...
apapun gud luck untuk ko k?
kalu org benci2 tu biar ja..
kita senang ka susah ka org ttp mau kasi buruk kita jg tu...
peduli lah dorang semua kn...
hope u will succes in ur life k...

Anonymous said...

congrat la untk stacy coz da success dlm mngubh khdpn dia n family.

Post a Comment

Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

Print d baju, gelas, dll



jangan terlepas setiap episod merlin season 4

Saya seorang pekerja makan gaji
48% = Depan Komputer
/online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
15% = Tambah nafas(merokok,sembang
kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
5% = Buat kerja(semalam)
5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

 
/*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas