Sunday, September 19, 2010

Nombor plat kereta special

sesetengah orang amat mementingkan nombor, ini termasuklah nombor pendaftaran kenderaan. tidak hairan ada yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk merebut no plat kereta kegemaran.

ABU DHABI 17 Feb. Seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memecahkan rekod dunia apabila berjaya membuat bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kereta 1, semalam.
Ia bukan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan kekayaan keluarga saya.Lagipun harganya berpatutan dan siapa yang tidak mahu menjadi nombor satu?kata Saeed Abdel Ghaffar Khouri selepas membida setinggi 52.2 juta dirham (RM45.8 juta) untuk nombor pendaftaran 1.
Nombor plat kereta special,no pendaftaran jpj,no pendaftaran kenderaanNombor plat kereta special,no pendaftaran jpj,no pendaftaran kenderaan

Kepada yang berminat, boleh la mengunjungi mana-mana pejabat (jabatan pengangkutan jalan)JPJ dan berunding dengan mereka berkaitan pendaftaran nombor plat kereta special.

update
yang ni pun special juga(spyshot)
No Pendaftaran kenderaan SUKOM


*Kemaskini*

Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601
07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.

"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. - Bernama

2 comments:

  1. jpj juga yg uyntung. agensi kerajaan pun dah start business,bukan lagi kebajikan

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter