Wednesday, March 23, 2011

lampu belakang proton wira masuk air

lampu belakang proton wira masuk air

balik dari bandar kira-kira 5.30 petang. macam biasalah trafik jam diwaktu sebegini, jarak perjalanan yang pada kebiasaannya mengambil masa kira-kira 15 menit, tapi waktu ini hampir 1 jam setengah untuk sampai.

maka saya terlihat sebuah proton wira di depan. saya sebenarnya selalu melihat perkara ini, iaitu lampu belakang wira yang masuk air hujan, entah mengapa dan bagaimana namun saya berpendapat bahawa kualiti yang rendah la puncanya.

anehnya lampu tu tidak pula 'short circuit', masih boleh menyala. setahu saya air adalah pengalir eletrik yang berkesan.

lampu belakang proton wira masuk air,proton wira
saya juga mendapati bahawa air yang masuk ini kekal disitu untuk jangka waktu yang lama. masuk senang keluar susah :)

trafik jam

satu lagi saya mahu cerita pada waktu ini adalah penggunaan minyak yang tidak efisen. dalam kesesakan tersebut odometer menunjukkan bahawa minyak telah turun satu bar,oh tidak. trafik jam oh trafik jam

walaupun ada pelbagai kemudahan jalanraya yakni jalan berkembar,'fly over', U-Turn dan sebagainya tetapi kesesakan jalanraya tetap berlaku, maklumlah taraf kehidupan semakin baik dan keupayaan untuk membeli kereta semakin cerah, tambahan pula munculnya model-model kereta yang murah di pasaran

ada beberapa cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya seperti ini, antaranya keluar lebih awal dari office, let say 4.30 ptg atau melepak bersama kawan-kawan selama mungkin sehingga kesesakan berkurangan,lebih kurang jam 7 ptg la. kalau anda seorang yang rajin boleh la buat kerja lebih masa (over time) dapat gaji lebih mungkin juga menjadi pekerja contoh :).

*update*
komen-komen pasal lampu belakang proton wira masuk air.
- Kalau pakai lampu ori rasanye benda ni tak kan terjadi. Selalu pakai lampu local je jadi macam ni. Depan pon boleh masuk air kalau pakai lampu local.

- solution....
beli botol silicon sealer yang warna hitam. beli gun untuk sealer tu....dan seal ruang2 yang boleh nampak pada lampu belakang wira....masa mula2 letak memang comot....tapi sebelum silicon tu kering, boleh lap dengan kain basah.....jadik le kemas ;)

tukar getah bonet =Rm30, Buka lampu kiri kanan pastu silicone gam =Rm 50. Setel problem.

2 comments:

  1. maybe air tu di cover lampu tu je bro, di sambungan mentol & wairing x kena sbb kedudukan dia kedalam & tengah2. cuma air bertakung je dlm tu agaknya.

    ReplyDelete
  2. betul cakap bro esa. selalu aku nampak air masuk separuh

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter