Thursday, April 14, 2011

sorry the blog at cakap2u.blogspot.com has been removed

blog has been removed

sorry the blog at cakap2u.blogspot.com has been removed

selepas ini blog ini akan mempunyai domain sendiri iaitu cakap2u.info


wow terkezut betul apabila saya login biasa di akaun blogger saya ini. pada sebelah petang (jam x ingat) masih boleh aksess akaun dan url pun masih boleh buka.

pada jam kira-kira 10 malam, saya terkejut apabila mendapat mesej di atas (sorry the blog at cakap2u.blogspot.com has been removed)
apabila saya klik
'I can't find my blog on the Web, where is it?'
saya diberi opsyen untuk memasukan nombor telefon mobile (hp), katanya lagi ada aktiviti2 yang meragukan cuba mengaksess akaun saya. sila ikut arahan langkah demi langkah untuk pengesahan bahawa anda adalah pemilik sebenar akaun anda.

langkah pertama verifkasi melalui mobile phone

gambar 1

langkah ke-2 anda diberikan kod melalui telefon
gambar 2
gambar 3

langkah ke-3 masukan kod yg diberi tadi ke dalam kotak yg disediakan

gambar 4
contoh

jangan risau, ini untuk kebaikan kita juga, masukkan nombor hand phone anda-pilih voice call. text message sangat lambat dan kadang2 tak sampai manakla voice call akan dikirim kurang 2 minit.

seperti yang anda lihat saya mengisikan 2 no telefon iaitu 019 dan 016. ini adalah lebih baik dan kemungkinan untuk akaun google anda dihack adalah sangat rendah.

google akan menelefon anda dengan 5 digit kod e.g 67034 (gambar 4), beri tumpuan kerana sebutannya kurang jelas, nombor tersebut akan diulang 2 kali sahaja. jika gagal kena ulang seperti pada gambar 1. kod terakhir akan digunapakai.

syukur setelah memasukan kod tersebut, dalam beberapa minit saya boleh login ke blogger dashboard, walaubagaimanapun saya mendapati beberapa blog saya tidak kelihatan dalam senarai termasuk cakap2u - Bercakap dan berbagi.

setelah di refresh, dalam masa 10 minit,saya pun tersenyum kerana kesemua blog saya pun tertera semula dalam dashboard.

edisi siasat

saya pun kurang pasti apakah penyebab masalah ini "suspicious activity detected in your account". namun tidak menolak kemungkinan kerja hackers terutamanya dari negara jiran. baru2 ini juga dilaporkan bahawa www.malaysiakini.com telah dihack (atau disekat oleh kerajaan).

saya baru teringat saya ada menggunakan satu perisian iaitu free mass trafic submission. perisian ini akan menghantar blog kita ke beberapa directory service secara automatik.bukan saja url tetapi juga rss. saya tidak pasti apakah perisian ini menjadi penyebabnya

free mass traffic
free mass traffic
seperti yg kita tahu perisian percuma pasti ada 'agenda tersembunyi' di sebaliknya

sehingga saat ini saya tidak tahu sebab sebenar masalah ini.

memandangkan saya adalah publisher bagi nuffnang, maka permasalahan ini saya anjurkan ke pihak nuffnang agar membekukan kempen yang sedang tersiar di blog ini. menurut terms nuffnang,pemilik blog perlu memberitahu pihak mereka jika anda membuang skrip iklan. memandangkan blog ini hilang beberapa jam saja maka tiada isu besar yang timbul dengan pihak nuffnang.

pengalaman
ini bukan kai pertama saya dipadam oleh google. mentang2 la free suka hati dia saja delete. dulu lagi kejam sebab saya tiada peluang langsung untuk berunding apatah lagi retrieve kesemua blog saya. tapi pada masa itu memang salah saya yang meletakkan skrip PTC. bayaran ptc ini sangat bagus namun ia mengandungi virus,spyware yang menganggu server google lantas dipadamnya terus akaun saya itu. selepas 3 tahun iaitu tahun ini domain itu sudah available kembali.

backup

sebagai plan berhati-hati setiap blog perlu di backup. ada pelbagai cara untuk backup. bayangkan blog kita berusia 5 tahun dan mengandungi 1000 post dan 10k komen, tentunya kecewa dan hampa jika ia padam begitu saja.

blog post sebenarnya boleh dibackup menggunakan rss iaitu melalui feedburner, kita perlu melanggan sendiri blog kita supaya setiap post akan dikirim ke email kita. pelbagai perkhidmatan yang ada untuk melanggan rss misalannya yahoo page,google reader,google hompage
melanggan melalui rss atau atom feed

namun backup yang paling saya suaki dan rekomen adalah.......

fungsi import ke blog wordpress.
wordpress.com seperti juga blogger.com menyediakan platform percuma kepada pengguna untuk mencipta blog.

jika anda belum mempunyai akaun di wordpress boleh la membukanya sekarang di www.wordpress.com. (wordpress.com berbeza dengan wordpress.org)

fungsi import wordpress


dalam fungsi ini ia akan import kesemua post berserta komen, selain itu TIDAK akan disalin. anda perlu memberikan authorization kepada wordpress untuk memasuki akaun blogger anda dan selepas itu proses import berlaku secara automatik.
kalau nak tengo kandungan blog ini versi wordpress klik sini kandungannya sebiji sama.

jika anda jadikan blog wordpress ini semata-mata sebagai backup maka anda boleh pilih setting dan set as private. maksudnya hanya anda yang boleh melihat blog ini (kena login terlebih dahulu)

kiranya setakat itu saja, penjelasan agak serabut,btw klu ada pertanyaan pls drop a comment :)

recap:
-sekuriti akaun boleh dilakukan dengan phone verification (berikan 2 no telepon yg berlainan) atau gunakan email e.g hotmail utk secondary email
-backup terbaik ialah melalui hosting sendiri
-backup ke-2 terbaik ialah menggunakan wordpress.com
-login setiap hari, dan jika berlaku masalah seperti ini selesaikan segera. jika terlambat pihak google menganggap anda tidak berminat lagi dengan akaun anda

p/s: sebelum terlambat sekali lagi saya war-warkan supaya anda membeli hosting dan domain sendiri agar perkara seperti ini tidak akan berlaku. cari di post saya sebelumnya atau klik sini
p/p/s: saya sendiri mempunyai 2 hosting (kedua-duanya malaysia) yang saya gunakan untuk perniagaan sebenar, manakala domain dibeli dari luar
p/p/p/s: dengan ini juga cakap2u.blogspot.com bertukar kepada cakap2u.info. boleh beli dengan harga murah d sini Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter