Friday, April 8, 2011

telur palsu berada di pasaran malaysia

"China, a Haven for Fake Goods"
Begitulah kenyataan daripada seorang eksekutif dari korea selatan kepada berita Chosun Ilbo, mengenai produk-produk keluaran dari china.

telur palsu berada di pasaran malaysia

telur palsu
telur palsu dpercayai dari negara china

Di Cina, "tidak ada yang tidak boleh dibuat, kecuali manusia", begitulah statement yang dilabelkan kepada negara china. Pemalsuan sedang berleluasa di pasaran China dan banyak daripada mereka kelihatan asli dan hebat. Telur palsu ini menyebabkan keresahan orang ramai di Guangzhou tidak lama dulu dan sekarang pula di malaysia.

secara ringkasnya beginilah telur palsu itu dibuat (komponen):
  1. Putih telur itu dibuat dari tepung industri dan tawas.
  2. kuning telur adalah daripada kalsium klorida. 
  3. kulit telur itu dibuat dari lilin parafin. 

Jika anda memecah cangkerang telur dengan mudah anda dapat melihat bahawa itu palsu kerana kuning dan putih (telur) dicampur bersama-sama, tetapi sangat sukar untuk membezakan dari telur asli jika ia belum dipecahkan.

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi bahan cerita di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhawatiran besar di antara penduduk Korea. Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China".
Acara tersebut menelusuri kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China . Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian orang awam Korea.
telur palsu
telur palsu dijual di pasar di negara china
telur palsu

telur palsu

secara kesimpulannya telur palsu ini tidak selamat dimakan memandangkan ia dibuat daripada bahan kimia. memandangkan ia sukar untuk dibezakan sebelum pecah maka tugas anda untuk stay alert perkembangan semasa dan bertanyakan kepada penjual atau lebih baik mengadu kepada pihak berkaitan iaituKPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berdekatan

sebenarnya perkara ini sudah berlaku lama sekitar 2008, namun baru heboh di malaysia baru-baru ini. kemungkinan negara kita tidak peka dengan benda-benda sebegini(asyik politiking je)

ayam kampung ori punya
kami ayam ori...oooorrriii...
*Update semasa berkaitan telur palsu*
Dalang telur ayam tiruan diburu


2011/04/08
KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.
"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - BERNAMA

*Update bergambar telur palsu*
cara buat telur palsu



p/s: produk china juga menjadi buruan kepada usahawan kecil tempatan di negara kita dan ramai yang telah menjadi kaya setelah menjualnya semula di pasaran malaysia, lihat saja pakaian murah di pasar malam, pakaian bundle,aksessori,iphone palsu,komputer tiruan dan juga dijual di ebay.com.my,mudah.my atau bergerak sebagai dropshipper.


p/s:
Stress kerja ofis,belambak assimen? Takut Gemok? Nestle ada menyediakan justifikasi keseimbangan antara kerja dan kesihatan anda sini

2 comments:

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter