Friday, May 20, 2011

anak kucing mata satu

Anak kucing bermata satu yang lahir di Tawau sabah.
Penduduk kg.batu batu 4, jalan apas tawau sabah gempar apabila seekor kucing dilahirkan bermata satu.

menurut pemiliknya ibu kucing itu melahirkan 4 ekor anak kucing pada rabu (18.05.2011) dan seekor daripada anak kucing itu bermata satu.

mata itu betul-betul di tengah-tengah dan tidak mempunyai hidung.

gambar kucing mata satu 1
anak kuching bermata satu,kucing pelik
Anak Kuching bermata satu lahir di kg.batu Tawau,Sabah

gambar-New Sabah Times


gambar kucing mata satu 2
anak kuching bermata satu,kucing pelik


Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan. -Berita Harian Online

gambar kucing mata satu 3
anak kuching bermata satu,kucing pelik
SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.


lihat juga manusia kerdil di dunia
p/s: banyak benda pelik berlaku dewasa kini
p/p/s: teringat cerita dalam tv alien atau manusia bermata satu

1 comment:

  1. macam sama saja. tak tau mau cakap apa

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter