Lagu Perang Dah Tamat

Lirik dan lagu Perang Dah Tamat

adakah lagu ini secara kebetulan atau sememangnya peperangan sudah tamat.

lagu mesej keamanan.

gambar hiasan- sabung ayam



«Tun Dr. Mahathir - Intro»
The world now lives in fear
We are afraid of everything

«korus»
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Ker'na dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

«ulang korus»

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

«ulang korus»

«bridge»
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

«ulang korus 2x»

(Tun Dr. Mahathir - Outro»
War must therefore be made illegal



setelah kematian bin laden dan hamas dan fatah yang mengarah ke jalan damai.

senikata yang penuh makna dan amat diharapkan. dengar juga lagu banyak boonyi

p/s: perhatikan rangkap terakhir ayat terakhir. klu x silap lagu ini sudah keluar sebelum obama osama terbunuh
p/p/s: klu nak nyanyi lagu ini pastikan buat tekan tubi 100 kali atau larian 100m utk tambah nafas

Comments

Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

Print d baju, gelas, dll



jangan terlepas setiap episod merlin season 4

Saya seorang pekerja makan gaji
48% = Depan Komputer
/online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
15% = Tambah nafas(merokok,sembang
kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
5% = Buat kerja(semalam)
5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

 
/*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas