Sunday, July 17, 2011

Senario The Movie Ops Pocot

Review Senario The Movie Ops Pocot


Agak lama juga kumpulan Lawak Senario yang lahir dari program realiti TV Sinaran Passport Kegemilangan ini kembali dalam layar perak. Selepas beberapa kejayaan dalam lakonan seperti Senario The Movie sequel. kali ini senario menampilkan kelainan sedikit walaupun unsur2 komedi tidak dipisahkan dalam setiap karektor mereka.

Senario The Movie Ops Pocot kali ini diterbitkan oleh Metrowelth dibawa taikon perfileman Malaysia iaitu David Teo dan diarahkan oleh pengarah muda Ismail Bob Hasim yag sebelum ini diberi keparcayaan oleh David Teoh mengarahkan filem seram Nangkung.
Para pelakon terdiri daripada Senario The Movie Ops Pocot ini ialah Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Wahid, Mas Muharni, Diana Amir, Sasqia, Kamal Adli, Hairul Azreen, Shahfiez, Alex Yanz dan ramai lagi.

Sinopsis: Dalam sekuel lain untuk francais, "Senario The Movie Ops Pocot" meneruskan Kisah tiga pemuda yang sentiasa dibuli. Azli yg masih solo dan berkerja di pasar raya sebagai pengawal keselamatan tetapi sering tidur di tempat kerja. Mazlan adalah pengecut yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan sentiasa menjadi sasaran buli oleh rakan-rakannya kerana dia masih muda. Wahid adalah seorang lelaki yang tenang yang bekerja di sebuah agensi yang membekalkan pekerja asing. Tingkah laku Azli, Mazlan dan Wahid memaksa ketua mereka untuk mendaftarkan diri mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Tujuannya adalah untuk membantu mereka untuk mengubah perspektif mereka dalam kehidupan. Bagaimana Azli, Mazlan dan Wahid akan hidup kem apabila mendapati bahawa ia dikendalikan oleh seorang lelaki yang marah dan bekas tentera yang ganas?

nantikan kemunculan Senario The Movie Ops Pocot di pawagam berdekatan pada 21.Julai.2011



Senario The Movie Ops Pocot
Flyers wayang Senario The movie Ops Pocot

mak..ooii..eh..eh..Ops Pocot Senario The Movie Ops Pocot..eh,,eh

3 comments:

  1. Watak Wahid tu memang cool.. Lawak eh, muahua3! XD


    Jemput Baca: ANGRY BIRDS PUN SOKONG BERSIH 2.0?

    ReplyDelete
  2. ala..nak tengok sepah/zizan/nabil and the geng.. hehehehe :)
    senario da lama da... da xbest sangat..

    ReplyDelete
  3. @~~kimz~~senario memang dah lama dah,kita orang pn nak tunggu penangan pelapis dlm kategori lawak

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter