Saturday, August 20, 2011

Proton-Baru sekarang mengaku

Proton yang diasaskan oleh dr.mahathir sekitar 8oan,menjadi kebangaan negara pada mulanya,tetapi selepas beberapa tahun mendapat kritikan dari pembeli tempatan kerana harganya yang sangat mahal berbanding kualiti. suatu ketika dahulu proton saga digelar 'tin sardin'.

namun pada hari ini ternyata kereta nasional itu telah berevolusi dan bertambah baik, malah telah mempelbagaikan variasi keluarannya.

walaubagaimanapun kebelakangan ini,proton sekali lagi mendapat kritikan sehingga ke parlimen. kritikan ini berkenaan power window proton yang x berfungsi. kritikan ini dibidas oleh tun mahathir bahawa tingkap kuasa proton tidak mengalami masalah seperti itu.
tingkap kuasa proton-bharian


berikut adalah penafian tun mahathir sekeras-kerasnya
Mengenai dakwaan seorang penulis blog yang mengatakan tingkap kereta Proton tidak boleh diturunkan sehingga pemilik kenderaan itu terpaksa membuka pintu dan turun daripada keretanya untuk membayar tol, beliau berkata dakwaaan itu keterlaluan.

"Saya juga bawa kereta melalui tol dan saya belum lagi ternampak orang yang bawa kereta Proton (terpaksa) turun daripada kereta kerana nak bayar tol.


berita harian hari ini 19.08.2011 menyiarkan artikel yg bertajuk "Jaminan tingkap kuasa Proton"
antara isi kandungannya ialah:
ISU persepsi negatif mengenai kualiti tingkap kuasa atau 'power window' kereta Proton yang sebelum ini menjadi perbualan hingga ke Parlimen, bakal selesai apabila Proton Holdings Bhd akan mengumumkan langkah menanganinya tidak lama lagi.

“Sebelum ini, ramai pemilik Proton sering mengadu akibat mengalami masalah tingkap kuasa kenderaan mereka. Namun begitu, menerusi beberapa penambahbaikan teknologi dan kualiti dalam beberapa tahun lalu, tingkap berkuasa kereta Proton kini sudah jauh lebih berkualiti.
“Justeru, sebagai langkah menangani persepsi negatif, selain menunjukkan komitmen Proton yang sentiasa mengutamakan kualiti kereta keluarannya, kami berani mengatakan bahawa kini tidak ada sebarang kecacatan terhadap tingkap kuasa Proton.

“Diharapkan dengan pengenalan jaminan itu tidak lama lagi, ia dapat melenyapkan komen sinis berkenaan,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur.

-sumber berita harian

daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa power window proton sememangnya bermasalah (walaupun tidak semua)
main point saya disini ialah kenapa tun mahathir membuat penafian sedemikian? tak mengaku kelemahan sendiri. walaupun kita tahu tun adalah penasihat proton tapi beliau sepatutnya memberi komen neutral berkaitan kes ini.

perkara ini lah yang membuatkan pembeli2 kenderaan malaysia meluat dengan produk kereta tempatan. beli pun nak tak nak...ja. terpaksa. kononnya membeli proton adalah amal jariah

buang yg keruh ambil yg jernih akuilah kesilapan agar dapat dimaafkan

2 comments:

  1. Maklumlah usia tun dah meningkat......sikit2 dah naik angin.

    ReplyDelete
  2. dah tua masih tunjuk taring

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter