Tuesday, October 11, 2011

Bawah umur rogol bawah umur

Bawah umur rogol bawah umur
begitulah alkisah budak-budak zaman sekarang. Adakah ini kesan negatif kemajuan teknologi yang canggih dan mudah digunakan?
Ingatlah bahawa teknologi tidak pernah salah, yang salah ialah manusia yang menyalah gunakannya. Ini lah kesan pengaruh klip 3gp yang mereka tonton.

kepada ibubapa tanggungjawab ditangan anda, seperti yg dibincangkan dalam satu slot selamat pagi malaysia, pemantauan yang kurang dari ibubapa adalah punca perangai budak2 sering meliar. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing2 menyebabkan anak2 mengambil peluang dan juga suka berbohong.

Didapati juga bahawa anak2 lebih arif pasal IT berbanding orang tuanya, nak periksa handphone atau komputer pun tak mengerti macamana nak pantau aktiviti anak2.

Empat pelajar rogol rakan sekolah
SUNGAI PETANI – Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali (gambar) berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun.

“Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek.

“Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini.

“Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan .

“Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda,” katanya. -SH

rosak

dashyat

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter