Tuesday, October 11, 2011

Cukai Telco tiada Telekom ada

Seperti yang kita maklum cukai 6 peratus telco (pengoperasi telefon celular) telah 'ditiadakan' berikutan bantahan keramat dari masyarakat Malaysia, namun pada itu timbul pula cukai lain iaitu cukai UNIFI dan Streamyx yang dijangka dikenakan pada awal 2012.

jika begini lah situasinya maka keadaan hidup pada tahun 2012 akan lebih perit lagi dengan pelbagai macam cukai serta kenaikan harga barang keperluan. bajet 2012 yang dibentangkan bersifat mesra rakyat, namun yg peliknya sudah ada peniaga yang menaikkan harga barangan. jika ditanya mengapa barang naik peniaga menyalahkan pemborong,jika pemborong ditanya disalahkannya pembekal,jika pembekal ditanya maka disalahkannya pengeluar dan begitulah kelentong yang sentiasa berpusing-pusing dalam soal kenaikan harga barangan,
Cukai 6 % peratus: Telco tiada Telekom ada

impaknya paling ketara terhadap orang miskin iaitu berpendapatan dibawah rm700. bermacam kes yang berlaku misalnya berhutang dengan along,anak diberhentikan sekolah,anak dilacurkan,menjadi pengemis,jenayah meningkat,ikatan kejiranan longgar,gadaikan harta benda,korek tabungan dan banyak lagi kesan tragik akibat kemiskinan.

menarik pelabur asing adalah cara terbaik utk menambah pendapatan negara, dan bukannya menaikkan cukai semata2.

masalah pemimpin di malaysia ialah asyik bertikam lidah pasal politik dan memburuk2kan peribadi seseorang (mereka fokus kedudukan dlm politik). cuba kita lihat di US dan negara barat yg lain mereka lebih memperkatakan tentang kejatuhan saham,penerokaan teknologi baru,mencari solusi kepada masalah yg ada,mengutamakan  kebajikan rakyat,meneroka segmen pasaran baru,berani membuat perubahan pada produk dan banyak lagi.

dari segi jawatan pula, mereka bertekad untuk meletak jawatan sekiranya mempunyai prestasi buruk serta tidak menguntungkan, berlainan dengan pemimpin kita yang mempunyai slogan 'jawatan sampai mati', kononnya masih mendapat sokongan majority walhal mengamalkan kronisma,rasuah,ugutan serta habuan.

cukai oh cukai mengapa engkau naik.....
biar papa asal bergaya....

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter