Sunday, December 11, 2011

Berukband memang benar

Saya bukan berniat memburuk-burukkan sistem yang dipanggil Broadband yang mana sedang berkembang di malaysia. Saya juga baru saja berjinak-jinak dengan broadband ini.

Sebelumnya saya menggunakan dialup dan kemudian streamyx dan sekarang broadband.

Dari segi fungsinya adalah memang baik dan praktikal disebabkan sifatnya yang mobiliti dan juga plan pembayaran yang flexible.

Namun apa yang agak mengecewakan adalah dari segi connection dan speed. Dua kriteria inilah yang membuatkan pengguna2 broadband di malaysia bengang dengan perkhidmayan ini tidak kira dari syarikat celcom,digi,maxis,umobile dsb.

Maka dengan itu banyak gelaran yg dilemparkan terhadap perkhidmatan ini antaranya berukband,kura2,snail dan pelbagai lagi.

Dipihak syarikat sudah tentu mereka ingin memaksimumkan keuntungan manakala di pihak consumer adalah kepuasan.

Ayat2 pemasaran yang digunakan syarikat2 ini biasanya berorentasikan perniagaan, penjualan jenama dan keuntungan, umpama model yang berwajah buruk tetapi kelihatan cantik apabila di make-up.

Diharap suatu hari nanti sistem komunikasi dan internet di negara kita setaraf dengan apa yg dinikmati oleh negara lain.


p/s: saya tak tahu apa kena-mengena beruk dengan internet

1 comment:

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter