Kes bunuh 4 sekeluarga,Sibu Sarawak

Kes bunuh 4 sekeluarga,Sibu Sarawak

Remaja, ibu ditahan berhubung kes bunuh di Sibu

Gambar Kes bunuh 4 sekeluarga,Sibu Sarawak


2012/01/06
SIBU: Polis percaya sudah dapat menyelesaikan kes bunuh empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Jalan RTM di sini dengan penahanan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan ibunya yang berumur 44 tahun malam tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Heng Soon, berkata remaja lelaki itu bekerja sebagai kelindan lori dan ibunya suri rumah dan mereka tinggal agak dekat dengan rumah mangsa.
"Saya gembira mengumumkan kami sudah berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh empat hari selepas kejadian pada Isnin lalu.
"Suspek dan ibunya kini berada dalam tahanan kami untuk kami mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menyiapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis menahan ibu remaja itu kerana dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes itu.

Katanya, sebaik sahaja kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan.

Dalam kejadian antara 7 pagi hingga 7.30 pagi itu, ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuannya Amy Ling Zi Jiun, 7, mati akibat sama ada dipukul atau dikelar.
Seorang lagi anak Ling, Kelvin Ling Chei You, 8, masih berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Law berkata, dengan penahanan dua beranak itu, isteri Ling yang juga warganegara China , Li Xiao Lan, 28, yang sebelum ini ditahan reman untuk siasatan selepas mengaku melarikan diri menerusi tingkap untuk pergi ke rumah jiran ketika kejadian, dibebaskan hari ini.

Mengenai sama ada remaja lelaki itu menghidapi masalah mental, beliau berkata perkara itu sedang disiasat dan menurutnya remaja itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun penyalahgunaan dadah.

Law mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat untuk membantu polis menyegerakan siasatan mereka. - BERNAMA

Berita Sebelumnya
Kes bunuh 4 sekeluarga: Isteri kedua direman

04/01/2012 6:10pm

Oleh ZAAIN ZIN

SIBU 4 Jan. – Isteri kedua ahli perniagaan yang dibunuh kejam bersama ibu dan dua anaknya di kediaman mereka di Lorong 13B1, RTM Road di sini semalam ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Suspek, seorang warga China yang berusia 28 tahun itu ditahan di bandar ini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, perintah tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sibu bermula hari ini. – UTUSAN

Comments

Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

Print d baju, gelas, dll



jangan terlepas setiap episod merlin season 4

Saya seorang pekerja makan gaji
48% = Depan Komputer
/online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
15% = Tambah nafas(merokok,sembang
kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
5% = Buat kerja(semalam)
5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

 
/*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas