Wednesday, February 15, 2012

Kes 2 Tahun lalu- Saiful Apek Positif Dadah

Saiful Apek didapati positif mengambil dadah, melalui ujian yang dijalankan.
Berita terdahulu penangkapan Saiful Apek naik mahkamah.
Saiful Apek positif dadah,rajalawak,gitu-gitu production,lawak king
PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.
Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.
Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.
Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.
Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan.-kosmo

NAsihat buat Saiful Apek dan rakan artis yang lain, tinggalkan lah benda tu, tak bermanafaat untuk kesihatan.

p/s: michael jackson dan whitney houston pun dah meninggal pasal terover ambil drugs, fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter