Friday, March 9, 2012

Geliga Landak

Geliga Landak atau Buliga Lisis.
Sesiapa yang belum pernah melihat gambar geliga landak ini berikut adalah gambarnya.

Gambar Geliga landak, buliga lisis,landak
Landak / Lisis

Gambar Geliga landak, buliga lisis,landak
Geliga Landak / Buliga Lisis
Biasanya geliga landak ini ada dua jenis warna penjelmaan iaitu hitam atau coklat putih (seperti dalam gambar), geliga landak yang berwarna hitam biasanya lebih mahal berbanding yang coklat.

Semua kaum mempunyai pengunaan nya tersendiri mengikut pemahaman dan kepercayaan masing-masing. Penjualannya pula diukur mengikut per gram.

4 comments:

  1. Ini kali pertama saya lihat geliga landak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab bukan senang mau dapat, hanya yang bertuah saja dapat

      Delete
  2. KUANTAN – Batu landak atau bezoar stone yang terdapat dalam badan landak antara yang menjadi buruan orang ramai kerana ia dipercayai mampu mengubati diabetes, denggi dan barah.

    Batu yang dikenali sebagai batu geliga dalam kalangan masyarakat Melayu itu hanya terdapat dalam sebilangan kecil landak ‘bertuah’ menyebabkan ia menjadi rebutan.

    Difahamkan juga saiz geliga yang biasanya sebesar ibu jari itu boleh dijual hingga mence­cah harga ribuan ringgit dan menjadi antara herba ubatan bagi pengamal tradisional Cina.


    Kebiasaannya batu yang ber­ada dalam sistem pencernaan landak berkenaan dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk ditelan dengan cara mencampurkannya dengan minuman.

    Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Chong Ju Lian berkata, meskipun tidak dapat dibuktikan secara santifik kerana kekura­ngan kajian, masih ramai yang mempercayai khasiat dan potensi haiwan itu dalam perubatan.

    “Banyak kepercayaan me­ngenai khasiat landak misalnya bezoar stone yang merupakan bahan berunsur tumbuhan yang tidak hancur dalam sistem pencernaan landak dipercayai dapat melegakan sakit diabetes, denggi dan barah.


    “Bagaimanapun, kajian saintifik masih tidak banyak dan memerlukan lebih banyak maklumat dan kajian untuk memastikan keupayaan dan khasiatnya,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

    Selain itu, tambahnya, keberkesanan hempedu dan daging landak juga masih belum dapat dibuktikan dalam kajian saintifik perubatan terma­suklah dalam aspek tenaga dan kesuburan manusia yang sering diperkatakan. -K! ONLINE

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter