Ahli komplot pembunuh Datuk Sosilawati digantung sampai mati

Didapati Bersalah

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. – BERNAMA

Comments

Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

Print d baju, gelas, dll



jangan terlepas setiap episod merlin season 4

Saya seorang pekerja makan gaji
48% = Depan Komputer
/online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
15% = Tambah nafas(merokok,sembang
kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
5% = Buat kerja(semalam)
5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

 
/*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas