Thursday, July 25, 2013

Inisiatif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli.

Inisiatif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli.

Bermula 2007, Skim KWSP:
  • Meningkatkan peratusan simpanan persaraan dalam Akaun 1 daripada 60% kepada 70%
  • Pengeluaran umur 55 tahun yang fleksibel-secara sekaligus,bulanan,sebahagian atau kombinasi.
  • Tempoh mencarum(wajib) dilanjutkan dari 55 tahun kepada 75 tahun,sekiranya ahli masih berkerja.

Tips untuk menambah simpanan persaraan.
  • Mempelbagai sumber pendapatan (tabungan dan pelaburan) dan tidak hanya bergantung kepada KWSP.
  • Mulai menabung dari awal
  • Mempunyai perancangan jangka panjang (cth apakah keutamaan yang perlu dibuat selepas bersara-buat bisnes…etc)
  • Jaga kesihatan anda dan jalani kehidupan gaya sihat misalnya jangan boros serta cari kerja/bisnes yang lebih ringan dan kurang tekanan.
  • Melabur dengan bijak, elakkan pelaburan berbentuk Skim Cepat Kaya.
*tip;
Langkah penjimatan agar simpanan mencukupi.
-Memanjangkan umur persaraan dan terus berkerja selagi termampu.
-Keluarkan simpanan apabila benar-benar memerlukan
-Melaburkan sedikit simpanan untuk menjana pendapatan berterusan.

Mengapa perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan?
Secara umumnya simpanan KWSP tidak cukup untuk membiayai kehidupan selepas pencen. Antara sebabnya ialah bersara awal,umur panjang dan gaji rendah menyebabkan simpanan sedikit dan cepat habis.

Sejak KWSP ditubuhkan pada 1 Oktober 1951,umur pengeluaran kesemua simpanan kekal pada umur 55 tahun walaupun jangkahayat penduduk Malaysia meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna simpanan KWSP perlu digunakan selama 20  tahun selepas bersara.

Statistik KWSP tahun 2011 bagi ahli berumur 54 tahun menunjukkan.
  • 72% ahli mempunyai simpanan RM50000 dan kebawah
  • 47% ahli mempunyai simpanan RM20000 dan kebawah
  • Hanya 30% masih aktif berkerja pada umur 54 tahun.

Ini tidak mencukupi untuk menyara anda selama 20 tahun seperti contoh perkiraan sebelum ini[link].
Maka itu anda perlu mempelbagai kan sumber pendapatan agar tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja, menerima pendapatan persaraan secara berterusan dan mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang singkat.

Sumber-sumber pendapatan persaraan(mana nak cari duit lebih).

1.    Sudah tentunya Simpanan KWSP yang wajib bagi pekerja sektor awam dan swasta.
2.    Simpanan am seperti bank,Tabung Haji,Permodalan Nasional Berhad,insuran,pelaburan bijak
3.    Bantuan Orang Tua (BOT) diperkenalkan kepada warga tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
4.    Baitulmal, Zakat dan sebagainya.
5.    Bantuan keluarga, perkhidmatan kesihatan percuma,sewa hartanah,dividen pelaburan,faedah simpanan tetap(fixed deposit interest), PPRT dan seumpamanya.
Sumber pendapatan lain seperti kerja sampingan dari rumah,menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan, berkerja secara part-time, membeli anuiti dan lain-lain yang boleh difikirkan dapat memberi pulangan.

sebelumnya << Simpanan KWSP anda,ada berapa? seterusnya >>Keuntungan Skim KWSP?

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter