Thursday, July 25, 2013

Keuntungan Skim KWSP

Keuntungan Skim KWSP

Keuntungan Skim KWSP
Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan untuk hari tua anda.Ia dibahagikan kepada dua akaun iaitu:
•    Akaun 1-70% daripada simpanan khusus untuk persaraan
•    Akaun 2-30% daripada simpanan dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan(misalnya pembiayaan pendidikan,pemilikan computer,membuat rumah…)
Bilakah simpanan akaun 1 boleh dikeluarkan?
-iaitu apabila ahli mencapai umur persaraan 55 atau 60 tahun.

Bolehkan melaburkan simpanan dalam Akaun 1?
Ya. Misalnya dalam unit amanah saham melalui institusi pengurusan dana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.Pelaburan yang telah dijual akan dikembalikan semula ke Akaun 1 berserta apa-apa keuntungan. Walaubagaimanapun ahli bersetuju untuk menanggung sekiranya ada risiko kerugian.

Bila Akaun 2 boleh dikeluarkan?
Antara tujuan pengeluaran simpanan akaun 2 adalah seperti
•    Pengeluaran Perumahan-membolehkan anda memiliki sebuah ruma(cth kos rumah 50000) yang selesa selepas bersara
•    Pengeluaran Pendidikan-membiayai kos pengajian anda dan anak anda di peringkat diploma dan keatas.
•    Pengeluaran Kesihatan-membiayai kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal kepada anda dan keluarga terdekat.
•    Pengeluaran umur 50 tahun-persaraan lebih awal
•    Pengeluaran melebihi 1 juta-untuk dilaburkan dan diurus sendiri oleh ahli untuk menjamin sepenuhnya keperluan asas persaraan.

Bolehkan dikeluarkan sekaligus simpanan KWSP?
Boleh apabila:
•    Mencapai umur 55 tahun
•    Meninggalkan Negara (menjadi warganegara di Negara lain)
•    Disahkan hilang upaya dan meninggal dunia. Bayaran diberi kepada waris terdekat atau penama.
•    Anggota perkhidmatan awam yang telah diletakkan dalam taraf berpencen. Caruman bahagian majikan(kerajaan) dipulangkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

sebelumnya <<Iniasitif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli
  seterusnya >>Kebaikan-kebaikan menyertai Skim KWSP

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter