Wednesday, December 25, 2013

Lahad Datu Sabah diserang Ikan

Biasanya ada istilah di Sabah yang dipanggil "Menahu" iaitu ikan naik ke darat untuk bertelur, dan ini berlaku di kawasan sungai cetek (biasanya hulu).
Pada proses permulaan iaitu kira-kira jam 4 hingga 6 petang kelihatan beribu-ribu ikan berlegar-lehar dekat kawasan cetek dan apabila orang kampung melihatnya mereka tahu bahawa pada malam nanti ikan akan menahu (bertelur).

Kira-kira jam 8 ikan-ikan akan berkerlipan dan terkapar-kapar atas batuan sambil melepaskan telur masing-masing. Pada ketika ini juga lah ikan-ikan tersebut akan di "siud"(sauk).

Fenomena ikan tamban mendarat di lahad datu bukanlah perkara baru menurut seorang penduduk namun pada kali ini agar berbeza kerana jumlahnya yang sangat-sangat banyak.

Masyarakat di sekitar merumuskan bahawa mungkin ada bencana besar yang akan berlaku pada penghujung tahun ini. Mengimbas kembali tragedi tsunami Aceh dahulu yang mana nelayan menangkap ikan yang banyak sebelum tsunami berlaku.

Walau bagaimana pun apakah bencana yang akan berlaku itu tidak diketahui.
Ikan Tamban Lahad Datu
Gambar Ikan Tamban Lahad Datu oleh The Malaysian Insider
Rupabentuk Ikan Tamban atau juga dipanggil Beliak Mata
ikan tamban beliak mata
Gambar Ikan Tamban Lahad Datu oleh kakipancing.net

Video Ikan Tamban Mendarat di Lahad Datu Sabah


No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter