Tuesday, April 29, 2008

Wednesday, April 23, 2008

Sufiah family turn Blogger. Why?

Tentu kamu masih ingat kontroversi ini kan. Jadi kenapa mereka terpaksa membuat blog? Jawapannya seperti berikut.

As we’ve said a few times now, most of the news in the mainstream press regarding the Yusof family and Sufiah’s childhood is inaccurate, because the editors tend to filter everything we say even when we do agree to do interviews.

If you’d like to know what’s really happening, though, this site is the place to go; we’ll try to update it as often as possible so that everyone stays informed. We’d also like to ask that you spread the word about hyusof.com whenever Sufiah or the family are under discussion online or elsewhere, because it’s good if people know the real facts!


Dan juga membetulkan beberapa salah anggapan dan tomahan kepada keluarga dan anak-anak Yusof.

Tanggapan yang salah disenaraikan oleh Keluarga ini seperti berikut.

Misconception 1:
All the Yusof children were taught via Farooq’s “accelerated learning methods” — a tortuous regime involving studying in the freezing cold, punishments for answering questions incorrectly, and “stretching and breathing exercises”.


Misconception 2:
The Yusof children only became prodigies because they were forced to work unreasonably hard and/or were homeschooled.


Misconception 3:
TV and pop music were banned in the household.


Misconception 4:
The Yusof parents put tremendous pressure on their kids to succeed.


Misconception 5:
Sufiah’s abilities were unique, even within the family.


Untuk mengetahui apakah hujah penangkis kepada tomahan-tomahan di atas sila ke blog keluarga ini. Disini

Walaupun kejadian kes sofiah menjual tubuh benar-benar berlaku, namun pihak-pihak tertentu terutamanya media memanipulasi dan mengambil kesempatan daripada kes ini untuk tujuan keuntungan. Bagaimana pandangan anda,mengenai perkara ini?

Tuesday, April 22, 2008

Rentak Juara 2008

Rentak Juara 2008. Wakil dari Sabah

Kumpulan yang masih bertanding.


Biodata:

NAMA KETUA KUMPULAN : MUHAMMAD FARIZZAN AZRIN BIN JIMBUN


PENGALAMAN BIDANG SENI :

1. MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KELAB DAN MAJLIS KERAMAIAN

AHLI KUMPULAN : 5 ORANG

1. MUHAMMAD FARIZZAN AZRIN BIN JIMBUN
2. MUHAMMAD FAZLEY BIN JIMBUN
3. MOHAMMAD FAUZI ANAK JIMBUN
4. DONNY BIN AHON
5. SHAQUILA BT RAMLI

ALAMAT : NO.3292, BLOK 8E, QUARTERS S.E.S.B, JLN KUHARA,91007 TAWAU, SABAH.

Kumpulan ini telah menjadi undangan Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM 1 pada 21.04.2008. Diwakili SHAQUILA BT RAMLI.


Kumpulan ini telah terkeluar


NAMA KETUA KUMPULAN : AMIT BIN KAMSILAN

ALAMAT : MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN,
PETI SURAT 221, 90702 SANDAKAN, SABAH
BIODATA : DITUBUHKAN PADA TAHUN 2002

PENGALAMAN BIDANG SENI :

MENGIRINGI ARTIS-ARTIS TEMPATAN SABAH DAN DARI SEMENANJUNG MALAYSIA
PERNAH MENYERTAI RENTAK JUARA 2006 HINGGA PERINGKAT SUKU AKHIR SMS
TERLIBAT DALAM PROGRAM RTM, KHUSUSNYA RTM SANDAKAN.


AHLI KUMPULAN : 7 ORANG


1. RASHEENA BT AMIT -PENYANYI
2. AGUSTINE BIZINI - BASS
3. RUDY BIN AMIT - GITAR 1
4. JAINUDIN BIN SELAH - GITAR 2
5. BERDIN BIN BUANG - DRUM
6. DIMAH TAMIN - KEYBOARD
7. IDHAMSAH MOHD JAINI - PERCUSSION

MINGGU 3 (20/04/2008)
THE BOMBERS (BOMB)
RED ROSES (RED)
DA JIM’S BAND (JIM)
KAPITAN (KAPI)
LAMINA (LAMI)

Untuk Mengundi taip RJ-jarak-kod kumpulan dan hantar ke 32776

Saturday, April 19, 2008

Kes Buang bayi

nah ni lagi yang silaka ni.
Baru-baru ini seorang bayi telah dijumpai berdekatan Bank Negara Kota Kinabalu. Bayi tersebut dijumpai pejalan kaki, yang menyangka bayi itu sudah mati. Apabila didekati ternyata bayi itu masih hidup, lantas dia menghubungi pihak polis.

Pada tangan bayi itu terikat tag kelahiran dari hospital(tidak dinyatakan swasta atau kerajaan). Untuk pengetahuan bayi yang baru lahir akan diikatkan tag pengenalan.

Bayi itu kemudian dirujuk ke hospital QEH dan seterusnya dihantar ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

Alahai, begini punya orang pun ada ka? kalau nda sanggup terima, berikan saja kepada saudara mara, pasti ada yang mengambilnya. Kalau ia pun tunggu lah bayi tu besar.

Thursday, April 17, 2008

Service DBKK bagaimana??

Sejak kebelakangan ini, pihak DBKK sudah seminggu tidak memungut sampah di kawasan perumahan. Kenapa ya?

Ada desas-desus mengatakan mereka berkabung atas kematian rakan-rakan mereka dalam satu kemalangan di Inanam-Kiansom lebih kurang dua minggu lalu. Dalam kemalangan itu 5 orang telah terkorban dan kesemuanya kakitangan DBKK. Kalau begitulah ceritanya bolehlah dimaafkan.

Lagi satu pasal cecair yang mengalir dari trak pemungut sampah. Aduii satu minggupun masih boleh terhidu baunya. Maklumlah dia punya campuran macam-macam ada. Mahu tutup hidung pun nda sanggup lama-lama takut pengsan kehabisan oksigen :).

Pasal tanah yang menimbus semen pejalan kaki pun diaorang tak buang. Maklumlah kawasan perumahan ni sempit, so tempat parking pun susah, terpaksa parking di luar kawasan rumah. Ada penduduk yang mengambil inisiatif membuang bonggol berkenaan. Kalau tunggu DBKK, harap lah. Masa pilihanraya baru ada kontrek untuk membuang bongol tersebut, itupun kalau ada.

Tuesday, April 15, 2008

Kerja. Carilah Duit

Meet Uncle Hussein - La La La Kerjalah

cari kerja cari duitMacam pernah nampak? uii nolingan ku noh.
pelaburan wang saku tidak perlu kerja lagiTompinai sekalian, bukan senang bah kan cari kerja sekarang ini. Tanakwagu dan sumandak Sabah pun suka sangat pigi ke'el (kuala lumpur). Nah tengulah iklan di atas tu sampai tu burung kakak tua pun pening kepala tingu, tu iklan.

La la la 6x

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…
Kerjaan saja…

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja…kerja…

Repeat chorus 2x

Ahhhh..terpinga-pinga…
Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…
Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja…

Repeat chorus 2x

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

Repeat chorus 2x

Semoga rakyat Sabah yang berkerja di mana saja seperti Arab Saudi, UAE, Singapore, Brunei, Australia, New Zeland, pelantar minyak, lombong tembaga dan pelbagai tempat lagi agar dikurniakan gaji yang lumayan dan selamat kembali ke tanah air suatu hari nanti. Jangan kamu buat hal di negeri orang, sebab ada sekampung dengan saya tu, kena penggal kepala gara-gara bergaduh tak tentu pasal. Nah sepa yang susah keluarga juga bagus kalau dekat.

Kalau kamu moginum di sana jangan buat macam di kampung, sikit-sikit betumbuk, haoyoo tiada hasil bah, paling-paling biru mata dan kena sogit (ayam putih sama mangkuk cina).

Ok sekiranya kamu sudah puas kerja di sana sebelum pulang ke tanah air tulung-tulunglah kumpul duit, ada kawan cerita dia bilang masa pigi dua biji, balik pun dua biji juga, entah apa dia maksudkan. Jangan bawa bini sebaliknya bawalah isteri atau suami, itu lebih baik kan.

Maka diakhir cerita bila sudah dikampung apa lagi pigi lah buka ko punya tanah, harap-harap orang tidak lapis ko punya permohonan atau rantis. Kalau begitu kejadiannya terpaksa lagi jumpa ketua kampung kasi selasai.

akan datang...

cari lah kerja, meet uncle hussein

tunggu ye.....

Sunday, April 13, 2008

Apa yang dicari oleh orang Malaysia di Internet

Percaya kah anda? Top 15 apa yang dicari oleh orang Malaysia di Internet. Setakat february 2008. (this following keywords is what Malaysian searching for on the internet)

1. cititel
2. final fantasy 8
3. windows xp
4. perbendaharaan malaysia
-(Malaysia Treasury)
5. daniel henney
-(Korean American actor)
6. khairy jamaludin
-(son-in-law of Malaysia’s current prime minister)
7. mas travel fair
-(MAS = Malaysia Airlines)
8. iask
-(International Association for the Scientific Knowledge)
9. OXY
-(Occidental Petroleum Corporation)
10. altantuya
-(Mongolian woman murdered in Malaysia not too long ago)
11. mitsubishi malaysia
12. nokia theme
13. norton
14. mastika
-(local magazine)
15. gantz
-(manga and anime series)

Memang pelik tetapi itulah hakikatnya.

Keywords ini adalah berdasarkan Most Popularity dan Top Gaining Queries of the month.

carian orang malaysia tahun 2010 disini
p/s: kamu ada guna ka tu keyword? i guess altantuya ada kan, kenapa teda ah? :(
pps: making money teda ka?

Eyes of India

Today i'm post my article in English due to visitor may came from every part of the world, like Philipines, Singapore and India.

I just found this sites and want to ask you, if you been in India recently? Just came accross this site called India through the Eyes of an Indian. The site content not fully talk about vacation but you may find some interesting stuff there like flowers, software, India itself and many more.

Language are available in three languages which is english, german and french respectively. If you like it you may visit the site here http://myindia.blog.de

Thanks to my friends johnny.

Saturday, April 12, 2008

Taraf hidup penduduk Sabah. What can u say?

Statistik Taraf Hidup Penduduk Sabah

Mengikut statistik diatas sudah ada peningkatan keatas taraf penduduk negeri Sabah khususnya. Walau bagaimanapun perangkaan yang dikeluarkan tidak mencerminkan taraf kehidupan yang sebenar. Penduduk Sabah masih dihimpit kemiskinan dan masih kekurangan dari segi prasarana dan infrastruktur asas seperti jalanraya bertar, lampu letrik, paip berbayar. Bangunan sekolah juga masih kekurangan di kawasan pedalaman yang menyebabkan pelajar terpaksa berjalan sejauh 10 atau 15 kilometer untuk sampai ke sekolah.

Statistik tersebut aadalah berdasarkan ratio sahaja(cth: 10:5, 20:10 dsb), yang bermaksud orang kaya bertambah kaya dan yang miskin tetap miskin, so apabila dibuat perkiraan pendapatan, dianggap telah meningkat, dan sekaligus dianggap sebagai peningkatan taraf hidup secara keseluruhannya.

Kemalangan Keretapi Sabah

Gambar berikut yang disiarkan di The Borneo Post pada 11 April 2008, juga mendapat liputan di TV3. Keretapi yang bergerak selaju antara 15 dan 20 KM sejam telah tergelincir dan terjunam ke sungai Padas. Berlaku di Labung Batu kira-kira 3 kilometer dari Pekan Tenom. Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat yang menghakis tebing sungai Padas, yang mana menjadi laluan keretapi tersebut.

Gambar Keretapi Terjunam ke sungai Padas
Landasan keretapi Sabah adalah sepanjang 140 km keseluruhannya dimana sebahagian daripadanya dihentikan untuk tujuan naik taraf. Manakala yang masih beroperasi adalah Beaufort dan Tenom sejauh 40KM. Pada kejadian itu 2 orang telah terkorban, kecederaan teruk 3 orang dan cedera ringan 19 orang. Perkhidmatan keretapi tersebut digantung serta merta.

Thursday, April 10, 2008

Tuesday, April 8, 2008

Lelaki mengandung? Biar betul

Tentu kamu pernah dengar wanita mengandung, bukan? Tetapi bagaimana jika lelaki yang mengandung? Bukan kah itu sudah melawan hukum alam. Maklumlah zaman ini ada-ada saja teknologi yang boleh membuat atau menukar apa sahaja, termasuklah jantina. Di negara Asia atau khususnya Malaysia perkara seperti ini belum pernah terjadi.


Kalau klon haiwan atau pokok getah ada lah.

Lihat video berikut. Before and After.





Berikut adalah biodatanya.


Thomas Beatie was a very pretty young woman before he became a transgender male.Thomas, who is legally a man but is a "transgender" male, is currently 23 weeks pregnant.Beatie, born a woman, has had a chest reconstruction and testosterone therapy, but decided to keep her female reproductive organs. Beatie claims to have become pregnant through artificial insemination.

So maksud disni ialah pada asalnya dia adalah wanita tetapi telah menukar kepada lelaki, tetapi mengekalkan bahagian organ kehamilan.

Dia juga mempunyai isteri bernama Nancy. Apa nak jadi? Kiamat sudah dekat.

Monday, April 7, 2008

Sufiah tak kesal jadi pelacur

LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).


Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.



Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.

"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.

Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.

Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.

Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.

Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.

Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.

Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.

Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).
Sufiah Yusof: Interview @ newsoftheworld.co.uk
MATHS genius turned hooker Sufiah Yusof reveals how she drives men wild... by reciting EQUATIONS to her clients as they have sex.


Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.

"Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.

"Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya.

Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur.

"Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.

"Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri.

"Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya.

Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.


"Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.

"Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.

"Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman."

Source: Berita Harian Online
http://www.telegraph.co.uk/

Tamparan hebat buat Kerajaan AAB

Pilihanraya umum yang baru lepas, ternyata mengugat kekuatan kerajaan BN. Apa tidaknya bukan sahaja kehilangan majority besar tetapi juga kehilangan 5 buah negeri(Perak,Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur)

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah mengatakan bahawa kekalahan teruk BN adalah kerana sabotaj daripada ahli parti UMNO. Kenapa perlu sabotaj? jawapannya ringkas iaitu telah hilang kepercayaan terhadap hala tuju umno dan juga pucuk kepimpinan.

Ini dapat dibuktikan lagi apabila kerajaan sekarang mendapat kritikan yang hebat dan berterusan daripada bekas PM Tun Dr. Mahathir, Ku Li dan banyak lagi pemimpin yang tidak senang dengan cara parti UMNO dipimpin sekarang.

Datuk Hisammuddin Tun Hussein tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno, begitu juga Datuk Azalina yang tidak berminat untuk tanding ketua Wanita wlaupun dia adalah calon paling layak.

Sama-sama lah kita lihat apakah yang berlaku pada perhimpunan agung Umno nanti pada bulan Disember. Mungkinkah ada perubahan lagi dalam kerajaan yang ada sekarang?
Bagi orang Sabah,kita nantikan apakah (hasil )yang akan dibincangkan oleh Datuk seri Ahmad Abdullah Badawi dengan para pemimpin Sabah pada 07.04.2008 nanti.

Friday, April 4, 2008

Computer Specification

Ini ialah Desktop Computer yang saya gunakan. berumur lebih kurang 4 tahun :(


Following is a specification:


-m.board abit 800fsb
-processor intel pentium 3.06 hyperthreading
-graphic card- ati radeon 9550, 256mb, 8x, agp
-monitor compaq 17 inci, crt
-hard disk 410gb-4 partition
-os win xp sp2
-Linux-open SUSE(secondary)
-cooler master fan , adjustable
-2 external fan
-fire wire ohci
-router modem 512kbs
-2 power supply 450v each
-RAM 1g -ddr11 400 2 channel
-lg dvd rw 8x
-optical mouse
-Head set 3d and vibration control

PAS tunjuk belang

he..he sekadar tertarik dengan gambar ni.

sejak bila pula ada bendera politik di Sepang ni. Satu duni la orang tengo bendera PAS ni. Suatu strategi yang bagus.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter