Thursday, January 28, 2010

Lelaki Mengandung Lagi

Malay Version

berita terdahulu

Scott Moore - dianggap lelaki kedua yang mengaku hamil secara terbuka - dijadual melahirkan anak lelaki bulan depan dengan ditemani suaminya, Thomas.

Kedua-dua mereka dilahirkan sebagai bayi perempuan tetapi menjalani pembedahan menukar jantina beberapa tahun lalu.

Moore, 30, dianggap berkahwin secara sah dengan Thomas kerana masih mengekalkan sijil kelahiran asal.

Kedua-dua mereka bersetuju menamakan anak mereka itu Miles.

Menurut Moore, walaupun sesetengah pihak mengkritik mereka, dia dan Thomas tetap gembira dan tidak berasa aib.

Kini pasangan dari California itu membesarkan dua anak Thomas, Gregg, 12, dan Logan, 10, yang dilahirkan hasil hubungan dengan pasangan wanitanya sebelum ini.

Kes itu sama seperti berlaku terhadap Thomas Beatie yang menjadi perhatian pada 2008 kerana melahirkan bayi perempuan.

Moore dilahirkan sebagai Jessica dan naluri kelelakiannya mula menonjol ketika berusia 11 tahun.

“Apabila saya memberitahu keluarga, mereka menganggap saya gila, tetapi lama-kelamaan akhirnya mereka sedar ia serius dan membenarkan saya mula mengambil hormon lelaki sejak berusia 16 tahun,” katanya.

Ibu bapa Moore membelanjakan lebih RM25,500 untuk membuang buah dadanya, tetapi tidak cukup wang mengubah suai kemaluannya.

Thomas - dinamakan Laura sebelum ini - menjalani pembedahan menukar jantina tahun lalu.

Moore disahkan hamil pada Jun tahun lalu hasil sperma diderma seorang rakan lelakinya. Harian Metro, - Agensi

English Version

Pregnant Man?
pregnant man-guanabee.com


It’s been too long since we had a pregnant man around here, so thank God we’ve been sent Scott Moore who hails from California and is hella knocked up. Scott was born a woman named Jessica and decided he wanted to live as a man, but also wanted to bear a child with his husband, Thomas, to whom he is legally married because he still has a female birth certificate. Thomas has two sons from a previous relationship with a woman who died. Thomas was also born a woman and the kids, Gregg, 12, and Logan, 10 live with him and Scott. Got all that?

Scott is the second American man to come out as pregnant and possibly the second to deliver, with Thomas Beatie of Oregon being the first. Spaniard Ruben Noe Coronado, was unable to carry his twins to term. Now on to the pictures of a very pregnant Scott who is due in only a month’s time.
-clipmarks.com

Tuesday, January 12, 2010

persatuan usaha rakyat prihatin negeri sabah

Pernah dengar tak pasal persatuan ini? Saya juga baru mendengarnya dari kawan2. Khabarnya Persatuan Usaha Rakyat Prihatin Negeri Sabah (PURPNS) bertujuan untuk membantu sesiapa saja rakyat Negeri Sabah dalam apa juga usaha yang berbentuk ekonomi sara diri.

Menurut apa yang saya tahu peserta perlulah berdaftar dengan persatuan ini dengan membayar RM20 ringgit dan barulah layak menikmati perkhidmatan mereka termasuk memudahkan peminjaman dari bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jika ada update terbaru akan ditulis kelak sebab saya sendiri belum faham sepenuhnya.

Wednesday, January 6, 2010

Alignment Tayar

Setelah genap menggunakan kereta Produa VIVA maka genaplah juga untuk menukar tayar depan yang sudah haus.

Tayar depan sebelah kanan hampir bocor gara-gara alignment yang tidak sempurna, manakala sebelah kiri 'bunga' masih kelihatan jelas. Apabila cuba diperbaiki nampaknya tidak boleh disetkan jika chamber tidak ditukar.

Apabila saya bertanya kenapa chamber perlu ditukar, mekanik itu menjelaskan kereta baru semuanya begitu(chamber mesti tukar). Saya akur saja permintaan mekanik tersebut asalkan untuk tujuan pemanduan yang baik dan selamat.

Tiba-tiba jadi Power Steering
Selapas menukar tayar, menimbang tayar, menukar chamber dan memperbetulkan chamber saya sangat terkejut kerana apabila saya memandu stering menjadi ringan. Ya inilah kejutan bagi saya iaitu seolah-olah ada power stering. Jika sebelum ini sukar untuk memulas stering sekarang guna tapak tangan pun mudah sekali untuk memutar streng tersebut.

Saya menceritakan keadaan ini kepada kawan dan dia juga merasakan perubahan yang sama pada kenderaannya(kereta baru).


Timbul pertanyaan saya iaitu adakah kereta itu tidak diselenggara dengan sebetulnya semasa pembinaan dari kilang. Yakni tidak memperbetulkan alignment tayar dan penggunaan chamber yang tidak bermutu.

Nota: Chamber itu istilah baru bagi saya, namun secara kasarnya ia serupa dengan bolt dan nat(nut).lihat gambar berikut.

Proses ini menggunakan mesin yang dipanggil Hunter DSP400.


Monday, January 4, 2010

Burj Dubai launched 2010

Burj Dubai merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini telah dirasmikan pembukaannya. Perasmiannya dikawal ketat lebih 1000 anggota keselamatan termasuk yang berpakaian awam dan juga penembak tepat (Sniper).

Projek yang dibangunkan oleh syarikat besar Emaar ini dimulakan pada 2004 dengan kos USD20 Billion.



Perbandingan bangunan tertinggi di dunia.

01.Burj Dubai 800++ Meter
02.Taipei 101 508 Meter
03.Pusat Kewangan Dunia Shanghai di China 492 Meter
04.Menara Sears US 442 Meter
05.Menara berkembar Petronas Malaysia 410 Meter

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter