Wednesday, September 29, 2010

main kutu

main kutu telah menjadi hangat kebelakangan ini, sejak terbongkar dan tertangkapnya sepasang suami istri yang menjalankan permainan kutu ini secara wang pos. dikatakan pasangan ini mendapat wang kutu(keuntungan) sebanyak rm30 juta.selanjutnya disini
skim main kutu
pada hari ini di radio hot fm ada dibincangkan akan hal ini, dan bayak yang memberi pelbagai pendapat walau bagaimanapun rata-ratanya tidak setuju dengan pengharaman 'sistem kutu' ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000(pindaan terbaru rm7000) atau penjara maksimum tiga tahun(pindaan terbaru 7 tahun) atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

pada ketika ini main kutu hanya diharamkan dari segi undang-undang dan belum lagi dikaji dari segi agama. menurut undang-undang adalah di tegah dari memungut / mengumpul / mengambil deposit daripada orang awam samada perseorangan atau berkumpulan. hanya institusi seperti bank sahaja yang boleh memungut deposit daripada orang awam.

di negeri lain permainan ini dipanggil 'main hui' atau ada juga menamakannya 'tarik-tarikan'. permainannya mudah iaitu mengumpulkan wang daripada rakan-rakan peserta dan perbincangan akan diadakan siapa yang akan mengambil wang terkumpul itu dahulu (orang pertama). biasanya main kutu atau main hui ini berlaku dalam persekitaran rakan-rakan sepejabat. kuncinya hanya satu iaitu 'trustee' atau kepercayaan sesama kawan.

Kutu wang pos, saya tak pernah main, tapi kutu sesama jiran adalah. Sehari RM2 maknanya sebulan RM 60 ada 11 orang maka dapatlah RM660 bila sampai giliran.

Nak menyimpan sendiri RM2 sehari mungkin nampak mudah, tapi bukan semua orang mampu buat. Jadi main kutu adalah satu jalan untuk simpan duit.

Yang nak pakai duit dulu boleh mintak dapat awal, yang ni kira berhutanglah, bukan menyimpan... hehehe

suatu pandangan, kepada para peserta main kutu ini, kamu habiskanlah pusingan yang telah ditentukan. ini mengelak dari perselisihan berlaku dikalangan peserta. saya pasti tiada yang akan rugi.

Saturday, September 25, 2010

Sebab anda gagal ujian memandu

beberapa sebab anda gagal dalam ujian memandu Jabatan Pengangkuan Jalan JPJ.
Sebelum anda di uji oleh JPJ terlebih dahulu anda menepati beberapa kriteria yang ditetapkan oleh institusi sekolah memandu.
Misalnya harus melapasi 8 jam pemanduan, ujian berkomputer, kuliah dan bengkel.
Jika anda lulus bahagian ini, maka anda akan diuji terlebih dahulu oleh tenaga pengajar dalam institusi tersebut, ini dinamakan pra-qti.
Khidmat Memandu Kinabalu (KMK)
gambar atas: litar Khidmat Memandu Kinabalu - sekolah memandu KMK

Ada beberapa sebab kenapa anda gagal dalam ujian pemanduan samada dalam litar atau di atas jalanraya.
  • mengelebah (terutama ujian naik bukit dan jalanraya)
    • padahal semasa latihan mudah saja
  • lupa 5 perkara asas menurut urutan
  • laju (jangan melebihi 60kmj)
  • pertukaran gear tidak betul
  • tidak memahami tanda jalan
  • takut kepada JPJ di sebelah anda
  • tidak faham kereta yang sedang dipandu (cth. pertukaran perodua kepada proton)
    • model ini sedikit ada perbezaan misalnya kedudukan wiper dan signal
  •  tiada persediaan mental dan semangat (misalnya bergaduh dengan girl friend)
  • pejalan kaki wajib dihormati
  • mati injin (boleh dimaafkan bergantung kepada budibicara JPJ)
  • salah laluan
Jika anda tidak yakin, boleh menjalani berapa percubaan dengan bayaran tertentu (extra)
sebenarnya banyak lagi kesalahan yang dilakukan, namun ini adalah kesalahan asas dan mengikut pengalaman penulis.
last but not least markah lulus adalah, tidak kurang dari pada 5 kesalahan, kalau sebaliknya berlaku maka boleh booking next test atau tambah jam pembelajaran.

*gambar di atas adalah ujian sebenar kepada pemandu (bukan di Malaysia lah)
*video bawah - don't try this at home :)

Sunday, September 19, 2010

Sabah Big Bikers Club

Sabah Big Bikers Club / Kelab Bermotosikal Berkuasa Besar Sabah - [video] akan datang. ok sudah datang sini
Sabah Big Bikers Club,aktiviti kelab bermotosikal sabah
first time saya nampak himpunan motorsikal berkuasa besar (500cc keatas) berkumpul sempena Hari Malaysia pada 16 September 2010 di Kota Kinabalu Sabah. Mereka menamakan kelab mereka sebagai Sabah Big Bikers Club.
sempat juga lah interview ambil beberapa gambar dan video

Nombor plat kereta special

sesetengah orang amat mementingkan nombor, ini termasuklah nombor pendaftaran kenderaan. tidak hairan ada yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk merebut no plat kereta kegemaran.

ABU DHABI 17 Feb. Seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memecahkan rekod dunia apabila berjaya membuat bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kereta 1, semalam.
Ia bukan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan kekayaan keluarga saya.Lagipun harganya berpatutan dan siapa yang tidak mahu menjadi nombor satu?kata Saeed Abdel Ghaffar Khouri selepas membida setinggi 52.2 juta dirham (RM45.8 juta) untuk nombor pendaftaran 1.
Nombor plat kereta special,no pendaftaran jpj,no pendaftaran kenderaanNombor plat kereta special,no pendaftaran jpj,no pendaftaran kenderaan

Kepada yang berminat, boleh la mengunjungi mana-mana pejabat (jabatan pengangkutan jalan)JPJ dan berunding dengan mereka berkaitan pendaftaran nombor plat kereta special.

update
yang ni pun special juga(spyshot)
No Pendaftaran kenderaan SUKOM


*Kemaskini*

Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601
07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.

"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. - Bernama

Thursday, September 16, 2010

hari malaysia 2010 kota kinabalu sabah

buat julung kalinya hari malaysia 2010 diadakan di kota kinabalu sabah, sempena itu juga tarikh 16 September setia tahun diistiharkan cuti umum seluruh negara dan meliputi sektor kerajaan dan swasta.



keadaan persiapan akhir pada 15 september 2010

Tuesday, September 14, 2010

imeem.com sudah ditutup?

tentu kamu tahu website ini. bagi yang tidak tahu imeem.com adalah sharing muzik atau mp3 yang agak besar di dunia internet. ia mempunyai 16,000,000 juta pelawat dalam satu bulan.

difahamkan website ini di shutdown oleh myspace dan juga mungkin isu-isu copyrights pemilik musik, apa tidaknya mereka marah kerana pengguna yang berdaftar boleh dengar lagu secara online tanpa beli album atau cd.

banyak pengguna yang marah akan hal penutupan website ini antaranya
i know man f**ken myspace i had way more playlist and now i only have a couple bring back imeem there should be a petition of some sort it should say f**k my space bring imeem to kill my space !!!
SHIT SHIT SHIT! EVERYONE BOYCOTT MYSPACE's GAY ASS ON FACEBOOK. BRING BACK IMEEM!
R.I.P imeem and F**k Myspace!!!
ho..ho marah betul si kawan ini


dikhabarkan juga imeem.com telah dibeli oleh myspace.com dengan harga USD1 juta tunai, namun kemarahan pengguna berdaftar adalah mengapa myspace.com menutup service ini sedangkan ia boleh dibiarkan sahaja meskipun telah berpindah milik.

so kepada penggemar muzik ada website yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti
  • last.fm
  • grooveshark
  • spotify
  • pandora
  • jamendo
  • deezer
  • the sixtyone
  • librify
dan banyak lagi. selamat kembali berkerja setelah bercuti raya :)

p/s: saya sebenarnya ingin mencari lagu robie williams bertajuk angel dan kemudian teringatkan imeem.com. tapi malangnya site tu dah tak wujud lagi

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati akhirnya ditemui dibunuh kejam

Datuk Sosilawati akhirnya ditemui dibunuh kejam bersama tiga yang lain.
Saya perpendapat bahwa kamu juga sudah mendengar berita ini melalui radio mahupun membacanya dalam akhbar atau blog.

Tak tahu apa mau cakap, diharapkan kejadian ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja tidak kira apa pangkat, sekolah, kekayaan dan sebagainya. lambat laun akan jadi mangsa atau juga pemangsa.

kalau nak tahu lebih lanjut pasangkan radio atau baca email. tak boleh ulas panjang-panjang sebab nanti tersimpang fakta.

Happy Raya to Malaysian friends.

Thursday, September 9, 2010

Kes kehilangan Sosilawati

Kes kehilangan Sosilawati, tentu kamu ada mengikuti cerita kehilangan dato' Sosilawati ini. Sosilawati adalah bekas isteri vokalis lefthanded Nash.

di bawah ini saya pamerkan komen salah satu pengunjung di berita harian yang hanya menggelarkan dirinya k.

melihat kepada persoalan2 nya ada baik juga untuk direnungkan.

pelik betul fakta..1)kenapa nk pegi banting 3 hari, x balik2 padahal dekat jer dgn rumahnyer, 2)bini pegawai bank cakap laki dia ada hal 3 hari, xleh cerita, mcm terancang jer komplot ni, 3)kenapa nk bw duit jutaan RM, guna cek jer la, 4)nape laki sosilawati x wat laporan polis awal2 lg kehilangnnye sbb dia dpt call yg mencemaskn, 5)nape polis xdpt kesan keta diaorg, tggu org awam yg bgtau, padahal keta mewah tu, mesti ade system tracking, 6)ape tujuan urusniaga smpai 3 hari, 7)dlm 4 org tu, siapa yg terlibat dlm komplot terancang..8)fakta belit

p/s: dato' atau datuk saya tak pasti

sumber bharian.com.my online

Monday, September 6, 2010

Sepandai-pandai tupai melompat

ini barulah...macamana nak mendidik zuriat. kalau lihat dari segi penampilan tidaklah miskin mereka ini. saya pernah melihat orang yang lebih susah dari mereka ini tetapi tidak melakukan perkara seperti ini. kamu fikirlah sendiri

Sunday, September 5, 2010

Kapur Ajaib

ha..ha ada lipas d rumah? semut juga ada? takut lipas? jangan risau kini saya memperkenalkan Kapur Ajaib.
Kapur Ajaib ini mampu menghalau semut dan juga lipas di dalam rumah.

Cara Penggunaan

Namanya pun sudah kapur, so cara penggunaan kapur ajaib ini ialah 'tuliskan', 'bulatkan', 'gariskan' pada laluan lipas, semut atau di sekeliling makanan. kalau ada lubang sarang lipas masukkan serbuk kapur ajaib ini.

Masalah lipas dan semut selesai!

Inilah rupa Kapur Ajaib.
Langkah berjaga-jaga, basuh tangan, jangan terkena makanan manusia atau ternakan, awasi budak kecil dari memakannya.

baca juga kucing bermata satu

Perbezaan keistimewaan Bumiputera dan Pendatang Asing

Sudah tentunya Bumiputera ada keistimewaannya berbanding pendatang asing.

bumiputera dan pendatang asing

Wednesday, September 1, 2010

Sabahan Moginum Montoku

Lawak kontemporary orang sabah, tembirang saja lebih


cerita dalam video tersebut sememangnya selalu berlaku. saya pasti kamu pernah mendengar pepatah yamg berbunyi "biar papa asal bergaya"

harga montoku semasa 1 botol Rm6, botol mineral 1.5 liter
1 kartun(kotak) 12 botol x rm6 = Rm72 ringgit

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter