Tuesday, December 20, 2011

Amanah Saham Bumiputera 8.8 peratus

Amanah Saham Bumiputera atau dikenali ASB pada tahun ini akan mengagihkan keuntungan keseluruhan sebanyak 8.8 peratus. Sebagai pecahan Agihan Dividen sebanyak 7.65 peratus dan bonus 1.15 peratus.

ingat bahawa mereka yang mempunyai akaun ASB melebihi 10 tahun akan mendapat bonus spt diatas.

Keuntungan ini akan di masukkan terus ke akaun pelabur dan buku Pelaburan ASB boleh la dikemaskini pada 3 januari 2012. saya masih ingat tahun2 kebelakangan iaitu serbuan ke ejen2 ASB untuk mengemaskini buku sehinggakan kehabisan nombor giliran, namun diatasi dengan nombor manual yang ditulis oleh pengawal keselamatan :).

bayangkan jika anda mempunyai simpanan maksimum RM100,000. maka keuntungannya ialah sebanyak RM8800

walaubagaimanapun peratusan ini tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan harga emas setiap tahun.

Rekod Pencapaian Dividen dan Bonus ASB selama 11 tahun 2000-2011
dividen ASB,Amanah Saham Bumiputera, pendapatan per kapita, br1m
Ringkasan agihan pendapatan dividen dan bonus ASB, sila totalkan sendiri
Bonus ASB tahun 2012 dan seterusnya berapa ya?
p/s: yg non-bumiputera boleh dapat ka? boleh syarat kawen ngan bumiputera bru boleh melabur he..he..:) easy trick.

Polis rusuhan belasah wanita di Mesir

Wanita dipukul seperti anjing dalam satu rusuhan di mesir. tunjuk perasaan ini telah berlangsung pada hari ke lima.wow ganas FRU ni sampai wanita itu ditelanjangkan. dlm rusuhan itu 8 org telah ditembak mati oleh polis rusuhan



diharap moga2 situasi ini tidak terjadi di negara kita.
*diupload pada 17 dec.2011 dan sudah pun ditonton melebihi 2 juta kali

Wednesday, December 14, 2011

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pemberian borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M sedang rancak berjalan ketika ini sehingga bulan januari.

Pelbagai karenah dan desas-desus kedengaran, ada yang positif dan ada yang negatif.

Info Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M

  • Syarat kelayakan permohonan BR1M (RM500):
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM3,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad / Kad Polis / Kad Tentera (pemohon dan tanggungan yang bekerja)
(ii) Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

Kelayakan lain

Mereka yang berdaftar dengan E Kasih secara automatik tersenarai sebagai penerima BR1M (wajib isi borang)


Lokasi pengambilan

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Jabatan Penerangan
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Lobi utama Kementerian Kewangan
  • Sekolah-sekolah terpilih
  • Download melalui http://www.treasury.gov.my
-Masa dari 9 pagi hingga 5 petang

Perkara Negatif

  • Ada pergaduhan yang berlaku
  • Ada yang memegang kad merah cuba untuk memohon
  • Ada Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang cuba untuk memohon
  • Ada yang menjual borang permohonan walhal ia adalah percuma
  • Ada yang takut untuk memohon, kononnya suatu bentuk 'paksaan' supaya mengundi barisan nasional
*Terbaru pemalsuan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia, lihat screen berikut, apa kes ni?
Borang palsu Bantuan Rakyat 1Malaysia
Warna yang dikuningkan tidak terdapat pada borang yang asli

    *Update*
    Borang fotostate BR1M tidak diterima

    Sunday, December 11, 2011

    Bantuan RM500 pejabat LHDN diserbu

    Berikutan pembahagian borang permohonan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), perkarangan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri dipenuhi orang ramai.
     
    Ada yang datang seawal jam 5 pagi untuk 'stand by' takut2 kehabisan borang. Ada pula teman2 yang memberitahu bahawa ada berlaku pergaduhan namun tidak jelas puncanya.

    Video Bantuan RM500 pejabat LHDN diserbu





    Maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, Lembaga HAsil Dalam Negeri LHDN

    Berukband memang benar

    Saya bukan berniat memburuk-burukkan sistem yang dipanggil Broadband yang mana sedang berkembang di malaysia. Saya juga baru saja berjinak-jinak dengan broadband ini.

    Sebelumnya saya menggunakan dialup dan kemudian streamyx dan sekarang broadband.

    Dari segi fungsinya adalah memang baik dan praktikal disebabkan sifatnya yang mobiliti dan juga plan pembayaran yang flexible.

    Namun apa yang agak mengecewakan adalah dari segi connection dan speed. Dua kriteria inilah yang membuatkan pengguna2 broadband di malaysia bengang dengan perkhidmayan ini tidak kira dari syarikat celcom,digi,maxis,umobile dsb.

    Maka dengan itu banyak gelaran yg dilemparkan terhadap perkhidmatan ini antaranya berukband,kura2,snail dan pelbagai lagi.

    Dipihak syarikat sudah tentu mereka ingin memaksimumkan keuntungan manakala di pihak consumer adalah kepuasan.

    Ayat2 pemasaran yang digunakan syarikat2 ini biasanya berorentasikan perniagaan, penjualan jenama dan keuntungan, umpama model yang berwajah buruk tetapi kelihatan cantik apabila di make-up.

    Diharap suatu hari nanti sistem komunikasi dan internet di negara kita setaraf dengan apa yg dinikmati oleh negara lain.


    p/s: saya tak tahu apa kena-mengena beruk dengan internet

    Saturday, December 10, 2011

    Bantuan Rakyat 1Malaysia

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
    Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diagihkan bermula hari ini 10.12.2011 di mana-mana perkarangan atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masing-masing.

    Kriteria permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia:

    • Bantuan sebanyak rm500
    • Hanya perlu MyKad (berkerja sendiri) atau slip gaji (bagi yg berkerja dgn majikan)
    • Tempoh penghantaran borang 1 bulan
    • Borang lengkap diisi hantar di kaunter LHDN negeri masing-masing


    Contoh Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia
    Bantuan Rakyat 1Malaysia, Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia

    Image 1

    Friday, December 9, 2011

    Minyak Sabah untuk siapa

    Minyak Sabah untuk siapa?

    Banyak persoalan yang tidak terjawab.

    Keraguan dan persoalan rakyat Sabah 'Kenapa':

    • Kenapa perjanjian minyak tidak ditandatangi di Labuan
    • Kenapa orang-orang tertentu meninggalkan pesawat (Tragedi Double Six) itu menentang protokol
    • Kenapa pesawat itu tiba-tiba terhempas
    • Kenapa orang tertentu meninggalkan pesawat itu hanya untuk melihat ladang lembu
    • Kenapa orang tersebut terselamat untuk menandatangani perjanjian (minyak) itu
    • Kenapa perjanjian itu disegerakan untuk ditandatangani walaupun berlaku tragedi (Double Six) sebesar itu
    • Kenapa Kerajaan Negeri (pada waktu itu) tidak membincangkan perkara ini (Perjanjian Minyak) ke DUN atau Kabinet sebelum ia ditandatangani.
    Selanjutnya boleh baca pada keratan akhbar(DE) berikut yang di imbas.




    Ini Kali Lah = This is the right time (to change)



    Royalti minyak sabah

    Tuesday, November 8, 2011

    Tahun 2011 special (1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11)

    Tahun (istimewa)special 2011 benarkah?
    sebelum ini saya berkongsi pasal 10-10-10 iaitu tarikh pada tahun lalu 2010.
    mari kita lihat apakah pula keistimewaan tahun 2011 ini.

    Tahun ini pula mempunyai 4 kali tarikh yang menggunakan angka 1(satu):
    Tahun 2011 special
    1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
    untuk melihat keistimewaannya cuba buat pengiraan seperti berikut:
    ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kuching anda
    special cat 1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11


    (misalnya kuching anda lahir pada tahun tahun 1980) so ambil 2 digit terakhir iaitu 80.
    tambahkan dengan umur kuching anda pada tahun ini.
    (2011-1980=31)
    hasilnya pasti 80 + 31 = 111

    special tak Tahun 2011?

    Fakta Rasuah

    Fakta Rasuah
    Fakta Rasuah


    • 6 drpd 10 responden mengatakan rasuah meningkat 3 tahun kebelaknagan
    • 8 drpd 10 mengatakan orang politik adalah rasuah
    • 50% mengatakan bahawa anti rasuah yg dijalankan oleh kerajaan tidak effektif
    • 29% daripada orang memberi rasuah kepada polis
    • 1 drpd 4 orang mengamalkan rasuah

    Rasuah adalah anai-anai

    Saturday, November 5, 2011

    Kekeliruan pasal #PrayForKK

    Kekeliruan pasal #PrayForKK

    Baru2 ini telah terjadi tragedi keretapi sabah melanggar lori tangki iaitu pada 30.10.2011.
    Tragedi ini sangat dashyat namun magiknya ialah tiada kematian berlaku,syukur.

    Sehubungan denagn ini has tag #PrayForKK telah menjadi trend di twitter bagi region Malaysia selama beberapa hari.
    Enjin baru keretapi sabah,di awal penaiktarafankredit mustafa.org

    Kim Kardashian



    Istilah trend atau trending yang dimaksudkan secara mudahnya ialah perkataan yang popular yang digunakan bersama oleh ahli2 twitter untuk menyebut atau menggambarkan sesuatu perkara yang sedang berlaku atau telah terjadi.

    Kekeliruan pasal #PrayForKK
    Kekeliruan bermula apabila secara kebetulan seorang artis Hollywood iaitu Kim Kardashian yang baru saja berkahwin telah bercerai dalam masa 72 hari dengan bekas suaminya Kris Humphries.
    antara tweets #PrayForKK

    Ada ahli twitter yang menganggap KK adalah Kim Kardashian. Ini adalah tidak betul dan mustahil kerana has tag #PrayForKK hanya trending pada region Malaysia dan bukan worldwide atau United State of America.

    Maka disini team kami ingin menegaskan bahawa #PrayForKK adalah bermaksud Pray For Kota Kinabalu yang berkait dengan tragedi perlanggaran keretapi dan lori tangli minyak di Sabah.

    sekian.

    Ranking kedudukan Rasuah dunia

    Bribe Rankings - worst offenders last

    Kedudukan terakhir adalah terburuk

    Rasuah Makan suap
    Rasuah Under Table


    1. Netherlands, Switzerland

    3. Belgium

    4. Germany, Japan

    6. Australia, Canada

    8. Singapore, UK

    10. US

    11. France, Spain

    13. South Korea

    14. Brazil

    15. Hong Kong, Italy, Malaysia, South Africa

    19. India, Turkey

    22. Saudi Arabia

    23. Argentina, UAE

    25. Indonesia

    26. Mexico

    27. China


    28. Russia

    Sumber BBC

    Friday, November 4, 2011

    Selamat menonton Anugerah Skrin 2011

    Anugerah Skrin 2011 yang mengurniakan piala-piala kepada pelakon-pelakon drama TV sepanjang 2010 termasuk juga filem-filem yang layak untuk dicalonkan.

    Keputusan akan menyusul kemudian, sementara itu layan kemaskini twitter pada widget di sebelah.

    Persembahan hambar?? hemm kurang pasti sebab, sudah lupa bagaimana persembahan Anugerah Skrin 2009 yang terdahulu.

    Anugerah Skrin 2011

    Kategori Drama

    1.Drama Terbaik -Snggul Beracun
    2.Pelakon Lelaki Terbaik Drama - EMAN MANAN (janji syurga)
    3.Pelakon Wanita Terbaik Drama -UMI AIDA (Air Mata Nur Salina)
    4.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama -ALLAH YARHAM FAIZAL YUSOF (jangan hantar aku ke neraka)
    5.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - ELFIRA LOY (kum kum)
    6.Pengarah Terbaik Drama - SABRI YUNUS (sanggul beracun)
    7.Lakon Layar Terbaik - SABRI YUNUS (sanggul beracun)

    Kategori Filem

    1.Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
    2.Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
    3.Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
    4.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
    5.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
    6.Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
    7.Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio

    Kategori Penerbitan Dalaman Anugerah Skrin 2011

    i. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – SUATU KETIKA EP.12
    ii. Rancangan Bual Bicara Terbaik -SELAMI JIWA DATUK FAZILAH KAMSAH
    iii. Rancangan Hiburan Terbaik – MAHARAJA LAWAK AKHIR
    iv. Rancangan Muzikal Terbaik -Shout Aaward 2010
    v. Rancangan Realiti Terbaik -Show Down 2011
    vi. Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik – BULETIN UTAMA (pengemis terhormat)

    Anugerah Khas Juri

    1.Anugerah Artis Harapan Pantene -FAZLIE danIAL ALI (yang terpuji)
    2.Anugerah Yasmin Ahmad -SYAMSUL YUSOF

    Terkait

    Anugerah Skrin
    Anugerah Planet Muzik
    ABPBH


    sekian.

    Wednesday, November 2, 2011

    Penumpang Melompat sejurus selepas perlanggaran berlaku

    Berkaitan tragedi perlanggaran ketreta api negeri sabah dengan lori tangki minyak.

    Artikel pertama sini
    Suasana cemas sejurus selepas perlanggaran dan letupan

    Syukur tiada kemalangan jiwa



    video berikut adalah dirakam oleh seorang pengguna jalanraya ketika kejadian berlaku pada hari itu (31-10-2011).

    Kelihatan penumpang berebut-rebut untuk menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan belakang kereta api.



    Syukur semuanya selamat.

    Keretapi sabah Rempuh Lori Minyak-hari ke-2

    Suasana dihari kedua selepas,keretapi sabah melanggar lori tangki berdekatan KKIA.
    Pemunggahan gerabak yang terbakar dan pembersihan parit yang ditumpahi minyak sedang berjalan.
    keretapi sabah langgar lori
    Lori tangki minyak yang terpotong 2


    manakala suasana jalanraya mengarah putatan dari kota kinabalu agad sesak kerana pemandu memperlahankan kenderaan masing2 untuk melihat kejadian atau mengambil gambar dan video.

    Mat Rempit P.Pinang tuntut litar lumba

    Mat Rempit P.Pinang tuntut supaya kerajaan menyediakan litar lumba kepada mereka untuk beradu kekuatan dan skill.
    MAt rempit tuntut litar lumba
    Sepanduk Mat Rempit Pulau Pinang
    Ada baiknya juga jika setiap negeri ada litar nya sendiri, mungkin ada pelumba yg bakal dicipta samada peringkat tempatan atau dunia suatu hari nanti. Kalau tidak bila lagi.

    Tuesday, November 1, 2011

    Saiful Apek naik mahkamah pasal ganja

    Saiful Apek naik mahkamah pasal ganja.

    Si apek ni konform la ambil barang tu, dah lama dulu sudah banyak kontroversi dia mengenai dadah, cuma sukar untuk dibuktikan.
    Maklumlah 'pandai makan pandai buang'.
    Saiful Apek..Gitu Gitu


    Humm..Saipul Apek pandai2lah ko cari peguam hebat ya. Dari segi hiburan, lawak engko masih the best punya.

    Akhirnya Saiful Apek didapati positif dadah (setelah 2 tahun) Baca seterusnya

    Monday, October 31, 2011

    Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

    Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

    Letupan kuat berlaku sehingga boleh didengari di Lido, sejauh 5 KM tetapi mereka menyangkanya sebagai guntur/guruh.

    Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

    Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

    Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

    Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA





    MEnurut Berita harian, 6 orang cedera namun, banyak komen-komen di facebook dan Youtube yg mengatakan tiada kematian berlaku.

    *Update*

    -Sah bahawa tiada kematian.
    -Topik menjadi trending di Twitter bagi negara malaysia dengan katakunci #PryforKK #PrayForKK

    Lee Chong wei juara terbuka Perancis

    Lee Chong wei juara badminton terbuka Perancis kalahkan pemain jepun Kenichi Tago

    Lee Chong wei Juara terbuka Perancis
    BaAnner promosi Badminton Terbuka Perancis 2011


    Yonex French Open Final
    Selepas kalah dengan Chen Long pada Badminton Terbuka Jepun dan Denmark kini dia bangkit pada terbuka perancis dengan mata 21-16, 21-11 mengalahkan pemain jepun Kenichi Tago.

    Masa terpantas
    Perlawanan ini cuma mengambil masa selama 39 minit untuk Lee Chong Wei memenanginya. Mudahnyaaa...tapi pemain Jepun tu bukanlah pemain pilihan

    Perlawanan ini adalah yang ke-11 buat LCW pada tahun ini dan 7 daripadanya adalah dimenanginya.

    Kontroversi Lee Chong Wei bersara

    Dikhabarkan bahawa Lee Chong Wei akan bersara selepas Olimpik 2012. Betul atau tidak kita tunggu lah nanti.

    Sunday, October 30, 2011

    Google Street Views masuk rumah

    Awas Google Street Views masuk ke bilik anda, tidak mustahil suatu hari nanti.

    Google street views merupakan kamera yang dipasang di jalanan untuk merakam apa saja dalam sudut 360 darjah.

    Sebelum ini ia hanya merakam di tempat awam, tetapi terbaru kamera google street view akan diletakkan di dalam bangunan yang terpilih (ada persetujuan).

    Banyak pihak yang membantah aplikasi ini atas alasan menceroboh privasi tetapi apakan daya google adalah syarikat internet terbesar di dunia, susah nak lawan.

    Kamera 360 darjah berresolusi tinggi Google Street View

    Kamera yang dipasang pada kereta peronda

    Gambar yg ditangkap kamera Google Street View
    Disamping boleh merakam jenayah,kesesakan lalu lintas,tempat peranginan juga boleh merkam apa saja.
    "A naked Florida woman was accidentally snapped by the Google street view"

    Cuba Street Views di sini

    Saturday, October 29, 2011

    Piala Malaysia Akhir Negeri Sembilan Tewaskan Trengganu 2-1

    Piala Malaysia Akhir Negeri Sembilan Tewaskan Trengganu 2-1 untuk 2011
    Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan Juara
    Piala Malaysia 2011 milik Negeri Sembilan
    Tahniah pasukan Negeri Sembilan.
    Walaupun kontroversi harga tiket dinaikkan nampaknya stadium shah alam penuh sesak dengan penyokong masing2.

    Google Buzz sudah tiada

    Anda pernah menggunakan Google Buzz? Jika anda mempunyai akaun Gmail maka anda boleh aksess google buzz.

    Google buzz adalah servis yang membolehkan anda mengumpul cerita2 yang anda suka.

    walau bagaimanapun service ini telahpun ditamatkan oleh google tanpa memberikan sebabnya. Rasanya pengenalan kepada Google plus (+1) yang lebih sistematik, menyebabkan google buzz ditamatkan.

    Jika anda mempunyai banyak url yang telah anda save kan sebelum ini, ia tidak hilang dan anda masih dapat menlihatnya.

    Pesanan dari google:

    Google Buzz is going away, but your posts are yours to keep

    In a few weeks we'll be retiring Google Buzz. At that time you won't be able to create any new posts, but your existing content will remain accessible in two ways:
    1. You can view it on your Google Profile
    2. You can download it using Google Takeout
    Thank you for using Google Buzz.
    Berikut pula adalah contoh pengantaramuka google buzz


    Yahoo juga mempunyai service seperti ini yang dipanggil Yahoo Pluse

     
    Kedua2 perkhidmatan yang saya sebutkan ini dipanggil microblogging (cth lain spt digg.com,twitter,identi.ca).
    sekian.

    Beza perbelanjan BN dan PR

    Perbezaan beberapa bidang daripada perbelanjan negeri-negeri yang diperintah pembangkang yang sebelumnya diperintah oleh barisan nasional.

    Statistik ini dipersembahkan dalam bentuk grafik, hasil daripada kompilasi yang dikeluarkan oleh jabatan audit negara.

    Portal Rasmi Jabatan Audit Negara


    Bajet BN vs Bajet PR



    Semua laporan yang dikeluarkan dalam bentuk pdf file dengan mukasurat melebihi 100 pages. so infografik berikut dapat menjimatkan masa dan mudah difahami.

    sumber gambar: share facebook

    Friday, October 28, 2011

    Laman Web FAM di hack

    Laman Web FAM di hack / digodam berikutan rakyat malaysia dan peminat bolasepak khasnya tidak berpuas hati dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket sehingga 70% iaitu daripada rm30 kepada rm50, bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini (29.10.2011)

    gambar diatas adalah print screen sebahagian daripada kemarahan hacker tersebut, yg mewakili peminat bolasepak malaysia.

    jika difikirkan secara meluas industri sukan di negara malaysia sering dilanda kontroversi dan percakaran dikalangan pemimpinnya. macamana nak maju..siul

    p/s:"kami nak ranking naik bukan harga tiket"

    Bogel dulu baru laku

    Cerita Christy bergambar bogel di majalah singapura ini sudah beredar dan diulas di internet dengan banyaknya. Bukanlah saya ingin memburukkan seseorang tapi entah berita2 seperti ini sangat menarik perhatian dan menjadi pilihan utama di search engine untuk carian. mungkin juga rezeki dia ada disitu.



    Secara ringkasnya Christy Yow ini adalah orang Malaysia dari Ipoh.

    Pada awalnya dia bercita-cita untuk menjadi pramugari di Singapore Arline System tetapi gagal dalam temuduga peringkat pertama.
    christy yow,ffm magazine nude
    maka dengan itu dia pun berjinak-jinak dalam dunia model dan ternyata serasi dengannya. Tidak dapat disangkal bahawa suatu hari nanti dia akan bergambar dalam majalah Playboy pula. Paling tidak pun Majalah Playboy versi Indonesia.

    Ada yang mengelarnya pengganti kepada Rose Chan seorang penari kabaret atau streptese di awal 50 an.

    Mungkin secara kebetulan kerana Rose Chan juga 'berasal' (negara asal hong kong) dari Ipoh.

    Rose Chan yang dikenali sebagai 'Bunga Malaya', merupakan seorang wanita yang menghiburkan,mempesona dan mencintai dirinya dalam banyak hal sekitar tahun 1950 an. Difahamkan bahawa kehidupannya diwarnai dengan kesedihan. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal Rose Chan boleh cari biodata beliau di wikipedia.

    Terkait

    Flame Awards 2009

    Here's a rundown of the nominees.

    BABE OF THE YEAR (Voting code: TNPBABE)
    1. Christy Yow
    2. Auntie Lucy
    3. Tabitha Nauser

    DUDE OF THE YEAR (Voting code: TNPDUDE)
    1. Adrian Pang
    2. Fighting Spiders boys
    3. Duane Ho, from Singapore Idol

    TURN-OFF OF THE YEAR (Voting code: TNPTURN)
    1. S Factor "babes"
    2. Gurmit Singh
    3. Ken Lim

    SI BEH SUAY AWARD (Voting code: TNPSUAY)
    1. Fann Wong & Christopher Lee
    2. Taufik Batisah
    3. The Merlion

    FOREIGN TALENT APPRECIATION AWARD (Voting code: TNPFTA)
    1. Jamie Yeo
    2. Joanne Peh
    3. Xiaxue

    FEATURE OF THE YEAR (Voting code: TNPFEATURE)
    1. Zoe Tay's wrinkles
    2. Rachel Kum's bosom
    3. Felicia Chin - speculation that she's had multiple procedures done

    SHOCKER OF THE YEAR (Voting code: TNPSHOCK)
    1. Fiona Xie's disappearing act
    2. Glenn Ong and Jamie Yeo divorce
    3. Anita Sarawak and husband get mugged in KL

    Thursday, October 27, 2011

    Cara membuka kunci manga

    Cara membuka kunci manga Kunci anda tertinggal atau hilang? Teknik membuka kunci manga menggunakan pin baju atau pin rambut. perkara ini saya telah praktikan lama dulu (sewaktu sekolah menengah) kerana serinag kehilangan kunci, maklumlah ketiadaan air di asrama menyebabkan kami terpaksa berjalan sejauh 2 km ke sungai untuk mandi.

    membuka kunci manga
    cara membuka kunci manga

    Cara membuka kunci manga ini bukan bertujuan untuk mengajar sesiapa untuk mencuri tetapi sebagai positif thinking ingin membantu mereka yang kehilangan kunci dan tak dapat memasuki rumah atau bilik.

    Peralatan lain selain drpd yg ditujukkan diatas ialah seperti pin baju,dawai halus keras,klip kertas atau apa2 yg difikirkan sesuai.

    Awas jangan belajar untuk mencuri. Mencuri hukumannya berat di dunia dan akhirat.

    Magic trick illussion on how to unlock padlock

    @joelmagician

    How to unlock a padlock with no key 🤫

    ♬ original sound - Joel M

    Monday, October 24, 2011

    Kod Negeri Kelahiran Kad Pengenalan Malaysia

    Kod Negeri Kelahiran Kad Pengenalan Malaysia

    Sila periksa kod negeri seperti yang tertera pada kad pengenalan anda, jika ada sebarang kesilapan berjumpa dengan Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera.

    contoh nombor kad pengenalan

    Kad pengenalan Malaysia versi lama-menggunakan tulisan tangan
    Kad Pangenalan Lama

    Kad Pengenalan Malaysia baru My Kad -menggunakan chip

    Kad Pengenalan Baru
    Penyalahgunaan, pengeluaran kad pengenalan untuk tujuan dan kepentingan politik, seperti yang dirungkai oleh Mutalib MD (boleh baca lanjutan di sabahkini.net)
    sabahkini.net
    Berikut adalah Kod Negeri Kelahiran Kad Pengenalan Malaysia
    Kod Negeri Kelahiran Kad Pengenalan Malaysia,MyKad
    MyKad, MyKid

    Danny Kuilin Gongot si penoreh getah juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu

    Danny Kuilin Gongot si penoreh getah juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu

    KUNDASANG – Selepas lapan tahun menunggu, hari ini, pendaki Malaysia Danny Kuilin Gongot merampas kembali gelaran juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu yang menjadi miliknya pada 2003.

    Kuilin, 44, mencatat masa 3:41.29s untuk dinobatkan sebagai juara baru bagi perlumbaan mendaki gunung yang dianggap paling mencabar di dunia itu.
    Danny (tengah-Juara) Frost (kanan-Naib Juara) and Erholtz (kiri-Ketiga) -kredit thestar.com.my

    Penoreh getah dengan memakai 'adidas kampung'

    Adidas Kampung
    dikenali di sabah sebagi 'Adidas Kampung'

    Adidas Kampung
    power grip 'Adidas Kampung'

    Adidas kampung ini murah, tahan lama,tahan cuaca,mudah diselenggara dan tahan lasak.

    Kuilin mengatasi kepantasan naib juara tahun lepas Anna Frost dari New Zealand, yang menamatkan pendakian dengan masa 3:50.38s, diikuti Brandy Erholtz dari Amerika Syarikat dengan masa 3:52.21s.

    “Saya gembira keadaan kesihatan saya begitu baik hari ini. Sebenarnya, saya tak begitu mengharapkan akan menang, cuma kalau dapat menghabiskan perlumbaan ini sajapun, cukuplah,” kata Kuilin kepada pemberita selepas melintasi garisan penamat.

    Kuilin, bagaimanapun, merupakan peserta kedua paling cepat sampai ke puncak gunung berkenaan dengan masa 2:20.17s, di belakang Erholtz, yang mencatat masa 2:11.19s.

    Kuilin, yang meraih hadiah US$4,500 dengan kemenangan itu, berkata dia mula berlatih dua minggu lepas dengan mendaki dan menuruni gunung setinggi 4,095m itu sebanyak tiga kali.

    Frost pula membawa pulang hadiah US$4,000, manakala Erholtz US$3,000, di samping sebuah pingat emas kerana menjadi peserta pertama sampai ke puncak gunung itu.

    Perlumbaan bagi kategori lelaki akan berlangsung esok. – BERNAMA

    Jarak keseluruhan perlumbaan ialah 23 kilometer dengan melalui pelbagai laluan sukar dan sejuk.

    Marco Simoncelli pelumba Motorsikal GP kemalangan dan meninggal di Litar Sepang Malaysia

    Menjadi berita utama media-media dunia yang bertajuk "Marco Simoncelli dies after MotoGP crash in Sepang"
    "Marco Simoncelli dead after horror crash at Malaysian Moto GP in Sepang" "Marco Simoncelli obituary" "Italian rider Marco Simoncelli killed at Malaysia MotoGP"
    Marco Simoncelli, Sepang Moto GP


    Jadi siapakah beliau ini? Marco Simoncelli adalah pelumba motor Gp Itali yang terkenal. Pernah menjuarai Kejohanan Minimoto itali dari 1996 hingga 2000, menyertai kejohanan 125cc pada 2002 dan pertama kalinya memasuki kejohanan dunia pada 2003. Bermula dari kejohanan ini beliau banyak menerima penyertaan,tajaan oleh team-team terkenal.

    Nasib Marco Simoncelli agak tidak baik apabila mengalami kemalangan ketika kejohanan motogp di sepang malaysia pada 23. Oktober 2011.

    Kemalangan melibatkan dia dilanggar oleh dua buah motor yang lain dan topi keselamatannya tertanggal menyebabkan impak yang besar terhadap leher,dagu dan kepalanya.

    Trauma ini menyebabkan dia meninggal dunia.

    Video Marco Simoncelli kemalangan di litar Sepang.


    Saturday, October 22, 2011

    Baru! Facebook perkenal Timeline

    Social network kesayangan ramai Facebook sentiasa mengupgrade laman webnya untuk perkhidmatan yang terbaik buat ahli2nya.
    walaupun sebelum ini perubahan yang dibuat banyak dibantah oleh pengguna kerana tak ramah pengguna tetapi pada kali ini saya berpendapat bahawa perubahan timeline yang baru ini pasti disukai ramai.


    Nampaknya lebih rigid dengan antaramuka yang disajikan dengan banyak 'tools' seperti aktiviti terbaru, susunan gambar yang lebih kemas bersama info serta setiap modul disampaikan dalam bentuk poin(menegak).

    Maklumat ahli seperti About,Photo,Friends,Like,Notes,Subscriber dan subscription diletakkan dlm satu row bagi kemudahan pengguna melihatnya.

    Fungsi Cover adalah seolah-oleh meletakkan header dlm bentuk gambar, seperti dlm mana2 blog atau website, anda blh upload atau pilih gambar dlm album anda.

    Pada garisan tengah2 pula anda boleh klik dan letak apa2 update spt status,gambar, etc...Garisan tegak itu sebenarnya adalah Timeline sebenar. Tidak seperti timeline yang lain yg diletak secara mendatar dan bukan menegak.

    Setiap modul anda boleh edit dan remove atau jadikan sebagai featured post. Featured post akan meletakkan status tersebut berada diatas sekali.

    sekian review saya yg ringkas dan serabut. utk merasainya sendiri anda perlu aktifkannya dan selepas anda mengkonfigurasi page anda klik pada Start Publish.

    Friday, October 21, 2011

    Kenapa Budak Cina dibiarkan mati

    Berikutan kes langgar lari seorang budak berumur 2 tahun di china, dan para orang ramai tidak memperdulikannya.

    Setelah digeledah berita ini, nampaknya ada sebab kenapa orang ramai tidak memberikan pertolongan kepada budak malang ini.

    Ya! berkaitan dengan undang-undang di China sendiri yang saya anggap kolot, ketinggalan zaman.


    Saya terbaca satu artikel di BBC news yang memberikan sebabnya:


    -Some said they understood the dilemma for the passers-by - that if they helped out they might incur costs or be blamed for the accident. 

    secara ringkasnya undang2 di negara china menyatakan bahawa sesiapa yang ingin memberikan pertolongan kepada si malang, maka dia akan bertanggung jawab sepenuhnya kepada kejadian tersebut.

    -It cited an earlier case in which a man, Peng Yu, who helped an injured elderly lady to hospital was then found by a court to be liable for some of her medical costs. 

    dalam satu kes Peng Yu membantu seorang wanita yang cedera, ke hospital, tatapi kemudiannya pihak mahkamah memerintahkannya supaya menanggung kos perubatan.


    Secara ringkasnya, jika anda berada di negara china dan ingin menjadi 'Good Samaritan' maka anda kena bertanggungjawab kepada kejadian tersebut.

    So sekarang kita semua tahu kenapa para passerby dalam rakaman cctv itu seolah-olah melihat patung.

    Status terkini budak malang tu, berada dalam 'koma yg melampau' di sebuah hospital. Apa tidaknya dilanggar 2 buah kereta.

    full video boleh komen disini

    Cerita menyayat hati ini masih lagi menjadi perbualan hangat di weibo.com, sebuah laman micro blogging di china

    Regime Muammar Gadaffi tumbang

    Setelah pemberontakan oleh rakyat Libya selama berbulan2, akhirnya Regime Muammar Gadaffi tumbang dan Kolonel Muammar Gadafi sendiri mati terbunuh, di tempat kelahirannya Sirte.

    Kerajaan regime Muammar Gadaffi tumbang
    Regime Gadaffi berakhir

    Dua orang anak Muammar Gadaffi iaitu Mutassim dan Saif al-Islam juga kalah dalam pertempuran mereka di kubu terakhir mereka di Sirte.



    Lubang sempit yg merupakan kubu terakhir Muammar Gadaffi, dimana dia ditemui mati
    Setakat ini kebangkitan rakyat telah berjaya menumbangkan kerajaan seperti di Libya, Mesir,

    Setiausaha agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon menyatakan bahawa ini adalah sejarah bagi Libya, namun pada masa yang sama memberi amaran bahawa rakyat Libya akan berdepan masa-masa yang sukar kelak.

    Untuk pengetahuan Regime Muammar Gadaffi telah memerintah selama 40 tahun. Dalam negara kita Malaysia ada pemimpin yg sudah 30 tahun memerintah, fikir2 kan lah.

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

    Visitors

    Flag Counter