Tuesday, December 20, 2011

Amanah Saham Bumiputera 8.8 peratus

Amanah Saham Bumiputera atau dikenali ASB pada tahun ini akan mengagihkan keuntungan keseluruhan sebanyak 8.8 peratus. Sebagai pecahan Agihan Dividen sebanyak 7.65 peratus dan bonus 1.15 peratus.

ingat bahawa mereka yang mempunyai akaun ASB melebihi 10 tahun akan mendapat bonus spt diatas.

Keuntungan ini akan di masukkan terus ke akaun pelabur dan buku Pelaburan ASB boleh la dikemaskini pada 3 januari 2012. saya masih ingat tahun2 kebelakangan iaitu serbuan ke ejen2 ASB untuk mengemaskini buku sehinggakan kehabisan nombor giliran, namun diatasi dengan nombor manual yang ditulis oleh pengawal keselamatan :).

bayangkan jika anda mempunyai simpanan maksimum RM100,000. maka keuntungannya ialah sebanyak RM8800

walaubagaimanapun peratusan ini tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan harga emas setiap tahun.

Rekod Pencapaian Dividen dan Bonus ASB selama 11 tahun 2000-2011
dividen ASB,Amanah Saham Bumiputera, pendapatan per kapita, br1m
Ringkasan agihan pendapatan dividen dan bonus ASB, sila totalkan sendiri
Bonus ASB tahun 2012 dan seterusnya berapa ya?
p/s: yg non-bumiputera boleh dapat ka? boleh syarat kawen ngan bumiputera bru boleh melabur he..he..:) easy trick.

Polis rusuhan belasah wanita di Mesir

Wanita dipukul seperti anjing dalam satu rusuhan di mesir. tunjuk perasaan ini telah berlangsung pada hari ke lima.wow ganas FRU ni sampai wanita itu ditelanjangkan. dlm rusuhan itu 8 org telah ditembak mati oleh polis rusuhan



diharap moga2 situasi ini tidak terjadi di negara kita.
*diupload pada 17 dec.2011 dan sudah pun ditonton melebihi 2 juta kali

Wednesday, December 14, 2011

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Desas-desus Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pemberian borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M sedang rancak berjalan ketika ini sehingga bulan januari.

Pelbagai karenah dan desas-desus kedengaran, ada yang positif dan ada yang negatif.

Info Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M

  • Syarat kelayakan permohonan BR1M (RM500):
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM3,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad / Kad Polis / Kad Tentera (pemohon dan tanggungan yang bekerja)
(ii) Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

Kelayakan lain

Mereka yang berdaftar dengan E Kasih secara automatik tersenarai sebagai penerima BR1M (wajib isi borang)


Lokasi pengambilan

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Jabatan Penerangan
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Lobi utama Kementerian Kewangan
  • Sekolah-sekolah terpilih
  • Download melalui http://www.treasury.gov.my
-Masa dari 9 pagi hingga 5 petang

Perkara Negatif

  • Ada pergaduhan yang berlaku
  • Ada yang memegang kad merah cuba untuk memohon
  • Ada Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang cuba untuk memohon
  • Ada yang menjual borang permohonan walhal ia adalah percuma
  • Ada yang takut untuk memohon, kononnya suatu bentuk 'paksaan' supaya mengundi barisan nasional
*Terbaru pemalsuan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia, lihat screen berikut, apa kes ni?
Borang palsu Bantuan Rakyat 1Malaysia
Warna yang dikuningkan tidak terdapat pada borang yang asli

    *Update*
    Borang fotostate BR1M tidak diterima

    Sunday, December 11, 2011

    Bantuan RM500 pejabat LHDN diserbu

    Berikutan pembahagian borang permohonan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), perkarangan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri dipenuhi orang ramai.
     
    Ada yang datang seawal jam 5 pagi untuk 'stand by' takut2 kehabisan borang. Ada pula teman2 yang memberitahu bahawa ada berlaku pergaduhan namun tidak jelas puncanya.

    Video Bantuan RM500 pejabat LHDN diserbu





    Maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, Lembaga HAsil Dalam Negeri LHDN

    Berukband memang benar

    Saya bukan berniat memburuk-burukkan sistem yang dipanggil Broadband yang mana sedang berkembang di malaysia. Saya juga baru saja berjinak-jinak dengan broadband ini.

    Sebelumnya saya menggunakan dialup dan kemudian streamyx dan sekarang broadband.

    Dari segi fungsinya adalah memang baik dan praktikal disebabkan sifatnya yang mobiliti dan juga plan pembayaran yang flexible.

    Namun apa yang agak mengecewakan adalah dari segi connection dan speed. Dua kriteria inilah yang membuatkan pengguna2 broadband di malaysia bengang dengan perkhidmayan ini tidak kira dari syarikat celcom,digi,maxis,umobile dsb.

    Maka dengan itu banyak gelaran yg dilemparkan terhadap perkhidmatan ini antaranya berukband,kura2,snail dan pelbagai lagi.

    Dipihak syarikat sudah tentu mereka ingin memaksimumkan keuntungan manakala di pihak consumer adalah kepuasan.

    Ayat2 pemasaran yang digunakan syarikat2 ini biasanya berorentasikan perniagaan, penjualan jenama dan keuntungan, umpama model yang berwajah buruk tetapi kelihatan cantik apabila di make-up.

    Diharap suatu hari nanti sistem komunikasi dan internet di negara kita setaraf dengan apa yg dinikmati oleh negara lain.


    p/s: saya tak tahu apa kena-mengena beruk dengan internet

    Saturday, December 10, 2011

    Bantuan Rakyat 1Malaysia

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
    Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diagihkan bermula hari ini 10.12.2011 di mana-mana perkarangan atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masing-masing.

    Kriteria permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia:

    • Bantuan sebanyak rm500
    • Hanya perlu MyKad (berkerja sendiri) atau slip gaji (bagi yg berkerja dgn majikan)
    • Tempoh penghantaran borang 1 bulan
    • Borang lengkap diisi hantar di kaunter LHDN negeri masing-masing


    Contoh Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia
    Bantuan Rakyat 1Malaysia, Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia

    Image 1

    Friday, December 9, 2011

    Minyak Sabah untuk siapa

    Minyak Sabah untuk siapa?

    Banyak persoalan yang tidak terjawab.

    Keraguan dan persoalan rakyat Sabah 'Kenapa':

    • Kenapa perjanjian minyak tidak ditandatangi di Labuan
    • Kenapa orang-orang tertentu meninggalkan pesawat (Tragedi Double Six) itu menentang protokol
    • Kenapa pesawat itu tiba-tiba terhempas
    • Kenapa orang tertentu meninggalkan pesawat itu hanya untuk melihat ladang lembu
    • Kenapa orang tersebut terselamat untuk menandatangani perjanjian (minyak) itu
    • Kenapa perjanjian itu disegerakan untuk ditandatangani walaupun berlaku tragedi (Double Six) sebesar itu
    • Kenapa Kerajaan Negeri (pada waktu itu) tidak membincangkan perkara ini (Perjanjian Minyak) ke DUN atau Kabinet sebelum ia ditandatangani.
    Selanjutnya boleh baca pada keratan akhbar(DE) berikut yang di imbas.




    Ini Kali Lah = This is the right time (to change)



    Royalti minyak sabah

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

    Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

    Visitors

    Flag Counter