Friday, January 20, 2012

File Sharing Megaupload ditutup

File Sharing Megaupload ditutup berikutan bantahan melanggar hakcipta serta kerugian dianggarkan 500 juta dollar.

Pengasasnya telah ditangkap untuk dihadapkan di mahkamah.

Sementara itu hackers/penggodam yang bergelar anonymous mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggodam laman web kerajaan, portal fbi, laman web musik dan banyak lagi.

Tidak dipastikan samada ia pihak-pihak ini (megaupload dan hackers) mempunyai kepentingan atau kaitan.

Founder dan ko founder Kim Dotcom, yang juga dikenali Kim Schmitz, dan Mathias Ortmann ditangkap di Auckland, New Zealand bersama 2 pekerja untuk dihadapka ke mahkamah US.

Wednesday, January 18, 2012

Banci Penduduk Malaysia terkini

Banci Penduduk Malaysia terkini.

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.
"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci," katanya.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.

Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.
Nor Mohamed berkata daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. - BERNAMA

Friday, January 13, 2012

Kenapa Jay Jamalina pembaca berita tv3 tersasul

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

Semasa membaca berita malam tadi Jay Jamalina tersasul apabila berkata
"Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Atas kesilapan tersasul itu beliau meminta maaf

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Kesilapan ini membawa kepada perbualan hangat di alam cyber dan juga kedai kopi memandangkan kepopularan kes Dato Seri Anwar dan juga Bebas Anwar 901 yang berlangsung ketika itu.

Di pihak Anwar pula, beliau sangat teruja atas perkara tersasul ini dan mahu bertemu Jay secepat mungkin. Dato seri Anwar juga optimistik untuk menjadi Perdana Menteri dengan berkata "Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa
Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.

jadi kenapa Jay Jamalina tersasul?

Sebab kenapa Jay Jamalina (JJ) tersasul meneyebut Dato Seri Anwar sebagai Perdana Menteri:
-Dato Seri Anwar Ibrahim sedang hangat diperkatakan sebagai bakal Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas
-Jay Jamalina sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air
-Jay Jamalina sentiasa mengikuti perkembangan kes Dato Seri Anwar Ibrahim
-Jay Jamalina mungkin pro pembangkang
-Nama Dato Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul dalam kepala apabila menyebut Dato Seri
-Disengajakan? Mungkin tidak(sebab JJ dah buat pengakuan tidak disengajakan)
-Tersasul adalah perkara biasa dalam keadaan biasa
-Tersasul adalah luar biasa apabila data dari otak dibaca dan dikeluarkan ke mulut (seperti dlm kes 'terjun' Sarbani)
-Hilang fokus/tumpuan (terganggu)
-Mungkin Jay seorang yang kuat melatah :)

fuhh...famous sekelip mata
Jay Jamalina no body..no body..

Monday, January 9, 2012

Blog Anwar Ibrahim tak dapat buka

Berikutan kemenangan Anwar Ibrahim atas kes liwat saiful, banyak penyokong mahupun orang biasa cuba untuk membuka anwaribrahimblog.com untuk mendapatkan berita semasa namun mengecewakan kerana alamat itu tidak dapat dibuka.

ini mungkin disebabkan oleh traffik pelawat yang terlalu tinggi menyebabkan server nya hang menyebabkan url tersebut tidak dapat diaksess.

screen shot blog anwar ibrahim pada 09 01 2012, bersamaan tarikh Bebas Anwar 901.

Anwar didapati tidak bersalah

Bebas Anwar 901

Betul ka apa yang saya baca ini? saya hanya mengikuti update di twitter dan mendapati banyak yang mengepos Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
ehsan the star.com.my

*Update Berita Awani 10 am
Konform dan muktamad Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas tuduhan kes Liwat Saiful.

9.30am: Judge Mohd Zabidin Mohd Diah - "After going through the evidence, the court could not be 100% certain that integrity of DNA samples was not compromised, and finds that it is not safe to rely on DNA evidence.

Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka Korea

Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka Koreaedisi pembukaan tahun 2012
Lee Chong Wei Juara Terbuka Korea 2012

Tahniah kepada pemain badminton negara dan juga no.1 dunia Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan badminton terbuka korea, sekaligus mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan juara dunia 4 kali. nampaknya ini adalah suatu permulaan yang baik buat LCW untuk tahun 2012.
gambar hiasan lee chong wei lawan lin dan

diharapkan lee chong wei dapat memenangi sukan olimpik London pula yang tak lama lagi. juga diharapkan sifu lamanya Misbun Sidek dapat kembali membimbingnya dan usaha kearah ini nampaknya sedang dalam progress.

tahun lepas Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan di korea dengan keputusan 19-21, 21-14, 16-21.

oh ya ini keputusan BADMINTON TERBUKA KOREA 2012
12-21, 21-18, 21-14..cantekkk...

Artikel terkait:
Lee Chong wei Juara Terbuka Perancis
Lee Chong Wei Lawan Lin Dan
Lee Chong Wei Tewaskan Lin Dan

Tuesday, January 3, 2012

Carta Pendapatan Filem Hollywood

Carta Pendapatan Filem Hollywood 2012


  1. Mission: Impossible - Ghost Protocol AS$30 juta
  2. Sherlock Holmes: A Game of Shadows AS$22.1 juta
  3. Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked AS$18.3 juta
  4. War House AS$16.9 juta
  5. The Girl with the Dragon Tattoo AS$16.3 juta
  6. We Bought A Zoo AS$14.3 juta
  7. New Year's Eve AS$6.7 juta
  8. The Darkest Hour AS$$4.3 juta
  9. The Descendants AS$3.7 juta
Carta Pendapatan Filem Hollywood 2012, the dark hours


Carta Pendapatan Filem Hollywood 2012 ini jika dicampurkan kesemuanya boleh menyiapkan berpuluh-puluh projek rakyat jika di Malaysia.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter