Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu banned in Malaysia

Pesanan ringkas Erykah Badu kepada peminat di Malaysia


Mesej dari pihak penganjur
"We're working up until the 11th hour to rectify the issues that we're facing.
Erykah Badu & Pineapple Concerts will still like to carry on with the show.
We hope to still have your continued support to bring on the show.".
www.pineappleconcerts.com
KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.-kosmo online

Kung Fu Beruang

Kung Fu beruang, begitulah yang terjadi di sebuah zoo di russia yang berjaya dirakam. sebelum ini kita pernah menonton kartun animasi Kung Fu Panda 1 dan Kung Fu Panda 2.

Saya tidak terlepas untuk menonton kedua-dua filem ini dan mahu menontonnya sekali lagi sekiranya diajak kawan-kawan.

Video berikut pula adalah aksi seekor Beruang Asia yang berjaya dirakam seolah-olah melakukan aksi kung fu menggunakan kayu salah satu zoo di russia.

kung fu panda, kung fu beruang
siap kauu....wachhaa....




lagi kung fu panda

Tuesday, February 28, 2012

Proton P3-21A sudah ada nama

Nampaknya industri pembuatan kereta di negara ini ada kemajuannya. kejayaan proton menjuarai rally sweeden (menggunakan satria neo) sangat membanggakan.

Sesuatu yang dinantikan rakyat malaysia dari proton ketika ini ialah pelancaran model baru proton iaitu Proton P3-21A pada 16-03-2012. Tapi kenapa masih berahsia pasal nama tersebut? P3-21A adalah kod nama yang biasa diguna di kilang pengeluaran manakala nama khasnya belum lagi diberi.

Pada firasat aku nama proton baru ini nanti ada kena-mengena dengan konsep 1Malaysia. Saya tak pasti apakah namanya tapi mesti ada perkataan '1' 'satu'. he..he tekaan saya saja.

Baiklah berikut adalah serba sedikit pasal Proton P3-21A:

  • Harga OTR rm65-75k termasuk insuran
  • Ditawarkan dlm 2 varian iaitu executive dan premium
  • Injin campro 1.6 turbo,7 gear dengan vvt, kuasa bermula pada 2000rpm
  • Diuji keselamatan di australia pada kelajuan 140kmj-cermin hadapan tidak berderai
  • Dibangunkan dari model tuah
  • Dilancarkan pada 16-mac-2012

Kereta kuning bawah ni adalah spyshot proton P3-21A, ala-ala Bumbble Bee dlm transformer atau siri penyiasatan Hawaii Five-o

Proton P3-21A
 Proton Tuah mantap,stylo dan 'bold'
Proton Tuah


P3-21A macam Pentium processor pula atau model motherboard. Jadi pada firasat kamu apakah bakal nama kereta proton yang baru ini?

Jika dahulu rakyat diberi peluang untuk menamakan kereta proton, tapi sekarang nampaknya proton mahu beri surprise, jeng...jeng...jeng...

Video Promosi Proton P3-21A

Sunday, February 26, 2012

Pemimpin PKR ditangkap khalawat dengan isteri orang

Bahang pilihanraya semakin terasa, kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang sudah turun padang untuk memenangi hati pengundi.

Timbul pula pelbagai strategi untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebelum ini saya ada mengulas tentang Pelacur yang dijadikan perangkap politik disini. Tapi kali ini dengan isteri orang pula.

Tidak kira di pihak manapun pasti timbul kata-kata fitnah,konspirasi,perangkap dsb.

Berikut adalah petikan dari mstar online tanpa menyebut nama orang itu meskipun orang yang dimaksudkan itu ialah Ba.
Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dipercayai berkhalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Rasanya pilihanraya pada kali ini benar-benar menguji pertimbangan rakyat mengenai parti mana yang mereka hendak pilih, berdasarkan pencapaian dan tindak-tanduk kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang sehingga ke hari ini.

Friday, February 24, 2012

Download borang permohonan RMR1M

Download borang permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia(RMR1M).

Menurut satu sumber Najib berkata borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem 'online' bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.
Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia(RMR1M)
gambar contoh RMR1M

Pastikan anda tahu pejabat wakil rakyat di kawasan anda untuk mencari maklumat lanjut dan mengambil borang ini. Setakat artikel ini ditulis laman web SPNB belum menyediakan pautan untuk download.


Istilah yang sering diguna pakai oleh kerajaan sehingga kini di dalam membangunkan projek perumahan kepada rakyat:

  • Rumah Mesra Rakyat (RMR)
  • Projek Perumahan Rakyat(PPR)
  • Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT)
  • Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  • Rumah Mampu Milik (RMM)
  • Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
  • Skim Mudah Milik
  • Skim Rumah Pertamaku

Agak-agaknya mana satu projek yang anda berjaya dalam pembelian?Jika anda dapat lebih dari satu rumah maknanya anda memang licik :).

*Jangan keliru dengan istilah2 di atas, anggap sebagai pengetahuan sahaja.

*Update*

Borang RMR1M ini boleh diperolehi secara online.
Mukasurat ini mengandungi 32 halaman kesemuanya dan screen capture berikut cuma sebahagian sahaja.

borang permohonan perumahan RMR1M
Antaramuka laman web RMR1M
Cetak Borang RMR1M
Seperti tertera pada laman web itu andamestilah mempunyai ID yang diberikan oleh pihak SPNB untuk login ke akaun anda di laman spnb.

Wednesday, February 22, 2012

Ferrari F430 milik Lee Chong Wei

Lee Chong Wei yang merupakan pemain No 1 dunia dalam sukan badminton,telah mencapai banyak kejayaan dalam kejuaraan yang disertainya. Antara kejayaam beliau yg sempat dicatat dalam blog ini ialah:

Kejohanan Badminton Terbuka Korea
Kejohanan Badminton Terbuka Peranchis
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
Kejohanan Badminton Terbuka China
Lee Chong Wei Tewaskan Lin dan

dan banyak lagi kejohanan yang disertai LCW.

Atas kemenangan demi kemenangan, LCW menerima banyak anugerah termasuk gelaran Datuk daripada kerajaan Malaysia,Hadiah sebuah Proton Inspira dsb.

Gossip terbaru pula mengatakan bahawa Datuk Lee Chong Wei telah membeli sebuah kereta kegilan ramai walaupun tidak ramai yang mampu memilikinya iaitu Ferarri F430.
Harga Ferarri F430 di Malaysia dianggarkan diantara RM1,698,888 hingga RM1,958,888 manakala bayaran ansuran diantara rm16k hingga rm18k.
Ferarri f430 milik Lee Chong Wei
*gambar diatas dipercayai Ferarri milik Lee Chong Wei. Gambar pertama kali dilihat di Carigold.com

Cukai Kereta Mewah di Malaysia

Cukai jalan Lamborghini Murcielago pula berjumlah rm17 ribu setahun.
Cukai jalan Buggati Veron lebih kurang rm24.6 ribu setahun
Cukai jalan Ferarri rm8k-10k setahun
Cukai jalan Porche rm30k setahun
Cukai jalan BMW rm24k setahun
Cukai jalan Bently rm15k setahun

Kereta ferarri di Malaysia rasanya diimport oleh syarikat Naza.

Spesifikasi Ferarri F430


Overall vote 3.5/5

Wednesday, February 15, 2012

Kes 2 Tahun lalu- Saiful Apek Positif Dadah

Saiful Apek didapati positif mengambil dadah, melalui ujian yang dijalankan.
Berita terdahulu penangkapan Saiful Apek naik mahkamah.
Saiful Apek positif dadah,rajalawak,gitu-gitu production,lawak king
PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.
Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.
Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.
Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.
Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan.-kosmo

NAsihat buat Saiful Apek dan rakan artis yang lain, tinggalkan lah benda tu, tak bermanafaat untuk kesihatan.

p/s: michael jackson dan whitney houston pun dah meninggal pasal terover ambil drugs, fikir-fikirkanlah.

Tuesday, February 14, 2012

Warna-warna politik Sabah

Warna-warna politik Sabah - Senarai Ketua Menteri Sabah
Berikut adalah Jadual Ketua Menteri Sabah dahulu dan sekarang.
Senarai Ketua Menteri Sabah

Download Senarai Ketua Menteri Sabah dan ulasannya serta maksud disebalik warna-warna disini

Monday, February 13, 2012

Voucher BR1M

Ada sesiapa lagi yang menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

Orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN samada untuk permohonan baru,permohonan rayuan atau bertanyakan status permohonan.


Voucher / Baucar BR1M sudah dapat. Jika anda diterima maka anda akan dihubungi melalui telefon atau sms. Jika anda bercuti dan tidak dapat mengambil Baucar ditempat yg telah ditetapkan misalnya balai raya, dewan masyarakat, dewan kommunity maka anda boleh mengambilnya terus melalui Pejabat Daerah terdekat tempat tinggal anda.

Nota: wakil boleh mengambil voucher BR1M, tetapi menunaikannya di bank yang terpilih harus orang yang tertera pada voucher.

Voucher hanya dapat ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN),CIMB dan Maybank.

Friday, February 3, 2012

Manohara Odelia Pinot bertemu jodoh

Jakarta - Manohara Odelia Pinot tampaknya sedang menikmati liburannya di sebuah kapal. Di belakangnya juga terlihat hamparan air laut yang cukup luas. Tapi siapa pria berkumis yang berada di sampingnya? Pemandangan tersebut terlihat dalam sebuah foto yang baru-baru ini beredar di internet. Perempuan yang akrab disapa Mano itu tampil seksi dengan gaun mini putih nan tipis. Rambutnya terkoyak dihantam sapuan angin.

Namun, pemandangan itu terlihat janggal ketika melihat di samping Manohara. Seorang pria berkumis dengan rambut yang sedikit memutih terlihat tersenyum bangga ke arah Mano. Pria itu juga memegang sebuah kamera dengan kedua tangannya. Foto tersebut mulai banyak diperbincangkan di forum internet. Bahkan, ada yang berkomentar pria yang mesra dengan Manohara tersebut adalah seorang gubernur. Belum diketahui secara jelas kapan foto itu diambil dan di mana. Hingga kini Mano belum bisa ditemui atau pun dihubungi.
http://us.hot.detik..com/read/2012/0...orang-gubernur

Manohara Odelia Pinot bertemu jodoh

Manohara adalah bekas isteri kepada Putera Raja Kelantan namun telah berpisah dengan kontroversi. Dia kini membintangi beberapa filem misalnya Supergirl ala-ala bionic women.

Serius Rumah Terbalik di Sabah

Untuk mendapat pujian haruslah membuat sesuatu yang unik.
Rumah terbalik ini bagi saya adalah yang paling unik pernah berlaku di malaysia. Ketika melayari facebook saya terjumpa pages mereka ini.

Jadi beginilah keadaan Rumah terbalik tersebut.
Rumah terbalik
Rumah Terbalik pemandangan luar

Rumah terbalik
Rumah Terbalik pandangan dalam

Berikut adalah info mereka melalui facebook
Basic Information
Location
Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli,, 89208 Tuaran Sabah, Malaysia
About
Rumah Terbalik, the upside down house in Borneo!
Description
The first of its kind in South East Asia. This building is situated along the main highway to Mount Kinabalu, Kiulu river rafting and all the districts on the east coast of Sabah (ie; Sandakan, Lahad Datu, Semporna and Tawau)

This brand new attraction is located in Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, district of Tuaran.

Come November 2011, you will be able to view a tradition...See more
Phone
+088260263
Email
sales@trekkerslodge.com
Website
http://www.upsitedown.com

Rumah ini baru saja 'dilancarkan' dan sudahpun menjadi tarikan pelawat dalam mahupun luar negeri.

Kos pembuatan hampir setengah juta.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter