Friday, July 26, 2013

Alat penghapus karbon dioksida pada ekzos kereta

Alat penghapus karbon dioksida pada ekzos kereta

Dikatakan mampu menapis karbon dioksida yang keluar daripada ekzos kereta agar tidak terlepas diudara. Alat CO2ube ini mengandungi kombinasi alga dan sodium hydroxide sebagai agen bertindak penapis.
gambar sebenar CO2ube dan cara ia dipasang

Menurut sumber harganya dalam usd35 dan perlu ditukar 8 hingga 10 minggu. so dalam setahun berapa dah?

Thursday, July 25, 2013

Simpanan KWSP anda,ada berapa?

Simpanan KWSP anda,ada berapa?

Fakta KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

  • Purata umur penduduk Malaysia ialah 75 tahun(negara maju spt AS,Jepun-80 tahun)
  • Umur persaraan setakat ini 55 tahun dan akan ditingkatkan kepada 60 tahun.
  • Taksiran 2011 menunjukkan 72% ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP dibawah RM50000.
  • 50% pesara menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 5 tahun.

Kajian pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) pada 2007 mendapati penduduk Malaysia mempunyai purata jangkahayat sihat selama 66 tahun sahaja.

Adakah jumlah caruman yang anda kumpul selama berkerja(katakan 30 tahun berkerja) cukup untuk persaraan?

Beberapa faktor perlu diteliti seperti:
Jangkahayat,umur persaraan,gaya hidup,tahap kesihatan,tanggungan keluarga,penurunan nilai wang dan kos hidup yang sentiasa meningkat.

Juga perlu diambil kira bagaimana anda merancang kewangan semasa berkhidmat(misalnya pandai melabur dan menabung) dan bagaimana merancang untuk menggunakan simpanan KWSP  selepas pencen.

Berapa anda perlukan apabila bersara?
Bergantung kepada keperluan perbelanjaan,tahap kesihatan dan gaya hidup.

Lihat perhitungan berikut.
Katakan anda ingin berbelanja RM800 sebulan bagi tempoh 20 tahun (bersara 55 meninggal 75), maka simpanan yang anda perlukan adalah sebanyak RM192,000 dalam simpanan KWSP anda.

Katakan anda ingin berbelanja RM800 sebulan bagi tempoh 15 tahun (bersara 60 meninggal 75), maka
simpanan yang anda perlukan adalah sebanyak RM144,000 dalam simpanan KWSP anda.




seterusnya >>Inisiatif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli.

Inisiatif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli.

Inisiatif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli.

Bermula 2007, Skim KWSP:
  • Meningkatkan peratusan simpanan persaraan dalam Akaun 1 daripada 60% kepada 70%
  • Pengeluaran umur 55 tahun yang fleksibel-secara sekaligus,bulanan,sebahagian atau kombinasi.
  • Tempoh mencarum(wajib) dilanjutkan dari 55 tahun kepada 75 tahun,sekiranya ahli masih berkerja.

Tips untuk menambah simpanan persaraan.
  • Mempelbagai sumber pendapatan (tabungan dan pelaburan) dan tidak hanya bergantung kepada KWSP.
  • Mulai menabung dari awal
  • Mempunyai perancangan jangka panjang (cth apakah keutamaan yang perlu dibuat selepas bersara-buat bisnes…etc)
  • Jaga kesihatan anda dan jalani kehidupan gaya sihat misalnya jangan boros serta cari kerja/bisnes yang lebih ringan dan kurang tekanan.
  • Melabur dengan bijak, elakkan pelaburan berbentuk Skim Cepat Kaya.
*tip;
Langkah penjimatan agar simpanan mencukupi.
-Memanjangkan umur persaraan dan terus berkerja selagi termampu.
-Keluarkan simpanan apabila benar-benar memerlukan
-Melaburkan sedikit simpanan untuk menjana pendapatan berterusan.

Mengapa perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan?
Secara umumnya simpanan KWSP tidak cukup untuk membiayai kehidupan selepas pencen. Antara sebabnya ialah bersara awal,umur panjang dan gaji rendah menyebabkan simpanan sedikit dan cepat habis.

Sejak KWSP ditubuhkan pada 1 Oktober 1951,umur pengeluaran kesemua simpanan kekal pada umur 55 tahun walaupun jangkahayat penduduk Malaysia meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna simpanan KWSP perlu digunakan selama 20  tahun selepas bersara.

Statistik KWSP tahun 2011 bagi ahli berumur 54 tahun menunjukkan.
  • 72% ahli mempunyai simpanan RM50000 dan kebawah
  • 47% ahli mempunyai simpanan RM20000 dan kebawah
  • Hanya 30% masih aktif berkerja pada umur 54 tahun.

Ini tidak mencukupi untuk menyara anda selama 20 tahun seperti contoh perkiraan sebelum ini[link].
Maka itu anda perlu mempelbagai kan sumber pendapatan agar tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja, menerima pendapatan persaraan secara berterusan dan mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang singkat.

Sumber-sumber pendapatan persaraan(mana nak cari duit lebih).

1.    Sudah tentunya Simpanan KWSP yang wajib bagi pekerja sektor awam dan swasta.
2.    Simpanan am seperti bank,Tabung Haji,Permodalan Nasional Berhad,insuran,pelaburan bijak
3.    Bantuan Orang Tua (BOT) diperkenalkan kepada warga tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
4.    Baitulmal, Zakat dan sebagainya.
5.    Bantuan keluarga, perkhidmatan kesihatan percuma,sewa hartanah,dividen pelaburan,faedah simpanan tetap(fixed deposit interest), PPRT dan seumpamanya.
Sumber pendapatan lain seperti kerja sampingan dari rumah,menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan, berkerja secara part-time, membeli anuiti dan lain-lain yang boleh difikirkan dapat memberi pulangan.

sebelumnya << Simpanan KWSP anda,ada berapa? seterusnya >>Keuntungan Skim KWSP?

Keuntungan Skim KWSP

Keuntungan Skim KWSP

Keuntungan Skim KWSP
Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan untuk hari tua anda.Ia dibahagikan kepada dua akaun iaitu:
•    Akaun 1-70% daripada simpanan khusus untuk persaraan
•    Akaun 2-30% daripada simpanan dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan(misalnya pembiayaan pendidikan,pemilikan computer,membuat rumah…)
Bilakah simpanan akaun 1 boleh dikeluarkan?
-iaitu apabila ahli mencapai umur persaraan 55 atau 60 tahun.

Bolehkan melaburkan simpanan dalam Akaun 1?
Ya. Misalnya dalam unit amanah saham melalui institusi pengurusan dana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.Pelaburan yang telah dijual akan dikembalikan semula ke Akaun 1 berserta apa-apa keuntungan. Walaubagaimanapun ahli bersetuju untuk menanggung sekiranya ada risiko kerugian.

Bila Akaun 2 boleh dikeluarkan?
Antara tujuan pengeluaran simpanan akaun 2 adalah seperti
•    Pengeluaran Perumahan-membolehkan anda memiliki sebuah ruma(cth kos rumah 50000) yang selesa selepas bersara
•    Pengeluaran Pendidikan-membiayai kos pengajian anda dan anak anda di peringkat diploma dan keatas.
•    Pengeluaran Kesihatan-membiayai kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal kepada anda dan keluarga terdekat.
•    Pengeluaran umur 50 tahun-persaraan lebih awal
•    Pengeluaran melebihi 1 juta-untuk dilaburkan dan diurus sendiri oleh ahli untuk menjamin sepenuhnya keperluan asas persaraan.

Bolehkan dikeluarkan sekaligus simpanan KWSP?
Boleh apabila:
•    Mencapai umur 55 tahun
•    Meninggalkan Negara (menjadi warganegara di Negara lain)
•    Disahkan hilang upaya dan meninggal dunia. Bayaran diberi kepada waris terdekat atau penama.
•    Anggota perkhidmatan awam yang telah diletakkan dalam taraf berpencen. Caruman bahagian majikan(kerajaan) dipulangkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

sebelumnya <<Iniasitif KWSP untuk meningkatkan simpanan ahli
  seterusnya >>Kebaikan-kebaikan menyertai Skim KWSP

Kebaikan-kebaikan lain menjadi ahli KWSP

Kebaikan-kebaikan lain menjadi ahli KWSP
Selain daripada simpanan KWSP, waris ahli atau ahli layak menerima bantuan sebagai tanda simpati seperti berikut.
  • Bantuan kematian sebanyak RM2500 dengan syarat pengeluaran kematian dimohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Bantuan hilang upaya sebanyak RM5000 dengan syarat pengeluaran hilang upaya dipohon dalam tempoh 1 tahun dari tarikh ahli hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya.
Nota:bantuan-bantuan ini adalah hasil daripada pelaburan KWSP dan bukan dipotong dari akaun ahli.

sebelumnya << Keuntungan Skim KWSPseterusnya >> Simpanan Asas KWSP

Simpanan Asas KWSP

Simpanan Asas KWSP
Diperkenalkan pada Februari 2008 simpanan asas adalah satu jumlah simpanan pada umur 55 tahun yang mencukupi untuk membiayai keperluan asas persaraan seperti makanan dan pakaian.

Ia ditetapkan mengikut umur bagi ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya sebanyak RM120000 di dalam akaun KWSP ketika umur mencapai 55 tahun (perbelanjaan rm500 sebulan bagi 20 tahun)
Kuantum simpanan asas diperolehi berdasarkan andaian berikut:
  • ahli mendapat kenaikan gaji sebanyak 3% setahun
  • kadar dividen tahunan KWSP adalah sebanyak 4% setahun
  • kadar caruman berkanun KWSP adalah 23% daripada upah bulanan


Bila simpanan asas terpakai?
Simpanan asas adalah terpakai untuk menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada akaun 1 dibawah skim pelaburan ahli(SPA). Ahli boleh melabur tidak lebih daripada 20% simpanan dalam akaun 1 yang melebihi simpanan asas ke dalam unit saham amanah melalui institut pengurusan dana(IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Tujuannya adalah untuk menghadkan pendedahan risiko pelaburan keatas simpanan persaraan ahli.
Contoh pengiraan kelayakan pelaburan seperti berikut.

Adakah simpanan asas akan disemak semula
Simpanan asas akan disemak semula setiap 5 tahun dengan mengambilkira keperluan persaraan (social dan ekonomi), kadar inflasi dan kos sara hidup.

sebelumnya <<Kebaikan menjadi ahli kwsp seterusnya>> 

Skim Simpanan Persaran 1 Malaysia (SP1M)

Skim Simpanan Persaran 1 Malaysia (SP1M)
Mereka yang terlibat dalam skim ini adalah seperti bekerja sendiri,suri rumah, tiada pendapatan tetap dan sumpamanya dimana mereka ini tiada perlindungan persaraan yang formal separti pekerja sektor swasta dan awam.

Tujuan SP1M
-saluran untuk golongan yang berkerja sendiri atau mereka yang tiada pendapatan tetap tetapi mahu menabung KWSP bagi tujuan persaraan.

Siapa yang layak menabung SP1M
  • berkerja sendiri seperti pemandu teksi,petani,nelayan,kontraktor kecil-kecilan,peniaga pasar malam,perunding bebas,golongan professional atau sesiap sahaja yang tiada formal KWSP.
  • suri rumah,berkerja dari rumah dll.
  • kakitangan perkhidmatan awam yang mempunyai taraf berpencen.
  • mereka yang pernah makan gaji tetapi diberhentikan atas sebab-sebab kemelesetan ekonomi dan sebagainya, kemudian berkerja sendiri (misalnya menjual makanan dari ofis ke ofis)
Berapa kadar caruman SP1M
  • Caruman SP1M tertakluk kepada kemampuan individu itu. Anda boleh mencarum secara sukarela pada bila-bila masa dengan amaun minimum RM50 samada setiap bulan,setahun. 
Keuntungan menyertai SP1M
  • Simpanan caruman akan mendapat dividen tahunan teryakluk kepada kadar dividen 2.5%
  • layak mendapat bantuan kematian Rm2500 dan bantuan hilang upaya rm5000 tertakluk kepada syaray-syarat tertentu.
  • seperti juga KWSP formal SP1M boleh mengeluarkan simpanan dalam akaun 2 untuk tujuan perumahan,pendidikan,kesihatan dan apabila mencapai umur 50 tahun
  • boleh mengeluarkan kesemua simpanan apabila mencapai umur 55 tahun.
Insentif kerajan kepada ahli SP1M
  • mendapat pelepasan cukai sehingga rm6000 setahun (bersama insuran hayat) bagi orang yang berkerja sendiri
  • mendapat sumbangan kerajaan sebanyak 5% setahun tertakluk kepada jumlah maksimum rm60 setahun. Sumbangan ini hanya untuk tempoh 5 tahun (tahun 2010-2014). Sumbangan ini terhad kepada ahli yang berumur dibawah 55 tahun sahaja dan akan dikreditkan ke dalam akaun 1.

Borang menyertai SP1M
Anda perlu menjadi ahli KWSP dengan mengisi borang KWSP3 bersama salinan kad pengenalan. Selepas iti anda boleh memohon menyertai SP1M dengan mengisi boring pilihan skim simpanan Persaraan 1Malaysia (borang KWSP 16G(1M))

Caruman KWSP secara sukarela.
Sesiapa sahaja yang tiada pendapatan tetap boleh mencarum kepada KWSP.
Menambah simpanan Akaun 1 pasangan suami/isteri atau ibubapa anda.
*Nota:Mulai januari 2013, jumlah maksimum caruman sukarela dihadkan kepada RM60000 setahun.

sebelumnya << Simpanan Asas KWSP awal >> Simpanan KWSP anda

Thursday, July 18, 2013

Server error portal kerajaan mysms


Gerbang SMS Kerajaan my SMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.

OBJEKTIF GERBANG SMS KERAJAAN MySMS

Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;
Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama; dan
Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.

JENIS PERKHIDMATAN SMS

Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS termasuklah:

-SMS Maklumat di atas permintaan (Information On Demand) - Penghantaran maklumat kepada orang ramai yang memohon. Contoh semakan status permohonan lesen, permit dan keputusan peperiksaan
-SMS Dokumen di atas permintaan (Document On Demand) - Penghantaran dokumen kepada orang ramai yang memohon. Contoh borang permohonan jawatan kosong, tips keselamatan jalan raya dan jadual perjalanan keretapi
-SMS Broadcast - Penghantaran SMS hebahan dari agensi Kerajaan kepada orang ramai. Contoh notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan, hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu
-SMS Aduan - Penghantaran SMS aduan dari orang ramai kepada agensi Kerajaan

CAJ PERKHIDMATAN SMS

Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah:

Caj bagi perkhidmatan yang dipohon oleh pengguna adalah RM 0.35 akan ditanggung oleh pengguna seperti pertanyaan status Pemilihan Pelatih Khidmat Negara atau semakan waktu solat dari JAKIM.
Caj bagi perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi Kerajaan adalah RM 0.10 akan ditanggung oleh agensi Kerajaan seperti notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan atau pemberitahuan tarikh luput lesen memandu
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Didapati bahawa terdapat masalah ketika saya  cuba mengemaskini langganan buat pertama kalinya.
http://www.mysms.gov.my/KemaskiniLangganan.aspx

Server Error in '/' Application.

Runtime Error

Description: An application error occurred on the server. The current custom error settings for this application prevent the details of the application error from being viewed remotely (for security reasons). It could, however, be viewed by browsers running on the local server machine.

Details: To enable the details of this specific error message to be viewable on remote machines, please create a tag within a "web.config" configuration file located in the root directory of the current web application. This tag should then have its "mode" attribute set to "Off".

Notes: The current error page you are seeing can be replaced by a custom error page by modifying the "defaultRedirect" attribute of the application's configuration tag to point to a custom error page URL.

masalah error page mysms kemaskini langganan
http://www.mysms.gov.my/KemaskiniLangganan.aspx
mysms kemaskini langganan error

Saturday, July 6, 2013

Metallica in Malaysia:Konsert Jelajah

Metallica
Band
Metallica is an American heavy metal band from Los Angeles, California. The band's fast tempos, instrumentals, and aggressive musicianship placed them as one of the founding "big four" of thrash metal alongside Slayer, Megadeth, and Anthrax.

Ahli kumpulan Metallica.
Metallica in Malaysia:Konsert Jelajah
Ahli Kumpulan band Metallica-dah veteran lo


Lead singer: James Hetfield (1981–)
Origin: Los Angeles, California, United States
Members: James Hetfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett, Robert Trujillo, Dave Mustaine, Jason Newsted, Cliff Burton, Ron McGovney
Awards: Grammy Award for Best Metal Performance, MTV Video Music Award for Best Rock Video, Grammy Award for Best Hard Rock Performance, Grammy Award for Best Rock Instrumental Performance

Antara lagu yang popular dari Metallica

One 2004 2004-10-15: Pepsi Colisee, Quebec City, QC, Canada
Disposable Heroes 2004 2004-11-28: San Jose, CA, USA
Master of Puppets 2004 Master of Puppets
The Unforgiven 1991 Metallica
Fade to Black 1993 Live Shit: Binge & Purge
For Whom the Bell Tolls 1984 Ride the Lightning
Whiskey in the Jar 1998 Garage Inc. (disc 1: New Recordings '98)
The Day That Never Comes 2008 Death Magnetic
Fuel 1997 Reload
Sad but True 2011 2011-12-05: The Fillmore, San Francisco, CA, USA
Seek & Destroy 1983 Kill 'Em All
Turn the Page 2004 2004-08-28: Chicago, IL, USA
St. Anger 2003 St. Anger
…and Justice for All 1988 …and Justice for All
Wherever I May Roam 1991 Metallica

Kumpulan yang seangkatan dengan  Metallica ini adalah seperti Mega Death, Iron Maiden,Slayer,AC/DC, Gun N Roses dan banyak lagi.


Join Kelab Metallica
Kumpulan Band Metallica ini membuka keahliannya kepada sesiapa saja di seluruh dunia berikut adalah yurannya:
-US Premier 45 dollar
-US Premier Plus 55 dollar
-International Premier 60 dollar

Antara kebaikan menjadi Ahli kelab Metallica adalah seperti mendapat majalah dan lain-lain aksessories.

 Jadual Konsert Jelajah Metallica

Metallica in Malaysia:Konsert Jelajah
Jadual Konsert Jelajah Metallica
Saksikan kehebatan kumpulan Metallica ini mengegarkan Malaysia pada 21 Ogos 2013


Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter