Thursday, January 3, 2008

Tahun lompat

Apa itu tahun lompat?

Tahun lompat merupakan tahun di mana tambahan hari dimasukkan kedalam bulan Febuari. Maka dengan itu ia mengandungi 366 hari setahun. Manakala tahun-tahun biasa mengandungi 365 hari sahaja. Ia berlaku setiap 4 tahun.

Tarikh 29 februari berlaku sebanyak 15 kali pada isnin atau rabu, 14 kali pada hari jumaat atau sabtu dan 13 kali pada ahad, selasa dan khamis.

Tahun 2008 adalah tahun lompat atau leap year . Melihat kepada kalendar 2008, anda akan dapati hari lima (Jumaat) berulang sebanyak lima kali dalam bulan febuari. Hari bermula dengan hari Jumaat dan berakhir pada hari Jumaat juga. Keadaan yang sama ini berlaku pada 1980 dan akan berulang kembali pada 2036.

Diantara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat yang berkongsi hari yang sama dalam seminggu untuk tarikh yang berulang hanya akan berlaku setiap 28 tahun.

Kepercayaan dan tradisi

Bagi mereka yang lahir pada bulan 29 februari, dan jika ia bulan tahun lompat maka mereka menyambutnya pada 28 februari. Sesetengahnya pula menyambutnya pada 1 Mac kerana mereka merasakan bukan lahir pada 28 februari. Dalam kes ini tarikh 29 februari tidak wujud.

Disesetengah negara, pada tahun lompat perempuan dibenarkan melamar lelaki. Tahun lompat juga dikenali "Bachelors' Day". Lelaki tersebut dikehendaki mambayar 'Sogit' seperti pembelian pakaian, cincin dan sebagainya sekiranya menolak lamaran tersebut.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter