Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah mengatakan bahawa kekalahan teruk BN adalah kerana sabotaj daripada ahli parti UMNO. Kenapa perlu sabotaj? jawapannya ringkas iaitu telah hilang kepercayaan terhadap hala tuju umno dan juga pucuk kepimpinan.
Ini dapat dibuktikan lagi apabila kerajaan sekarang mendapat kritikan yang hebat dan berterusan daripada bekas PM Tun Dr. Mahathir, Ku Li dan banyak lagi pemimpin yang tidak senang dengan cara parti UMNO dipimpin sekarang.
Datuk Hisammuddin Tun Hussein tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno, begitu juga Datuk Azalina yang tidak berminat untuk tanding ketua Wanita wlaupun dia adalah calon paling layak.

Sama-sama lah kita lihat apakah yang berlaku pada perhimpunan agung Umno nanti pada bulan Disember. Mungkinkah ada perubahan lagi dalam kerajaan yang ada sekarang?
Bagi orang Sabah,kita nantikan apakah (hasil )yang akan dibincangkan oleh Datuk seri Ahmad Abdullah Badawi dengan para pemimpin Sabah pada 07.04.2008 nanti.
No comments:
Post a Comment
viral news and videos