Untuk nama domain ramok ada banyak yang dijumpai. namun jika kamu search "ramok" (harap2 masih #1) adalah #1. saya tidak tahu dan tidak mengkaji apa maksud ramok pada bangsa lain namun bagi sabahan, ramok adalah sejenis peluru sumpit (sopuk). lihat gambar berikut.


Senjata ini sangat berbisa dan bisa membunuh apa sahaja makhluk! tidak percaya? saya sarankan don't try this at home :).
Antara yang terkenal dan paling berbisa adalah sumpitan kaum Murut Sabah. Senjata ini juga seringkali digunakan semasa perang antara suku dulu-dulu (misangod). Sangat berkesan kerana ia tidak mengeluarkan bunyi (silent killer).
Bagi yang masih kurang faham, bulan lima tadau kaamatan bagi sabah anda pasti dapat menyaksikan acara menyumpit(monopuk) menggunakan peralatan ini.
Itu saja serba-sedikit mengenai maksud ramok, bagaimana saya mendapatkannya(domain name )boleh baca post yang awal.
Saya pun tertanya-tanya nama Ramok tu , saya fikir2 mungkin nama Ramok ni ertinya sopuk pula, wah... saya ingat2 lupa sebenarnya.Tidak dapat ingat sepenuhnya nama itu , tapi bila ko kasi tau di web , nah... Baru saya ingat.... :)
ReplyDelete