pada hari ini di radio hot fm ada dibincangkan akan hal ini, dan bayak yang memberi pelbagai pendapat walau bagaimanapun rata-ratanya tidak setuju dengan pengharaman 'sistem kutu' ini.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000(pindaan terbaru rm7000) atau penjara maksimum tiga tahun(pindaan terbaru 7 tahun) atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
pada ketika ini main kutu hanya diharamkan dari segi undang-undang dan belum lagi dikaji dari segi agama. menurut undang-undang adalah di tegah dari memungut / mengumpul / mengambil deposit daripada orang awam samada perseorangan atau berkumpulan. hanya institusi seperti bank sahaja yang boleh memungut deposit daripada orang awam.
di negeri lain permainan ini dipanggil 'main hui' atau ada juga menamakannya 'tarik-tarikan'. permainannya mudah iaitu mengumpulkan wang daripada rakan-rakan peserta dan perbincangan akan diadakan siapa yang akan mengambil wang terkumpul itu dahulu (orang pertama). biasanya main kutu atau main hui ini berlaku dalam persekitaran rakan-rakan sepejabat. kuncinya hanya satu iaitu 'trustee' atau kepercayaan sesama kawan.
Kutu wang pos, saya tak pernah main, tapi kutu sesama jiran adalah. Sehari RM2 maknanya sebulan RM 60 ada 11 orang maka dapatlah RM660 bila sampai giliran.
Nak menyimpan sendiri RM2 sehari mungkin nampak mudah, tapi bukan semua orang mampu buat. Jadi main kutu adalah satu jalan untuk simpan duit.
Yang nak pakai duit dulu boleh mintak dapat awal, yang ni kira berhutanglah, bukan menyimpan... hehehe
suatu pandangan, kepada para peserta main kutu ini, kamu habiskanlah pusingan yang telah ditentukan. ini mengelak dari perselisihan berlaku dikalangan peserta. saya pasti tiada yang akan rugi.
No comments:
Post a Comment
viral news and videos