Friday, March 11, 2011

Tsunami Jepun 8.9

Gelombang dijangka akan melanda pulau Pasifik Guam, 2,400 km (1,500 batu) selatan Jepun, jam 7 waktu setempat (1100 WIB). Pantai sudah dikosongkan, dan tetamu hotel dipindahkan ke bilik di tingkat yang lebih tinggi, sementara itu di Mariana Utara Kepulauan, semua penduduk diperintahkan untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Gelombang laut sampai 6 kaki (2 meter) di atas permukaan laut dikesan oleh alat ukur laut berhampiran Pulau Wake, Midway dan Guam di Pasifik Utara, kata Cip McCreary, juru bicara Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Berita Tsunami Jepun

VideoTsunami Jepun: Pemandangan yang menakutkan akibat gegaran tersebut

VideoTsunami Jepun:


Amaran laut bergelora di Sabah dan Labuan
11/03/2011 8:48pm

KOTA KINABALU – Laut bergelora dan paras air laut tinggi dijangka berlaku di perairan pantai Labuan dan Sabah mulai 6 petang dan 12 tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan di sini, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, ASP Mohd Zaki Harry Susanto berkata, orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.

Keadaan laut sebegitu adalah berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini.

Pusat gempa bumi tersebut terletak 4,343 kilometer utara dari Timur Laut Kudat, Sabah.

“Polis Sabah akan memperbanyakkan rondaan di kawasan tersebut dan akan berusaha memastikan masyarakat setempat sentiasa peka terhadap perkembangan ini,” kata Mohd Zaki. – Bernama

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter