Thursday, April 21, 2011

keyboard kotor

keyboard kotor, begitulah keadaan apabila menggunakan harta kerajaan. tidak kira peralatan komputer,aksesori,kenderaan dsb semuanya diabaikan kebajikan peralatan tersebut.

apabila saya diajak kawan ke pejabatnya, mendapati habuk sudah tebal atas mejanya. bila saya tanya kenapa tidak bersihkan, jawabnya "buat apa bersihkan sendiri kan ada tukang sapu". bijak la kawan aku ni

maklumlah kalau ada kerosakan,buat repot,bulan depan dapat baru. begitulah mentaliti sesetengah kakitangan kerajaan (mahupun swasta) yang berkerja makan gaji. lain pula erita kalau guna barang sendiri ketika bertugas, hujung bulan pasti hantar perbelanjaan tuntutan (claim).

bila bawa kereta kerajaan woah bukan main laju lagi, siap lobang dihentam saja. bila patah spring salahkan jalan yang berlopak, memanglah jalan kampung berlobang tapi kalau pandu perlahan taklah spring patah.
ragam pejabat,keyboard komputer kotor
keyboard kotor:keropok lekor,kuih pisang,ikan bilis,minyak melekit semua ada

ada cerita pasal ragam pejabat sila berkongsi.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter