Friday, January 13, 2012

Kenapa Jay Jamalina pembaca berita tv3 tersasul

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

Semasa membaca berita malam tadi Jay Jamalina tersasul apabila berkata
"Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Atas kesilapan tersasul itu beliau meminta maaf

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Kesilapan ini membawa kepada perbualan hangat di alam cyber dan juga kedai kopi memandangkan kepopularan kes Dato Seri Anwar dan juga Bebas Anwar 901 yang berlangsung ketika itu.

Di pihak Anwar pula, beliau sangat teruja atas perkara tersasul ini dan mahu bertemu Jay secepat mungkin. Dato seri Anwar juga optimistik untuk menjadi Perdana Menteri dengan berkata "Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa
Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.

jadi kenapa Jay Jamalina tersasul?

Sebab kenapa Jay Jamalina (JJ) tersasul meneyebut Dato Seri Anwar sebagai Perdana Menteri:
-Dato Seri Anwar Ibrahim sedang hangat diperkatakan sebagai bakal Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas
-Jay Jamalina sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air
-Jay Jamalina sentiasa mengikuti perkembangan kes Dato Seri Anwar Ibrahim
-Jay Jamalina mungkin pro pembangkang
-Nama Dato Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul dalam kepala apabila menyebut Dato Seri
-Disengajakan? Mungkin tidak(sebab JJ dah buat pengakuan tidak disengajakan)
-Tersasul adalah perkara biasa dalam keadaan biasa
-Tersasul adalah luar biasa apabila data dari otak dibaca dan dikeluarkan ke mulut (seperti dlm kes 'terjun' Sarbani)
-Hilang fokus/tumpuan (terganggu)
-Mungkin Jay seorang yang kuat melatah :)

fuhh...famous sekelip mata
Jay Jamalina no body..no body..

2 comments:

  1. Its really very interesting post full of valuable information. The key part of this post is its descriptive way to define anything. I liked it with my heart.

    ReplyDelete
  2. Lidah memang tak bertulang dan tak ada brek, kerana itu fokuslah bila bekerja.

    ReplyDelete

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter