Banyak perkara atau siatuasi yang boleh diaplikasikan melalui pepatah ini.
Berikutan kemenangan pelakon Aaron Aziz yang diangakat sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 banyak kritikan yang dilontarkan terutama sekali komen yang dilontarkan oleh Zed Zaidi Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Komennya yang mempertikaikan soal kewarganegaraan Aaron Aziz yang berasal dari Singapura.
Kenyataan Zed Zaidi yang berbunyi "Saya lebih bangga jika anugerah itu dimenangi oleh warga Malaysia"
Saya rasa ini bukan isu pertama, tidak lama dulu heboh satu Malaysia apabila pelakon Bollywood Shah Rukh Khan diberikan anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' kerana mengadakan penggambaran di Kuala Lumpur terutama sekitar Menara Petronas.
Tidak pula diberikan gelaran datuk kepada pelakon Inggeris Sean Connery dalam lakonan nya Entrapment yang menggunakan Menara Petronas dalam satu adegan lakonannya.
Nampaknya sudah banyak warga Singapura yang telah berjaya mengukukuhkan bisnes di Malaysia malah lebih maju daripada orang Malaysia sendiri. Ini termasuklah pelakon,penyanyi,komposer dsb.
Dalam pada itu pelbagai pihak mengulas komen Zed Zaidi tersebut yang mana mereka mengatakan bahawa pandangan Zed Zaidi adalah tidak berpandangan jauh dan isu kerakyatan tidak seharusnya timbul memandangkan peranan Aaron Aziz dalam memajukan/menyumbang kepada industri perfileman Malaysia.
Aaron Aziz sendiri menyangkal kenyataan Zed Zaidi itu dan menganggap perkara itu tidak menjejaskan kariernya.
Dato Siti Nurhaliza juga berpendapat bahawa isu kerakyatan tidak seharusnya timbul.
Zed Zaidi |
Aaron Aziz |
No comments:
Post a Comment
viral news and videos