Tuesday, April 3, 2012

Kapal Persiaran Mewah MZ Azamara Quest 'Mendarat' cemas di Sandakan Sabah

Kapal Persiaran Mewah MZ Azamara Quest 'Mendarat' cemas di Sandakan Sabah
MZ Azamara Quest terbakar,kapal persiaran mewah Azamara Quest
Kapal Persiaran Mewah MZ Azamara Quest sedang ditunda
Kebakaran kapal persiaran mewah MZ Azamara Quest yang membawa ratusan penumpang warga Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia hari ini berlayar dengan perlahan ke perairan Malaysia selepas enjinnya berjaya dibaiki, lapor pengawal pantai Filipina.

Liputan berita berbeza
Berita harian: Kapal Azamara Quest yang berpangkalan di AS, mengalami kebakaran di dalam bilik enjin, Jumaat lalu. Kapal berkenaan yang diiringi kapal tentera Filipina dan dijangka tiba di pelabuhan Sandakan di Sabah, lewat malam ini. Dalam kejadian itu, lima anak kapal dilaporkan cedera dan menyebabkan pelayaran terkandas di 1,809 meter Laut Sulu iaitu kira-kira 320 kilometer di persisiran Balikpapan, Indonesia.
mStar Online: Kapal itu, yang diiringi kapal serta bot Agensi Penguatkuasaa Maritim Malaysia dan Polis Marin, tiba di pelabuhan Sandakan di Karamunting dekat sini pada 8.50 malam.
Kapal persiaran mewah ini mempunyai 4 enjin dan salah satu enjinnya terbakar,memaksanya 'mendarat' cemas di Sandakan,Sabah. Kesemua penumpang selamat dan diterbangkan ke Singapura dengan pesawat khas. Singapura adalah destinasi terakhir pakej pelancongan ini.

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter