Thursday, May 12, 2022

Gaji dan elaun Menteri orang politik yang tidak patut

gaji menteri, elaun menteri, gaji kakitangan awam, elaun staff kerajaan, pencen kakitangan awam, elaun perumahan,elaun parking,elaun perumahan,elaun keraian, elaun rakyat,gaji buta
C & P 
 Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan. Konon Negara terpaksa tanggung kos bebanan kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada Penjawat Awam. 

 Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini: "Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah bayaran kepada Ahli² Politik, dimana bayar Elaun lebih tinggi dari bayar Gaji..!!!😤 Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 

 Sepatutnya mereka tidak di iktiraf sebagai Penjawat Awam dan Otomatiknya hilang kelayakan daripada menerima sebarang Skim Pencen SEBAB mereka hanya pegang jawatan selama 60 bulan/tahun. Mereka sabenarnya tidak layak untuk terima pencen penuh sebagai Kakitangan Kerajaan berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk penuhi syarat layak bagi dapat Skim Berpencen.

Cuba Kita lihat contoh, berapa emolumen untuk sorang Menteri Kabinet: 
 1) Gaji asas = RM18,000 
 2) Elaun Keraian = RM10,500 
 3) Elaun perumahan = RM10,800 
 4) Elaun Rakyat = RM10,650 
 5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650.

 Sebenarnya mereka tidak bayar pon untuk meletak kenderaan itu, kerana mereka gunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan terpaksa membayar emolumen RM16,000 sebulan kepada 222 Ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 Ahli Dewan Negara... 🤔😤 

 Bayangkan di setiap pilihanraya (5 tahun sekali) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang saperti ini !? 😤 Ini lebih membebankan dan membazir berbanding Penjawat Awam Rendah seperti Pembantu Umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216, dan satelah berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya maksimanya adalah RM2,983. 

 Jadi pencen hanya ± RM1,491.50 sebulan selama ± 15 tahun (selepas usia 60 tahun), jika kita ambil jangka hayat rakyat Malaysia ± sehingga 75 tahun. 

 Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44! 
 Nota 2: Jika gaji gred terendah Pekerja Am Kerajaan ialah RM1,500 termasuk elaun², maka gaji sorang Menteri sama dengan 37 orang Pembantu Umum Gred 11... 😤 

 Ahli² Politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya pertahankan hidup mereka sendiri. Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang² lain untuk kaut buat keuntungan. 

 Sila Viralkan.. (sumber WhatsApp group)

No comments:

Post a Comment

viral news and videos

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter