Pemimpin PKR ditangkap khalawat dengan isteri orang

Bahang pilihanraya semakin terasa, kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang sudah turun padang untuk memenangi hati pengundi.

Timbul pula pelbagai strategi untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebelum ini saya ada mengulas tentang Pelacur yang dijadikan perangkap politik disini. Tapi kali ini dengan isteri orang pula.

Tidak kira di pihak manapun pasti timbul kata-kata fitnah,konspirasi,perangkap dsb.

Berikut adalah petikan dari mstar online tanpa menyebut nama orang itu meskipun orang yang dimaksudkan itu ialah Badrul Amin.

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dipercayai berkhalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Rasanya pilihanraya pada kali ini benar-benar menguji pertimbangan rakyat mengenai parti mana yang mereka hendak pilih, berdasarkan pencapaian dan tindak-tanduk kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang sehingga ke hari ini.

Comments

Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

Print d baju, gelas, dll



jangan terlepas setiap episod merlin season 4

Saya seorang pekerja makan gaji
48% = Depan Komputer
/online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
15% = Tambah nafas(merokok,sembang
kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
5% = Buat kerja(semalam)
5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

 
/*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas