Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

10 Tragedi Kontroversi Terhangat 2013

Inilah kehidupan manusia. Pahit manis asam garam pasti dilalui sepanjang hidup seseorang.

1.Tregedi Kemalangan Bas Cameron Genting Hilands
2.Kontroversi Perkataan Allah
3.Kontroversi Video Seks Alvin Tan dan Vivian dan sup bak kuteh
4.Jerebu Terburuk
5. GST (Goverment Service Tax Goods and Service tax)
6.Kenaikan harga minyak sebanyak rm0.20 sen
7. Pilihan Raya Umum ke 13 dengan 85 peratus rakyat turun mengundi
8.Perhimpunan Black 505, protes terhadap keputusan pilihanraya
9.Seranggan Pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah
10. Media Social 'Maniac'


ohmakkau:alvivi

Thursday, March 15, 2012

Ranking kedudukan Rasuah dunia 2011

Ranking kedudukan Rasuah dunia 2011
Kedudukan paling atas adalah kurang rasuah, semakin kebawah semakin tinggi rasuah berlaku.

Kedudukan Rasuah negara-negara ASEAN.
Indeks Rasuah Asean,Kedudukan rasuah,Bribery,salah guna kuasa
Kedudukan Rasuah negara ASEAN

Akibat rasuah-Rasuah adalah seperti anai-anai
1. Tidak akan berlaku keadilan di dalam keputusan perbicaraan dimahkamah. Mereka yang tidak bersalah akan dizalimi dan penjenayah akan terlepas daripada hukuman yang patut diterima.

2. Barang-barang penyeludupan dapat masuk dengan mudah dan negara akan kerugian untuk mendapatkan cukai barangan import.

3. Para penjenayah akan terlepas dengan mudah tanpa didakwa dimahkamah.

4. Keselamatan negara akan terancam apabila ada pihak tertentu menjual maklumat negara kepada pihak luar dan menjadi 'musuh dalam selimut'

5. Kualiti sesuatu projek pembangunan akan berkurangan dan mugkin boleh membahayakan keselamatan pengguna apabila ianya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

6. Rakyat akan memiliki pemimpin yang rendah akhlaknya dan tidak beramanah kerana terpaksa memilih mereka disebabkan terpengaruh dengan habuan yang diberikan(pemimpin tidak semestinya dlm politik sahaja-peringkat kampung,daerah,.. juga ada berlaku rasuah).

Kedudukan Rasuah negara-negara dunia.
kedudukan rasuah dunia,negara rasuah,pemimpin politik yang rasuah,bribery,penjawat awam rasuah
Kedudukan Rasuah Dunia


Fakta-fakta rasuah;

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah.
Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward.

-wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

-apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

-apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

-apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

-apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

-apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;


Punca utama rasuah berlaku

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah(BPR), perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

01.Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

02.Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

Allah swt telah berfirman:
"dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

03.Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

04.Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni:

Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

05.Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.

07.Berdasarkan pengalaman BPR juga. Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

08.Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.

09.Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

Perbuatan yang menjadi kesalahan rasuah

i.Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

ii.Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

iii.Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

iv.Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Nota: Gejala rasuah ini tidak merujuk hanya kepada cabang politik atau perniagaan sahaja. Memberi gula-gula kepada kanak-kanak agar menutup mulut juga adalah disifatkan sebagai rasuah.



bibliografi:
http://tatiuc.edu.my -gejala rasuah

Sunday, February 26, 2012

Pemimpin PKR ditangkap khalawat dengan isteri orang

Bahang pilihanraya semakin terasa, kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang sudah turun padang untuk memenangi hati pengundi.

Timbul pula pelbagai strategi untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebelum ini saya ada mengulas tentang Pelacur yang dijadikan perangkap politik disini. Tapi kali ini dengan isteri orang pula.

Tidak kira di pihak manapun pasti timbul kata-kata fitnah,konspirasi,perangkap dsb.

Berikut adalah petikan dari mstar online tanpa menyebut nama orang itu meskipun orang yang dimaksudkan itu ialah Ba.
Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dipercayai berkhalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Rasanya pilihanraya pada kali ini benar-benar menguji pertimbangan rakyat mengenai parti mana yang mereka hendak pilih, berdasarkan pencapaian dan tindak-tanduk kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang sehingga ke hari ini.

Wednesday, February 15, 2012

Kes 2 Tahun lalu- Saiful Apek Positif Dadah

Saiful Apek didapati positif mengambil dadah, melalui ujian yang dijalankan.
Berita terdahulu penangkapan Saiful Apek naik mahkamah.
Saiful Apek positif dadah,rajalawak,gitu-gitu production,lawak king
PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.
Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.
Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.
Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.
Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan.-kosmo

NAsihat buat Saiful Apek dan rakan artis yang lain, tinggalkan lah benda tu, tak bermanafaat untuk kesihatan.

p/s: michael jackson dan whitney houston pun dah meninggal pasal terover ambil drugs, fikir-fikirkanlah.

Friday, January 20, 2012

File Sharing Megaupload ditutup

File Sharing Megaupload ditutup berikutan bantahan melanggar hakcipta serta kerugian dianggarkan 500 juta dollar.

Pengasasnya telah ditangkap untuk dihadapkan di mahkamah.

Sementara itu hackers/penggodam yang bergelar anonymous mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggodam laman web kerajaan, portal fbi, laman web musik dan banyak lagi.

Tidak dipastikan samada ia pihak-pihak ini (megaupload dan hackers) mempunyai kepentingan atau kaitan.

Founder dan ko founder Kim Dotcom, yang juga dikenali Kim Schmitz, dan Mathias Ortmann ditangkap di Auckland, New Zealand bersama 2 pekerja untuk dihadapka ke mahkamah US.

Monday, January 9, 2012

Blog Anwar Ibrahim tak dapat buka

Berikutan kemenangan Anwar Ibrahim atas kes liwat saiful, banyak penyokong mahupun orang biasa cuba untuk membuka anwaribrahimblog.com untuk mendapatkan berita semasa namun mengecewakan kerana alamat itu tidak dapat dibuka.

ini mungkin disebabkan oleh traffik pelawat yang terlalu tinggi menyebabkan server nya hang menyebabkan url tersebut tidak dapat diaksess.

screen shot blog anwar ibrahim pada 09 01 2012, bersamaan tarikh Bebas Anwar 901.

Anwar didapati tidak bersalah

Bebas Anwar 901

Betul ka apa yang saya baca ini? saya hanya mengikuti update di twitter dan mendapati banyak yang mengepos Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
ehsan the star.com.my

*Update Berita Awani 10 am
Konform dan muktamad Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas tuduhan kes Liwat Saiful.

9.30am: Judge Mohd Zabidin Mohd Diah - "After going through the evidence, the court could not be 100% certain that integrity of DNA samples was not compromised, and finds that it is not safe to rely on DNA evidence.

Saturday, November 5, 2011

Ranking kedudukan Rasuah dunia

Bribe Rankings - worst offenders last

Kedudukan terakhir adalah terburuk

Rasuah Makan suap
Rasuah Under Table


1. Netherlands, Switzerland

3. Belgium

4. Germany, Japan

6. Australia, Canada

8. Singapore, UK

10. US

11. France, Spain

13. South Korea

14. Brazil

15. Hong Kong, Italy, Malaysia, South Africa

19. India, Turkey

22. Saudi Arabia

23. Argentina, UAE

25. Indonesia

26. Mexico

27. China


28. Russia

Sumber BBC

Tuesday, November 1, 2011

Saiful Apek naik mahkamah pasal ganja

Saiful Apek naik mahkamah pasal ganja.

Si apek ni konform la ambil barang tu, dah lama dulu sudah banyak kontroversi dia mengenai dadah, cuma sukar untuk dibuktikan.
Maklumlah 'pandai makan pandai buang'.
Saiful Apek..Gitu Gitu


Humm..Saipul Apek pandai2lah ko cari peguam hebat ya. Dari segi hiburan, lawak engko masih the best punya.

Akhirnya Saiful Apek didapati positif dadah (setelah 2 tahun) Baca seterusnya

Thursday, October 13, 2011

Kedutaan Malaysia di Indonesia diserang Laskar Merah

Baru sebentar tadi disiarkan dalam TV3, berkaitan Kedutaan Malaysia di Indonesia diserang Laskar Merah.

Alasan serangan itu adalah kerana kononnya Malaysia didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Perkara ini ditimbulkan oleh Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu.

Berdasarkan rekod sejarah, perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris yang masing-masing menjajah Indonesia dan Malaysia, kata sepakat dicapai berhubung batas garis sempadan kedua-dua negara itu.

Sejak sekian lama kedua-dua Indonesia dan Malaysia sentiasa mematuhi perjanjian berkenaan dan tidak pernah ada sebarang pertikaian yang dibuat.

Antara kumpulan yang berhasrat untuk menganyang malaysia adalah seperti

Laskar Merah Putih
Kesatuan Aksi Lintas Mahasiswa
Bendera

Tuesday, July 26, 2011

Gambar perhimpunan sokongan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Norway

Dunia semakin berbahaya. Negara Norway yang menduduki ke-10 paling selamat di muka bumi kini tidak lagi selamat.
Baru2 ini kita dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai di pulau Otoeya Norway yang dilakukan oleh maniac secara kejam.
Pembunuhan yang dilakukan oleh Anders Behring Breivik seorang anti-islam adalah dengan meniru permainan komputer Call of Duty: Modern Warfare 2 sebagai cara serangan ganasnya itu.
Rampage ... Anders Behring Breivik in costumes. Photo Reuters

Berita ini masih disiarkan di tv tempatan/Astro tentang kemaskini perbicaraan Anders Behring Breivik.

Gambar-gambar berikut adalah sokongan ratusan ribu rakyat Norway dan negara2 lain yang berhinpun secara aman di kota Oslo,Ibu negara Norway.



Masing2 membawa bunga ros putih dan merah sebagai tanda kesedihan

Sedikit info
Kebanyakan yang terbunuh adalah remaja yang sedang mengikuti perkemahan anjuran pati buruh di sebuah pulau yang bernama utoeya.
peta lokasi pembunuhan beramai-ramai
kelewatan pasukan SWAT untuk menghantar bantuan menyebabkan lebih ramai yang terbunuh. Setakat ini seramai 93 orang yang ditemui mati dan pencarian masih dilakukan kerana ramai yang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

 Pasukan penyelamat sedang melancarkan gerakan mencari mangsa pembunuhan.


 Bulatan besar ialah si pembunuh, bulatan kecil ialah salah satu mangsa (kelihatan mungkin sedang minta ampun-begging)

Norway: First images of the gunman at Utoeya camp

Friday, July 22, 2011

Top 5 negara penganiaya wanita

Negara yang kejam terhadap wanita

Ada beberapa negara di dunia ini yang merbahaya kepada wanita, maklumlah wanita ini lembut dan lemah. Keganasan dan penganiayaan terhadap wanita ada dimana-mana pun. namun ada negara yang terkenal dengan kekejaman terhadap wanitanya.
yang dimaksudkan terhadap kekejaman terhadap wanita adalah seperti penyeksaan,rogol,pemerdagangan manusia (trafficking),dinafikan hak dalam pekerjaan,kesihatan tidak dijaga,dianggap kelas rendah,adat dan budaya yang extreme dan tiada kebebasan bersosial.

berikut adalah 5 negara teratas yang dikenal sebagai pembuli wanita.

01. Afghanistan

-Gambar wanita dirotan ketika beratur untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan di kabul
kekejaman terhadap wanita
sudah dewasa pun masih boleh dirotan, cuba bayangkan jika ini berlaku di Malaysia, sudah pasti naik Mahkamah tetapi di Afghanistan hak seperti ini dinafikan kepada kaum wanita.

Kanak-kanak ini melihat kaki palsu ibunya. Hospital ICRC Ali Abad Orthopaedic di Kabul digelar sebagai "tempat untuk orang kurang upaya".
kekejaman terhadap wanita

-wanita dijadikan perisai iaitu pengebom berani mati.
-sekolah kanak-kanak dijadikan sasaran serangan gas dan racun
-ramai wanita peminta sedekah di jalan-jalan
-hospitality yang mundur dan kurang-1 drpd 11 bayi yg baru lahir akan mati.
-serangan simbahan asid terhadap wanita oleh puak taliban
-ramai menjadi janda apabila suami mereka mati atau ditahan dilokap
-wanita yang tidak mengikuti atau melanggar adat tradisi akan diugut serta besar kemungkinan akan mati dibunuh
-kadar kematian wanita yang melahirkan anak adalah tertinggi di dunia(kurang hospitality).
-ibu tunggal yang terpaksa meminta sedekah,manakala anaknya pula hilang kedua-dua kakinya
ibu tunggal

-wanita yang lantang bersuara memperjuangkan hak-hak wanita serta menyelar undang-undang yg setereotype seperti wanita menjadi polis dsb kemungkinan akan mati dibunuh.


02. Congo

Pencabulan terhadap hak dan kebebasan wanita yang paling banyak berlaku ialah pemerkosaan. dianggarkan setiap tahun di Congo sejumlah 400,000 wanita tanpa mengira usia menjadi mangsa rogol. PBB mengelar Kongo sebagai ibunegeri kepada pemerkosaan dunia.

-ramai wanita yang terpaksa menjalani pembedahan menjahit alat sulit bagi mengelak dari menjadi mangsa rogol.
-kumpulan militia dan askar mensasarkan semua peringkat umur sebagai pemuas nafsu
-wanita ini akan dirogol secara berkumpulan,dicucuk byonet dan adakalanya ditembak bahagian kemaluan.
-pertempuran diantara rebel dan askar kerajaan memburukkan lagi keadaan,dimana kesempatan ini diambil untuk merogol wanita dan kanak-kanak.

wanita dirogol
wanita kongo menjalani pembedahan di hospital Dungu,Kongo.


wanita kongo sedang berdoa di gereja,mengharapkan sesuatu yang baik berlaku.
wanita kongo berdoa di gereja

-askar wanita yang tidak dijamin kebajikan
wanita kongo dan anaknya. askar dari puak Hutu ini biasanya akan bertempur dengan puak Rawanda.
askar wanita kongo


-ibu sedang menyusujan 2 anaknya serentak.
ibu menyusu 2 anak


-meninggal diserang kolera dan dehidrasi serta kekurangan zat makanan
-wanita ini telah mati dan sedang menunggu untuk dikebumikan namun apa yg menyayat hati ialah anaknya masih menyusu pada badannya.



A dying Rwandan woman tries breastfeeding her child next to hundreds of corpses waiting to be buried at a mass grave near the Munigi refugee camp, 20 km north of Goma. Thousands of refugees were succumbing to cholera or dehydration, July 23, 1994.


03. Pakistan

Dilabel sebagai undang-undang yang kejam terhadap wanita samada dari segi budaya,suku atau agama.

-serangan asid kepada wanita
-kahwin paksa semasa masih muda atau bukan pilihan
-merejam wanita dengan batu hingga mati
-fitnah 'diterima'

gambar Asia Bibi dipegang anaknya. Asia Bibi dihukum mati kerana telah difitnah 13.11.2010

cerita selanjutnya Asia Bibi

-kadar mati muda yang tinggi (bunuh diri,pembunuhan bermaruah)dowry murder

wanita mati muda kerana berkahwin paksa semasa umur muda dan kemudiannya diseksa oleh suami atau ipar. kekejaman ini membawa kepada 'bunuh diri bermaruah' atau 'bunuh diri pengantin'

Dowry deaths are the deaths of young women who are murdered or driven to suicide by continuous harassment and torture by husbands and in-laws in an effort to extort an increased dowry.Most dowry deaths occur when the young woman, unable to bear the harassment and torture, commits suicide. Most of these suicides are by hanging, poisoning or by fire.--wikipedia

Para pelajar di pakistan sedang menyanyikan lagu tema sekolah mereka.
anak-anak muda pakistan


04. India

-Kajian (stat 2009) menunjukkan di India pemerdagangan manusia menjangkau 90%
-terdapat lebih kurang 3,000,000 pelacur dan 40% daripadanya adalah kanak-kanak
-wanita berkerja lebih untuk menyara keluarga yang banyak.
pekerja wanita bawang india40% daripada 1.2 billion penduduk india berada pada paras kemiskinan terlampau iaitu pendapatan kurang $1.25 sehari.
-kahwin paksa dan buruh paksa menjadi kebiasaan
-dianggarkan 'kehilangan' 50 juta wanita kerana penguguran fetus jika didapati perempuan.
-ibu bapa mahukan anak lelaki dari perempuan.


05. Somalia

Faktor politik yang tidak teratur.
-kadar kematian (bayi) yang tinggi
-pemerkosaan berlaku setiap hari
-menjahit alat sulit bagi wanita (female genital mutilation)
-kurangnya prasarana pendidikan dan kesihatan

-krisis makanan yang tinggi menyebabkan kekurangan makanan berkahsiat,zat dan air. Wanita yang paling menjadi mangsa terutama mengandung atau memunyai bayi untuk disusukan.
ibu dan anak yang kekurangan zat makanan

-perkara yang paling ditakuti bagi wanita-wanita somalia adalah mengandung! Kenapa? kerana kekurangan prasarana perubatan dan makanan yang seimbang. wanita yang mengandung adalah 50/50 antara hidup dan mati.

begitulah kisah 5 negara yang kejam terhadap wanita. bagaimana? apa komen anda>

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter