Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Siapa lagi nak keluar UMNO BN

Hari ini kecoh apabila Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin,mengumumkan bahawa dia meletak semua jawatan dalam UMNO. Dia dijangka berkerjasama dengan Pakatan.

Terdahulu ada beberapa YB BN Sabah yang diura-urakan akan meninggalkan BN UMNO antaranya
Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Ghafur Salleh. Sejauh mana kebenarannya hanya masa dan keadaan akan menentukannya.

Ternyata ura-ura Lajim ini telah termakbul. Antara alasannya adalah dia merasakan kewujudannya dalam UMNO tersisih pimpinan tertinggi.


twitter Datuk Lajim Ukin https://twitter.com/Lajim_Ukin

Wednesday, July 18, 2012

4x4 pun dipolitikkan juga

4x4 pun dipolitikkan juga.
Acara yg berbentuk adventure dan mencabar skil diantara manusia dan mesin.

four wheel drive,4x4

Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0-Melentur buluh biar dari rebung

Bersih 3.0-Melentur buluh biar dari rebung. Budaya yang mempengaruhi kanak-kanak. Kanak-kanak umpama kertas A4 yang putih bersih, terpulang pada kita untuk mencorakkannya.
bersih 3.0,bersih rally,perhimpunan bersih
Adakah ini yang patut ditanam dalam minda kanak-kanak?

Sunday, February 26, 2012

Pemimpin PKR ditangkap khalawat dengan isteri orang

Bahang pilihanraya semakin terasa, kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang sudah turun padang untuk memenangi hati pengundi.

Timbul pula pelbagai strategi untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebelum ini saya ada mengulas tentang Pelacur yang dijadikan perangkap politik disini. Tapi kali ini dengan isteri orang pula.

Tidak kira di pihak manapun pasti timbul kata-kata fitnah,konspirasi,perangkap dsb.

Berikut adalah petikan dari mstar online tanpa menyebut nama orang itu meskipun orang yang dimaksudkan itu ialah Ba.
Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dipercayai berkhalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Rasanya pilihanraya pada kali ini benar-benar menguji pertimbangan rakyat mengenai parti mana yang mereka hendak pilih, berdasarkan pencapaian dan tindak-tanduk kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang sehingga ke hari ini.

Tuesday, February 14, 2012

Warna-warna politik Sabah

Warna-warna politik Sabah - Senarai Ketua Menteri Sabah
Berikut adalah Jadual Ketua Menteri Sabah dahulu dan sekarang.
Senarai Ketua Menteri Sabah

Download Senarai Ketua Menteri Sabah dan ulasannya serta maksud disebalik warna-warna disini

Saturday, October 29, 2011

Beza perbelanjan BN dan PR

Perbezaan beberapa bidang daripada perbelanjan negeri-negeri yang diperintah pembangkang yang sebelumnya diperintah oleh barisan nasional.

Statistik ini dipersembahkan dalam bentuk grafik, hasil daripada kompilasi yang dikeluarkan oleh jabatan audit negara.

Portal Rasmi Jabatan Audit Negara


Bajet BN vs Bajet PR



Semua laporan yang dikeluarkan dalam bentuk pdf file dengan mukasurat melebihi 100 pages. so infografik berikut dapat menjimatkan masa dan mudah difahami.

sumber gambar: share facebook

Tuesday, October 11, 2011

Cukai Telco tiada Telekom ada

Seperti yang kita maklum cukai 6 peratus telco (pengoperasi telefon celular) telah 'ditiadakan' berikutan bantahan keramat dari masyarakat Malaysia, namun pada itu timbul pula cukai lain iaitu cukai UNIFI dan Streamyx yang dijangka dikenakan pada awal 2012.

jika begini lah situasinya maka keadaan hidup pada tahun 2012 akan lebih perit lagi dengan pelbagai macam cukai serta kenaikan harga barang keperluan. bajet 2012 yang dibentangkan bersifat mesra rakyat, namun yg peliknya sudah ada peniaga yang menaikkan harga barangan. jika ditanya mengapa barang naik peniaga menyalahkan pemborong,jika pemborong ditanya disalahkannya pembekal,jika pembekal ditanya maka disalahkannya pengeluar dan begitulah kelentong yang sentiasa berpusing-pusing dalam soal kenaikan harga barangan,
Cukai 6 % peratus: Telco tiada Telekom ada

impaknya paling ketara terhadap orang miskin iaitu berpendapatan dibawah rm700. bermacam kes yang berlaku misalnya berhutang dengan along,anak diberhentikan sekolah,anak dilacurkan,menjadi pengemis,jenayah meningkat,ikatan kejiranan longgar,gadaikan harta benda,korek tabungan dan banyak lagi kesan tragik akibat kemiskinan.

menarik pelabur asing adalah cara terbaik utk menambah pendapatan negara, dan bukannya menaikkan cukai semata2.

masalah pemimpin di malaysia ialah asyik bertikam lidah pasal politik dan memburuk2kan peribadi seseorang (mereka fokus kedudukan dlm politik). cuba kita lihat di US dan negara barat yg lain mereka lebih memperkatakan tentang kejatuhan saham,penerokaan teknologi baru,mencari solusi kepada masalah yg ada,mengutamakan  kebajikan rakyat,meneroka segmen pasaran baru,berani membuat perubahan pada produk dan banyak lagi.

dari segi jawatan pula, mereka bertekad untuk meletak jawatan sekiranya mempunyai prestasi buruk serta tidak menguntungkan, berlainan dengan pemimpin kita yang mempunyai slogan 'jawatan sampai mati', kononnya masih mendapat sokongan majority walhal mengamalkan kronisma,rasuah,ugutan serta habuan.

cukai oh cukai mengapa engkau naik.....
biar papa asal bergaya....

Friday, April 15, 2011

lagu mengundi :)

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter