Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

10 Tragedi Kontroversi Terhangat 2013

Inilah kehidupan manusia. Pahit manis asam garam pasti dilalui sepanjang hidup seseorang.

1.Tregedi Kemalangan Bas Cameron Genting Hilands
2.Kontroversi Perkataan Allah
3.Kontroversi Video Seks Alvin Tan dan Vivian dan sup bak kuteh
4.Jerebu Terburuk
5. GST (Goverment Service Tax Goods and Service tax)
6.Kenaikan harga minyak sebanyak rm0.20 sen
7. Pilihan Raya Umum ke 13 dengan 85 peratus rakyat turun mengundi
8.Perhimpunan Black 505, protes terhadap keputusan pilihanraya
9.Seranggan Pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah
10. Media Social 'Maniac'


ohmakkau:alvivi

Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu banned in Malaysia

Pesanan ringkas Erykah Badu kepada peminat di Malaysia


Mesej dari pihak penganjur
"We're working up until the 11th hour to rectify the issues that we're facing.
Erykah Badu & Pineapple Concerts will still like to carry on with the show.
We hope to still have your continued support to bring on the show.".
www.pineappleconcerts.com
KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.-kosmo online

Saturday, August 13, 2011

Kebanggaan Kemaluan Dorongan

Antara kebanggaan, penghinaan atau dorongan kepada industri automotive tempatan. Setelah pahit maung yang dilalui serta pelbagai tomahan bukan saja dari luar malah menyedihkan dari kalangan orang malaysia sendiri mengutuk kereta buatan tempatan dan mengagungkan kenderaan import.

*kebanggaan kerana produk kita mendapat perhatian(review) antarabangsa, tak kira positif atau negatif. *Malu kerana cara mereka yang melampau. *Dorongan kepada industri kereta tempatan. Banyak orang yang benci dengan rancangan top gear ni terutama pengacaranya Jeremy Clarkson (ada kaitan dengan Kelly Clarkson-x tau) yang celupar. tapi walau apapun itu adalah pendapat mereka tentang sesuatu jenama kereta selepas dipandu uji. Ini dia review dari Top Gear car review by Top Gear video dibawah ini mungkin diketegorikan sebagai melampau tetapi, kita kena hormat pandangan mereka untuk terus memperbaiki diri. dan lihatlah sekarang seleas kena kutuk kita semakin improve Ulasan tentang Perodua
It may be true that you get what you pay for, but it doesn’t follow that the cheapest cars are the best value. These appallingly under-developed, outdated and plain ugly offerings come from Malaysia’s least desirable brand. Think about it – that means even if you’re doggedly pro-Malaysia, you don’t have to buy one of these.-Top Gear
Ulasan tentang Proton
We don’t know what Malaysian motorists did to upset the gods, but it must have been something pretty serious, judging by the punishment they seem to be getting. Still, at least the domestic audience thinks this stuff is the norm – what on earth do they think they’re doing bringing it to the UK? Walk away.-Top Gear

Wednesday, August 10, 2011

Melaka-Jambatan 76 juta dibina menggunakan polyfoam

Melaka-Jambatan 76 juta dibina menggunakan polyfoam.
Apa itu polyfoam? lihat gambar


kenal tak benda ni? bila kamu beli tv,peti sejuk,monitor dsb ada span putih.

gambar2 berikut ini diforwardkan melalui email dan dikatakan berlaku di Melaka.
Tajuk email seperti ini,

Subject: FW: FREEKING NEWS! This brige is made from polyform...Melaka too maju liao..
dan dibincangkan hangat di forum ini,
http://forum.imalacca.com/viewthread.php?tid=1295

Dikatakan bahawa jambatan ini menerima peruntukan rm76 juta tetapi lihatlah hasilnya. kepada orang2 Melaka, sila verify maklumat ini, adakah ia benar-benar wujud di melaka.














kandungan email seperti berikut
Malaysia Memang BOLEH !!

Melaka bridge ¨¤ spend 76 Million to build this polyfoam bridge
Project start on 2008 end by Dec-2009
The external surface was cover by plaster ceiling for nice appearance meanwhile the supporting structure was empty shell & cover by polyfoam.
Just in case there is some fire out break …. The polyfoam will easily burn up & cause severe danger to user on the road.

What a wonderful idea for building a bridge.
I wonder which & who is the authority department to approve this wonderful project.

Shall we apply for genius world record for this outstanding achievement ????
This is the impact of corruption, RAKYAT di-dahulukan & di-utamakan.

sesiapa yag tahu lokasi ini tolong verified ya. tak salah utk memperbetulkan maklumat jika tersalah info.


Friday, July 29, 2011

Julia Robert-Aku masih cantik atau tidak

Kesihan Julia Robert mejadi mangsa gara2 syarikat yang suka mengaut keuntungan semata-mata. Terbaru heboh pasal iklan Julia Robert yang diharamkan di Britain kerana tidak menunjukkan wajah sebenar.
Tabloid di britain yang bertajuk

"Airbrushed Julia Roberts ad banned in UK"

(CBS) Britain is cracking down on the extensive use of Photoshop.


wajah Julia Robert superimpose dalam Iklan Loreal


wajah terkini Julia Robert
Two L'Oreal magazine ads, one featuring actress Julia Roberts and the other supermodel Christy Turlington, were pulled by advertising watchdogs for being "overly airbrushed," the Guardian reports.
apa gunanya kamera yang berharga puluhan ribu kalau hasil akhirnya diedit pula dalam photoshop.

Swinson, who has spearheaded a long-running campaign against altering images in ads, said the images for the L'Oreal-owned brands Lancome and Maybelline were "not representative of the results the product could achieve."

kalau kita lihat iklan2 di Malaysia pun kebanyakannya tidak mewakili keupayaan produk sebenar. lihat saja iklan di tv sehari-hari, syarikat menggunakan khidmat model atau artis yang sememangnya dah cantik spt maya karin, lisa surihani, siti nurhaliza, aron aziz dsb.

tak kira produk pelangsingan, anti penuaan, pemutihan, rambut berkilau dan seumpamanya semuanya melalui proses retouch melalui studio produksi.

so kepada pengguna yang lalai ada baiknya menyelidik terlebih dahulu sebelum terpengaruh dengan iklan 100%. kalau rasa tertipu bolehlah membuat laporan kepada tribunal pengguna dan setelkan di mahkamah. seingat saya ada beberapa kes yang mana kemenangan memihak kepada pengguna dan mendapat gantirugi yang setimpal.

berikut pula iklan celcom yang diharamkan di Malaysia
iklan celcom yang melampau




ok lupakan yang tu, mungkin anda nak cuba produkSK-II

Saturday, July 16, 2011

Anugerah Planet Muzik 2011 (APM2011) mengecewakan

Geram dengan Anugerah Planet Muzik 2011 (APM2011) yang disiarkan secara langsung di Astro tiba-tiba hang sejurus selepas Siti Nurhaliza menerima trofi kemenengannya (Artis serantau paling popular).
Anugerah Planet Muzik 2011, APM2011
Logo rasmi Anugerah Planet Muzik 2011 Singapore

Apabila disiarkan kembali paparan menunjukkan hanya kredit (para penaja dsb) yang kelihatan dan selepas itu tup..tup..Tamat.

perkara ini menimbulkan kemarahan penonton serata dunia dan boleh dirasai di melalui update di twitter.

Antara perkara yang membuat penonton fadeup ialah:

  • sound system yang teruk
  • pentas tidak cantik
  • pencahayaan tak menarik.
  • tiada siaran langsung di Indonesia
  • persembahan Faizal Tahir yang sumbang
  • tak happening langsung
  • membosankan

geramnyee...Anugerah Planet Muzik 2011
geamnyeee.... 

katakunci APM dan APM2011 trending di negara Singapura,Malaysia,Worldwide kecuali di Indonesia. selepas berakhirnya siaran langsung yang ditamatkan secara tiba-tiba kata kunci #suria pula menjadi trending.

Sebab-musabah tidak diketahui secara tepat namun daripada sharing d twitter dapat dirumuskan kemungkinan penyebabnya:

  • tak cukup bajet
  • sabotaj
  • power trip
  • ribut d singapura


dikhabarkan bahawa pihak astro akan menayangkan ulangan penuh Anugerah Planet Muzik 2011-APM2011 ini pada Ahad (17.07.2011) jam 3.00 petang.

nota: akan diupdate jika ada tambahan..selamat membaca blog ini.tq

p/s: siapa yang tak tahu apa itu trending,twitter join dulu d twitter.com baru faham :)

Saturday, May 14, 2011

logo kolony ciplak?

logo kolony daripada celcom, ada persamaan dengan logo pada plastik hospital. kolony ini sebenarnya adalah aplikasi permainan daripada celcom untuk semua jenis pakej celcom.
aku tak join game ni, tak reti.

celcom broadband,celcom game
logo rasmi kolony

celcom broadband,celcom game
cara menyertai permainan kolony
gambar dibawah adalah plastik yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk pesakit membuang muntah,ludah,kahak,darah dan seumpamanya. biasanya plastik ini akan dibuang dalam tong yang khas (tidak bercampur dengan tong sampah biasa). saya tertarik pada logonya yang hampir menyamai logo kolony.
celcom broadband,celcom game
logo pada plastik hospital
mungkin kebetulan saja, atau mempunyai designer yang sama :)

lihat juga kontroversi suatu ketika dulu, pertikaian hangat diantara MAS dan Air Asia pasal logo

Sunday, April 10, 2011

bruno mars live in malaysia SOLD OUT

bruno mars live in malaysia SOLD OUT

hari ini 10.04.2011.

wow macam goreng pisang panas atau keropok lekor
nak buat macam mana Bruno Mars ni popular tiket pun laku. paling aku suka lagu dia ialah "saya mahu jadi kaya" I want To Be A Millionaire :) (perasan woah...)
burno mars live in malaysia
Bruno Mars live in malaysia mungkin akan di adakan lagi tapi entah bila dan bergantung kepada promoter tempatan untuk membawanya sekali lagi di malaysia.

maklumat lanjut tentang Bruno Mars dan konsert jelajahnya sini

p/s: takpa harap2 ada member upload kat utube atau beli je vcdnya.

Friday, April 8, 2011

keras kepala -hiburan tapi ada pengajarannya

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa-apa kecederaan. Pertandingan ini
dilakukan di bangunan KLCC. Dimulakan pertandingan, peserta pertama dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun....Whooosh! Gedegam! kepalanya
menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun ...Zooooooommm! Bang! Dia bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 pula adalah dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya. Kemudian tiba pula giliran peserta keempat dari Indonesia. Dengan pantas beliau naik ke tingkat 4 dan terus terjun macam roket....Zuuussssss!!! Gedebang!!! dan bangun! sambil membuang kotoran di kepalanya sambil menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari penyokong Indonesia yang ramai di negara ini....


terjun bangunan keras kepala


Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 5. Beliau dengan rilex dan selamba berjalan perlahan menuju ke tingkat 5. Sampai di tepi beliau berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjerit-jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatih bertempik menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Semua orang termasuk media tertumpu ke arah peserta dari Malaysia itu. Pengadil sangat marah kepadanya kerana lawan taukeh dan tidak semena-mena dia berteriak "Kau memang keras kepala" dengan muka yang merah.setelah perbincangan berakhir Keputusannya... pemenang pertandingan KERAS KEPALA adalah dari ...........MALAYSIA

telur palsu berada di pasaran malaysia

"China, a Haven for Fake Goods"
Begitulah kenyataan daripada seorang eksekutif dari korea selatan kepada berita Chosun Ilbo, mengenai produk-produk keluaran dari china.

telur palsu berada di pasaran malaysia

telur palsu
telur palsu dpercayai dari negara china

Di Cina, "tidak ada yang tidak boleh dibuat, kecuali manusia", begitulah statement yang dilabelkan kepada negara china. Pemalsuan sedang berleluasa di pasaran China dan banyak daripada mereka kelihatan asli dan hebat. Telur palsu ini menyebabkan keresahan orang ramai di Guangzhou tidak lama dulu dan sekarang pula di malaysia.

secara ringkasnya beginilah telur palsu itu dibuat (komponen):
  1. Putih telur itu dibuat dari tepung industri dan tawas.
  2. kuning telur adalah daripada kalsium klorida. 
  3. kulit telur itu dibuat dari lilin parafin. 

Jika anda memecah cangkerang telur dengan mudah anda dapat melihat bahawa itu palsu kerana kuning dan putih (telur) dicampur bersama-sama, tetapi sangat sukar untuk membezakan dari telur asli jika ia belum dipecahkan.

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi bahan cerita di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhawatiran besar di antara penduduk Korea. Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China".
Acara tersebut menelusuri kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China . Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian orang awam Korea.
telur palsu
telur palsu dijual di pasar di negara china
telur palsu

telur palsu

secara kesimpulannya telur palsu ini tidak selamat dimakan memandangkan ia dibuat daripada bahan kimia. memandangkan ia sukar untuk dibezakan sebelum pecah maka tugas anda untuk stay alert perkembangan semasa dan bertanyakan kepada penjual atau lebih baik mengadu kepada pihak berkaitan iaituKPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berdekatan

sebenarnya perkara ini sudah berlaku lama sekitar 2008, namun baru heboh di malaysia baru-baru ini. kemungkinan negara kita tidak peka dengan benda-benda sebegini(asyik politiking je)

ayam kampung ori punya
kami ayam ori...oooorrriii...
*Update semasa berkaitan telur palsu*
Dalang telur ayam tiruan diburu


2011/04/08
KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.
"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - BERNAMA

*Update bergambar telur palsu*
cara buat telur palsu



p/s: produk china juga menjadi buruan kepada usahawan kecil tempatan di negara kita dan ramai yang telah menjadi kaya setelah menjualnya semula di pasaran malaysia, lihat saja pakaian murah di pasar malam, pakaian bundle,aksessori,iphone palsu,komputer tiruan dan juga dijual di ebay.com.my,mudah.my atau bergerak sebagai dropshipper.


p/s:
Stress kerja ofis,belambak assimen? Takut Gemok? Nestle ada menyediakan justifikasi keseimbangan antara kerja dan kesihatan anda sini

Tuesday, April 5, 2011

Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011

phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011
tiba-tiba pula alamat ini menjadi popular dan panas di enjin carian.
dah lihat rakaman

sedutan awal rakaman cctv video seks didakwa ketua pembangkang


dalam video tersebut ada tertulis tulisan Thailand, dahulunya ia dipanggil Siam. tulisan tersebut jelas dan dapat diterjemahkan begini Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011.

so mari kita lihat dimanakah alamat ini Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400.
Alamat Phaholyothin Road secara specifik tiada dalam gogle maps mahupun google earth
yang ada ialah Phahon Yothin 1, Phahon Yothin 2,Phahon Yothin 3...
kawasan ini sememangnya penuh dengan hotel dan SPA.
lokasi peta phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011, rakaman cctv video seks didakwa ketua pembangkang

tulisan atau subtitle itu sendiri banyak menimbulkan persoalan. saya telah membaca pelbagai versi pendapat dalam rakan-rakan blogger punya blog dan bersetuju dengan beberapa persoalan antaranya:
01. adakah ini CCTV atau rakaman kamera
02. biasanya CCTV berada di atas (cth Chua Soi Lek -kecuali utk memerangkap seseorang)
03. kelihatan seperti diatur (untuk perangkap semata-mata)
04. kenapa tulisan itu ditulis sebegitu
05. seolah-olah bikin filem porno
06. mungkinkah tulisan itu ditulis oleh dato Eskay memandangkan dia berketurunan Siam (mualaf)
07. jika CCTV tersebut kepunyaan pihak hotel,maka si pengambilnya iaitu dato eskay perlu meminta kebenaran dari pihak hotel untuk mengambilnya
08. jika ini perangkap dan lakonan semata-mata, saya tidak heran kerana seperti yang kita tahu setiap seorang daripada kita ada 7 orang yang mirip.
09. anda tambah dlm komen...

mengenai video berkaitan yang diupload di youtube sebelum ini yang telah dipadam, kini ia diupload ke tempat lain pula. menurut papagomo.com ia boleh download dari sini

video selama kurang 2 minit itu juga sudah dotonton oleh presiden pkr dan keluarganya selepas diberitahu bahawa tiada adegan seks atau lucah. menurut wan azizah lagi tulen atau tidak bukan persoalan kerana itu bukan anwar ibrahim katanya yang arif pasal susuk tubuh suaminya.


kasus ini sangat menarik, sudah pasti kita tertanya-tanya apakah kesudahannya


mungkin inilah suasana dalam spa, tapi lihat apa yang berlaku

ter berak? atau datang period? :)

pelacur perangkap musuh politik

ketika ini heboh pasal rakaman cctv perlakuan seks yang dikatakan ketua pembangkang. sudah banyak cerita yang kita dengar orang-orang politik (Yang Berhormat :)) kantoi dengan video seks mereka.

ini bukan saja berlaku dinegara kita namun dimana-mana juga kerajaan seperti italy(Silvio Berlusconi),russia,amerika syarikat(bill clinton) etc.... perangkap pelacur ini yang kemudiannya dikuatkan lagi buktinya dengan rakaman video litar tertutup (cctv)
katya dan mangsanya
snapshot berikut bertajuk kremlin dirty trick, iaitu menggunakan model/pelacur remaja untuk memerangkap musuh politiknya(pembangkang di russia)
perangkap cctv sedang merakam aksi seks
saya ingin menyenaraikan bagaimana untuk lari dari perangkap seperti ini tetapi tak jadi ,memandangkan seolah-olah ia menggalakkan pula.

sebagai pengajarannya politik adalah kotor, jangan percayakan kawan,jangan cair dengan belaian wanita kerana itu mngkin perangkap. siapa yang perangkap anda tanya diri sendiri.

Monday, April 4, 2011

sedutan awal rakaman cctv video seks didakwa ketua pembangkang

sharing ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak samada yang mendakwa atau yang menafikan, tetapi rayat biasa perlu tahu kebenarannya memandangkan ia sudah dipertontonkan kepada umum (top news editor) dan menjadi bualan kedai kopi.
video seks rakaman cctv didakwa ketua pembangkang

pada pendapat saya, rakyat perlu tahu kesudahannya siapa yang benar siapa yang palsu, itu saja yang dimahukan.


*diupload oleh orang lain pula

video ini telah diupload di youtube oleh pengguna yang bernama thepowercam, menurut profilnya ia berasal dari thailand.

baca pula pelacur perangkap musuh politik

*Update*
dalam masa 10 jam je video tu dah removed sebab kena flag banyak kali,reason adult content.
*ada dah balik diupload oleh orang lain pula

Thursday, March 31, 2011

wajib tayang tarian lucah

kalau finas ada syarat wajib tayang penganjur majlis pun ada wajib tayang juga.

sejak tiga bulan pertama tahun 2011 nampaknya banyak kontroversi yang berlaku berkaitan public show. terbaru adalah kontroversi majlis hari jadi Erma Fatima yang telah disajikan dengan tarian lucah secara kejutan.

menurut erma fatima dia tidak menjangkakan kejutan tersebut yang dianjurkan oleh teman baiknya.
beginilah lah aksi tarian lucah tersebut

surprise....!!!!!
tarian yang diberi nama paper doll. ada mendakwa bahawa penari tersebut adalah pondan.

gambar hiasan berikut pula adalah antara maksud paper doll



Paper dolls are figures cut out of paper, with separate clothes that are usually held onto the dolls by folding tabs. They have been inexpensive children's toys for almost two hundred years. Today, many artists are turning paper dolls into an art form.
Paper dolls have been used for advertising, appeared in magazines and newspapers, and covered a variety of subjects and time periods. They have become highly sought-after collectibles, especially as vintage paper dolls become rarer due to the limited lifespan of paper objects. Paper dolls are still being created today.

tidak lama dulu juga heboh pasal suatu majlis appreciation and thank you day yang mana tarian lucah disajikan kepada penonton dan hadirin yang hadir siap boleh pegang-pegang lagi. Pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu(2010).

begitu juga dengan satu video klip tarian lucah yang dikenalpasti berlatarkan suasana sabah(promosi pelancongan) namun belum dipastikan sebenar-benarnya dimanakah ia berlaku.

sebab-musabah kenapa ini semakin berleluasa berlaku saya tidak dapat pastikan namun tentunya berkaitan 'perniagaan' dan produk yang menguntungkan dipihak yang menganjurkannya.

Monday, March 28, 2011

penulis yg tida pengetahuan

penulis/wartawan yang tiada pengetahuan am

screenshot berikut saya ambil dari sebuah akhbar online yang mengadakan konsertnya baru-baru ini.

korang lihat,baca dan fikirkan perkataan yang bergaris merah.

Is a python poisonous?

No snake is poisonous though some are venomous. However a python is a constrictor and is non-venomous.
Pythons are not poisonous. They kill by constriction, or by swallowing their prey whole.
No they are not, the python ambushes it's prey and suffocates the victim rather then crushing it.


 


nota: screenshot tersebut tak penuh, hanya bahagian bawah artikel sahaja.

Sunday, March 27, 2011

Facebook Berita Harian hilang logo

Facebook Berita Harian hilang logo
kenapa ini berlaku

facebook berita harian

Adakah berkaitan dengan kontroversi yang berlaku baru-baru ini?

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter