Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Lirik Bawaku Pergi – Zizan & Kaka

Lirik dan lagu Bawaku Pergi – Zizan & Kaka
lagu duet Zizan dan Kaka Bawaku Pergi,Lirik Bawaku Pergi
Gambar Zizan dan Kaka-credit-kosmo.com.my
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh
Pawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Tari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Ayuh nyanyi bersama Zizan dan Kaka tajuk lagu Bawaku Pergi

Tuesday, November 8, 2011

Tahun 2011 special (1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11)

Tahun (istimewa)special 2011 benarkah?
sebelum ini saya berkongsi pasal 10-10-10 iaitu tarikh pada tahun lalu 2010.
mari kita lihat apakah pula keistimewaan tahun 2011 ini.

Tahun ini pula mempunyai 4 kali tarikh yang menggunakan angka 1(satu):
Tahun 2011 special
1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
untuk melihat keistimewaannya cuba buat pengiraan seperti berikut:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kuching anda
special cat 1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11


(misalnya kuching anda lahir pada tahun tahun 1980) so ambil 2 digit terakhir iaitu 80.
tambahkan dengan umur kuching anda pada tahun ini.
(2011-1980=31)
hasilnya pasti 80 + 31 = 111

special tak Tahun 2011?

Friday, October 7, 2011

Jangan mengaku handsome

Cerita dewasa[lawak].
pasal seks;
3 orang dipanggil threesome
2 orang dipanggil twosome
1 orang dipanggil handsome

so...adakah anda mengaku handsome sekarang?
Arabic Jambu
dapat tangkap morale of the story?

Tuesday, August 16, 2011

Patutlah aku gagal

Lawak Matematik. Formula dah betul dah, tapi jawapan tu macam mahu perli

lawak matematik,jawapan kelakar
jawapan kelakar tapi benar

p/s; saya sudah lupa nama formula ini-semacam 'pengembangan' , 'pemfaktoran'

Wednesday, August 10, 2011

Darling saya minta ampun dari hujung lidah...

oh my darling ampunkanlah kesalahan ku yg lalu, izinkan ku kembali padamu seperti dulu.....
katak jiwang

katak jiwang...

benar2 terjadi kepada katak ini dan juga jantan2 yang jiwang atau sewaktu dengannya

Tuesday, August 2, 2011

Askar Malaysia tiada perang hantar air

Syukur kerana tiada peperangan di negara kita Malaysia. Abang2 askar pun boleh la santai2 sikit. meggilap M-16, kasut, periksa status fb dan sebagainya.


Dalam Latihan melumpuhkan pengganas

DEFTECH-AV8 - pelancar roket

dalam keadaan darurat apa pun boleh dimakan dan minum


Abang askar bersama MIG29-N
Helikopter Nuri yang sudah pencen (digantikan dengan eurocopter)

Pesawat terbaru TUDM   SUKHOI buatan russia

TLDM sessi latihan serangan peluru berpandu

Kapal Selam Scorphene yang canggih-Teluk sepanggar Sabah



Mari kita tengo apa yang dibuat oleh askar Malaysia ketika musim kemarau. jeng...jeng... ya menghantar bantuan air tangki ke kampung2.



Askar Malaysia hantar air tangki di musim kemarau
Askar Malaysia hantar air tangki di musim kemarau


terima kasih ya pak.

Sunday, July 17, 2011

Senario The Movie Ops Pocot

Review Senario The Movie Ops Pocot


Agak lama juga kumpulan Lawak Senario yang lahir dari program realiti TV Sinaran Passport Kegemilangan ini kembali dalam layar perak. Selepas beberapa kejayaan dalam lakonan seperti Senario The Movie sequel. kali ini senario menampilkan kelainan sedikit walaupun unsur2 komedi tidak dipisahkan dalam setiap karektor mereka.

Senario The Movie Ops Pocot kali ini diterbitkan oleh Metrowelth dibawa taikon perfileman Malaysia iaitu David Teo dan diarahkan oleh pengarah muda Ismail Bob Hasim yag sebelum ini diberi keparcayaan oleh David Teoh mengarahkan filem seram Nangkung.
Para pelakon terdiri daripada Senario The Movie Ops Pocot ini ialah Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Wahid, Mas Muharni, Diana Amir, Sasqia, Kamal Adli, Hairul Azreen, Shahfiez, Alex Yanz dan ramai lagi.

Sinopsis: Dalam sekuel lain untuk francais, "Senario The Movie Ops Pocot" meneruskan Kisah tiga pemuda yang sentiasa dibuli. Azli yg masih solo dan berkerja di pasar raya sebagai pengawal keselamatan tetapi sering tidur di tempat kerja. Mazlan adalah pengecut yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan sentiasa menjadi sasaran buli oleh rakan-rakannya kerana dia masih muda. Wahid adalah seorang lelaki yang tenang yang bekerja di sebuah agensi yang membekalkan pekerja asing. Tingkah laku Azli, Mazlan dan Wahid memaksa ketua mereka untuk mendaftarkan diri mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Tujuannya adalah untuk membantu mereka untuk mengubah perspektif mereka dalam kehidupan. Bagaimana Azli, Mazlan dan Wahid akan hidup kem apabila mendapati bahawa ia dikendalikan oleh seorang lelaki yang marah dan bekas tentera yang ganas?

nantikan kemunculan Senario The Movie Ops Pocot di pawagam berdekatan pada 21.Julai.2011



Senario The Movie Ops Pocot
Flyers wayang Senario The movie Ops Pocot

mak..ooii..eh..eh..Ops Pocot Senario The Movie Ops Pocot..eh,,eh

Friday, April 8, 2011

keras kepala -hiburan tapi ada pengajarannya

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa-apa kecederaan. Pertandingan ini
dilakukan di bangunan KLCC. Dimulakan pertandingan, peserta pertama dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun....Whooosh! Gedegam! kepalanya
menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun ...Zooooooommm! Bang! Dia bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 pula adalah dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya. Kemudian tiba pula giliran peserta keempat dari Indonesia. Dengan pantas beliau naik ke tingkat 4 dan terus terjun macam roket....Zuuussssss!!! Gedebang!!! dan bangun! sambil membuang kotoran di kepalanya sambil menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari penyokong Indonesia yang ramai di negara ini....


terjun bangunan keras kepala


Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 5. Beliau dengan rilex dan selamba berjalan perlahan menuju ke tingkat 5. Sampai di tepi beliau berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjerit-jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatih bertempik menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Semua orang termasuk media tertumpu ke arah peserta dari Malaysia itu. Pengadil sangat marah kepadanya kerana lawan taukeh dan tidak semena-mena dia berteriak "Kau memang keras kepala" dengan muka yang merah.setelah perbincangan berakhir Keputusannya... pemenang pertandingan KERAS KEPALA adalah dari ...........MALAYSIA

Monday, March 28, 2011

penulis yg tida pengetahuan

penulis/wartawan yang tiada pengetahuan am

screenshot berikut saya ambil dari sebuah akhbar online yang mengadakan konsertnya baru-baru ini.

korang lihat,baca dan fikirkan perkataan yang bergaris merah.

Is a python poisonous?

No snake is poisonous though some are venomous. However a python is a constrictor and is non-venomous.
Pythons are not poisonous. They kill by constriction, or by swallowing their prey whole.
No they are not, the python ambushes it's prey and suffocates the victim rather then crushing it.


 


nota: screenshot tersebut tak penuh, hanya bahagian bawah artikel sahaja.

Monday, March 21, 2011

Pencalonan selebriti terbaru cikgu shida

selebriti terbaru cikgu shida

zaman sekarang adalah zaman teknologi internet. kita bercakap tentang facebook,myspace,email,blog,blackberry,iphone dan pelbagai lagi teknologi yang muncul setiap tahun.

begitu juga pengguna yang memanafaatkan teknologi ini samada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan.

antara fenomena yang menjadi perbualan ramai adalah facebook dan youtube.

salah seorang insan yang menafaatkan teknologi ini ialah seseorang yang dikenali sebagai cikgu shida yang telah popular melalui youtube, dengan melakukan 'miming'
cikgu shida,cik sida dari parit,CSDP,cikgu shida youtube,cik shida miming


A mime artist (from Greek "μίμος"—mimos, "imitator, actor")[1] is someone who uses mime as a theatrical medium or as a performance art, involving miming, or the acting out a story through body motions, without use of speech. In earlier times, in English, such a performer was referred to as a mummer. Miming is to be distinguished from silent comedy, in which the artist is a seamless character in a film or sketch.

saya juga tidak mengenali beliau sebelum ini,meskipun telah terlihat videonya (melalui salah satu iklan d astro).

kepopularan cikgu shida ini bertambah melalui komen-komen yang diberikan samada melalui youtube cikgu shida atau ulasan bloggers melalui blog masing-masing. ada yang melontarkan pandangan negatif dan sebaliknya.

dia juga poular sehingga mendapat perhatian dalam rancangan temubual siti dan juga hot fm, maka barulah saya mencari maklumat lanjut tentang cikgu shida ini. ada yang mengatakan bahawa cikgu shida ini saja menggunakan perkataan cikgu tetapi pada hakikatnya dia adalah sebenar-benarnya adalah seorang cikgu.

menurut dalam temubual siti (melalui telephone) cikgu shida mempelajari selok belok mengedit,miming,menyanyi,merakam dsb seorang diri (tanpa bantuan org lain). tidak dapat dipastikan samada cikgu shida ada mempelajari dalam bidang multimedia namun saya pasti keinginan adalah pendorong utama kepada kejayaannya.

disamping mahir dalam miming,video editing dll cikgu shida juga pakar dalam ilmu persolekan dimana setiap lakonanya pasti membawa watak dan kostum yang berbeza dan menarik kepada penonton.

last but not least ini lah blog cikgu shida dan youtube beliau, juga boleh search dalam facebook.

dengar cerita cikgu shida ini juda mendapat tawaran untuk sebuah majalah. tahniah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu :0

video terbaru cikgu shida

Tuesday, December 14, 2010

Ejaan Terbalik Bomba Ambulance

Ejaan Terbalik Bomba Ambulance

Kamu perasan tak perkataan Bomba atau Ambulance ditulis terbalik, atau seolah-olah balikan cermin.

Kenapa ini terjadi dan sengaja pula tu di tulis terbalik. Ejaan seperti ini seolah olah kita membaca tulisan tersebut dari dalam kenderaan dan bukan dari luar.

Biasanya tulisan terbalik ini hanya ditulis pada bahagian hadapan kenderaan berkenaan.
Bomba Ambulance
Apa kata teman-teman mengenai perkara ini. Ada ulasan dari Dewan Bahasa dan Pustaka?Silakan.

Sunday, October 10, 2010

10-10-10 special

10-10-10 / 10-10-2010 special
Ada sesiapa yang mendapay special day pada hari ini? MUngkin ada yang dapat lotteri atau sekurang-kurangnya 4 digit nombor ekor.

Tidak kurang yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini.

Menurut sistem komputer 101010 (dalam bentuk binary) ia bersamaan dengan angka 42 (bentuk persepuluhan / decimal). Tapi adakah ini membawa apa-apa makna? Lupakan.

Tarikh Keramat 10/10/2010 Apa yang mungkin terjadi?

1. Sesuatu yang baik terjadi-sekali tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang baik akan terjadi adalah hanya didasarkan pada spiritualisme, iman, dan / atau optimisme bawaan.

2. Tidak ada yang berlaku-ini merupakan senario yang paling mungkin. Hanya kerana suatu urutan tarikh nombor yang tidak biasa terjadi tidak bererti bahawa sesuatu akan terjadi. Biasanya itu acara-'tiada apa-apa'.

3. Sesuatu yang buruk berlaku-sekali lagi tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi adalah hanya didasarkan pada pesimisme realiti. Sudah tentunya elakkan perkara buruk berlaku

Wednesday, September 1, 2010

Sabahan Moginum Montoku

Lawak kontemporary orang sabah, tembirang saja lebih


cerita dalam video tersebut sememangnya selalu berlaku. saya pasti kamu pernah mendengar pepatah yamg berbunyi "biar papa asal bergaya"

harga montoku semasa 1 botol Rm6, botol mineral 1.5 liter
1 kartun(kotak) 12 botol x rm6 = Rm72 ringgit

Wednesday, June 11, 2008

Evolusi Logo Firefox

Adakah kamu menggunakan firefox sebgai browser (pelayar internet)? Jika tidak dapatkannya sekarang.
Download Day
Berikut adalah evolusi logo firefox.

Biasanya orang dulu-dulu akan menamakan sesuatu berdasarkan corak bintang.


Logo terbaru firefox

Enjoy jangan lupa download firefox disini




p/s: i'm glad if you drop comment rather than shout box.
thanks.

Friday, June 6, 2008

Kesan kenaikan harga minyak

Apakah kesan kenaikan harga petrol, diesel dan gas kepada pengguna. Serangan jantung? Kepala botak kembali?

Lihat video berikut tentang kesannya:


Adakah rakyat Malaysia memang bodoh kerana tidak tahu akan kandungan seperti keratan akhbar berikut.


Dimanakah pakar-pakar ekonomi negara?

Sunday, June 1, 2008

Lawak tanakwagu

Tajuk: Zaman Berkembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi
mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan
jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu
berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri
Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara
berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan
riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu
dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini,
saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki
ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di
Seven Eleven.”

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter