Showing posts with label harga minyak naik. Show all posts
Showing posts with label harga minyak naik. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Amaran Tsunami setinggi 80cm ditarik balik

Lega rasanya apabila amaran tsunami sudah ditarik balik bukan saja di Indonesia malah Malaysia dan berpuluh negara lain.

Saya baru mendengar pengumuman dari radio tadi, Amaran Tsunami telah ditarik balik oleh Malaysia. Ombak Tsunami yang berlaku hanya setinggi 80 centimeter.

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi. Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal. Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP
Keratan berita di atas pada 11.04.12, pada 12.04.12 amaran Tsunami kesemuanya telah ditarik balik.

Berikutan Gegaran ini, ia boleh dirasai di bangunan bermula tingkat 4, jalan raya juga dirumah di sebelah pantai barat Semananjung Malaysia. Gegaran yang dirasai berlaku kira-kira lima (5) minit.

Disebelah Borneo tiada laporan gegaran yang diterima.

Imbas kembali Tsunami Banda Aceh

Tsunami yang paling dayshat berlaku pada tahun 2004 (9.1–9.3 scala ritcher)yang mana meranapkan Banda Aceh serta beberapa buah negara pesisir yang lain seperti Thailand,Sri Lanka dan sejauh Alaska di Amerika Utara.

The 2004 Indian Ocean earthquake was an undersea megathrust earthquake that occurred at 00:58:53 UTC on Sunday, 26 December 2004, with an epicentre off the west coast of Sumatra, Indonesia. The quake itself is known by the scientific community as the Sumatra–Andaman earthquake.The resulting tsunami is given various names, including the 2004 Indian Ocean tsunami, South Asian tsunami, Indonesian tsunami, and Boxing Day tsunami.

Tsunami,Amaran Tsunami,Tsunami Alert,Tsunami Warning,Tsunami Aceh
Gambar Hiasan
Tsunami,Amaran Tsunami,Tsunami Alert,Tsunami Warning,Tsunami Aceh
Sebenar: Sebelum dan selepas Taunami Aceh 2004


Artikel terkait:

http://www.cakap2u.info/2008/06/tsunami-harga-minyak.html
http://www.cakap2u.info/2011/03/tsunami-jepun-89.html

Sentiasa waspada.

Tuesday, November 8, 2011

Tahun 2011 special (1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11)

Tahun (istimewa)special 2011 benarkah?
sebelum ini saya berkongsi pasal 10-10-10 iaitu tarikh pada tahun lalu 2010.
mari kita lihat apakah pula keistimewaan tahun 2011 ini.

Tahun ini pula mempunyai 4 kali tarikh yang menggunakan angka 1(satu):
Tahun 2011 special
1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
untuk melihat keistimewaannya cuba buat pengiraan seperti berikut:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kuching anda
special cat 1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11


(misalnya kuching anda lahir pada tahun tahun 1980) so ambil 2 digit terakhir iaitu 80.
tambahkan dengan umur kuching anda pada tahun ini.
(2011-1980=31)
hasilnya pasti 80 + 31 = 111

special tak Tahun 2011?

Friday, October 28, 2011

Laman Web FAM di hack

Laman Web FAM di hack / digodam berikutan rakyat malaysia dan peminat bolasepak khasnya tidak berpuas hati dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket sehingga 70% iaitu daripada rm30 kepada rm50, bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini (29.10.2011)

gambar diatas adalah print screen sebahagian daripada kemarahan hacker tersebut, yg mewakili peminat bolasepak malaysia.

jika difikirkan secara meluas industri sukan di negara malaysia sering dilanda kontroversi dan percakaran dikalangan pemimpinnya. macamana nak maju..siul

p/s:"kami nak ranking naik bukan harga tiket"

Monday, June 6, 2011

nak kfc dan pizza murah

Anda pengguna jalanraya? Ada Kereta? Selalu isi minyak?
Nah....isilah minyak si stesen2 Shell seluruh Sabah dan Labuan anda akan mendapat voucher/koupon diskaun untuk membeli KFC dan Pizza at least perjalanan jauh dapat juga mengisi perut.
stesen minyak shell, kentucky fried chicken-KFC,Pizza Hut,voucher,koupon
murah dari biasa
Sah sehingga 31 July 2011. oh ya isi minyak minima rm30

p/s: boleh kawtim dengan pump boy minta 2 kepng voucher..he..he kawtim

Monday, May 16, 2011

minyak naik pengguna tiada kuasa

pada kebiasaannya pengguna/pembeli tiada kuasa untuk menurunkan harga sesuatu barangan. yang dapat menurunkannya adalah kuasa pasaran ataupun kerajaan.

harga kenaikan ron95 belum diputuskan lagi namun pasti akan naik(setelah ada ura-ura). kenaikan ini dijangka berlaku bulan depan. jika ini berlaku maka berulang lagi siatuasi kenaikan harga minyak di tahun 2008.

yang peliknya negara kita malaysia adalah pengeluar minyak dan gas asli.

lepas ni berjimat la guna kereta, tak payah vrooomm...vrrooommm... kereta sebelah kerana setiap titik minyak berharga

boleh cuba juga enjin yg menggunakan enjin teknologi air atau alat penjimat minyak ini

harga RON95 sebelum kenaikan, yang sebenarnya kenaikan daripada 1.85 sebelum ini.
harga petrol ron 95
meter stesen minyak petrol tg.aru

keluarga alim samurai

pak berjubah dan kopiah rupanya geng samurai

baru terbaca cerita pasal rompakan stesen minyak di johor baharu. sebenarnya saya mahu cari info pasal kenaikan harga minyak RON95. Ron97 dah naik terlebih dahulu.

berkaitan kenaikan harga minyak ini, sudah pasti menyusahkan rakyat, sebelum ini pun sudah banyak barangan yang naik misalnya gula. berkaitan dengan kenaikan ini barangan-barangan lain juga akan dinaikkan, misalnya harga minuman atau kueh-muih.

gambar dari kosmo.com.my geng samurai
perompak alim,stesen minyak

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.
-kosmo

Wednesday, March 23, 2011

lampu belakang proton wira masuk air

lampu belakang proton wira masuk air

balik dari bandar kira-kira 5.30 petang. macam biasalah trafik jam diwaktu sebegini, jarak perjalanan yang pada kebiasaannya mengambil masa kira-kira 15 menit, tapi waktu ini hampir 1 jam setengah untuk sampai.

maka saya terlihat sebuah proton wira di depan. saya sebenarnya selalu melihat perkara ini, iaitu lampu belakang wira yang masuk air hujan, entah mengapa dan bagaimana namun saya berpendapat bahawa kualiti yang rendah la puncanya.

anehnya lampu tu tidak pula 'short circuit', masih boleh menyala. setahu saya air adalah pengalir eletrik yang berkesan.

lampu belakang proton wira masuk air,proton wira
saya juga mendapati bahawa air yang masuk ini kekal disitu untuk jangka waktu yang lama. masuk senang keluar susah :)

trafik jam

satu lagi saya mahu cerita pada waktu ini adalah penggunaan minyak yang tidak efisen. dalam kesesakan tersebut odometer menunjukkan bahawa minyak telah turun satu bar,oh tidak. trafik jam oh trafik jam

walaupun ada pelbagai kemudahan jalanraya yakni jalan berkembar,'fly over', U-Turn dan sebagainya tetapi kesesakan jalanraya tetap berlaku, maklumlah taraf kehidupan semakin baik dan keupayaan untuk membeli kereta semakin cerah, tambahan pula munculnya model-model kereta yang murah di pasaran

ada beberapa cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya seperti ini, antaranya keluar lebih awal dari office, let say 4.30 ptg atau melepak bersama kawan-kawan selama mungkin sehingga kesesakan berkurangan,lebih kurang jam 7 ptg la. kalau anda seorang yang rajin boleh la buat kerja lebih masa (over time) dapat gaji lebih mungkin juga menjadi pekerja contoh :).

*update*
komen-komen pasal lampu belakang proton wira masuk air.
- Kalau pakai lampu ori rasanye benda ni tak kan terjadi. Selalu pakai lampu local je jadi macam ni. Depan pon boleh masuk air kalau pakai lampu local.

- solution....
beli botol silicon sealer yang warna hitam. beli gun untuk sealer tu....dan seal ruang2 yang boleh nampak pada lampu belakang wira....masa mula2 letak memang comot....tapi sebelum silicon tu kering, boleh lap dengan kain basah.....jadik le kemas ;)

tukar getah bonet =Rm30, Buka lampu kiri kanan pastu silicone gam =Rm 50. Setel problem.

Saturday, January 8, 2011

Pasar tiada tokey

Pasar tiada tokey
'Pasar' jualan sayur ini anda boleh lihat dalam perjalanan kota kinabalu ke gunung emas.
Sayur diletakkan tanpa penjaganya. Maka itu bergantung penuh kepada kejujuran pelalu-lintas yang ingin membeli sayur.

Sayur yang dijual pula digemari ramai kerana masih segar. Untuk membelinya-lihat harga kemudian masukkan duit pembayaran ke dalam kotak kayu yang tersedia.

Pasar tanpa taukeh

Mahu main tipu? boleh saja kerana tiada penjaga dan kereta yang lalu lalang pun jarang, tapi awas kena jawab selepas mati :)

Sunday, October 10, 2010

10-10-10 special

10-10-10 / 10-10-2010 special
Ada sesiapa yang mendapay special day pada hari ini? MUngkin ada yang dapat lotteri atau sekurang-kurangnya 4 digit nombor ekor.

Tidak kurang yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini.

Menurut sistem komputer 101010 (dalam bentuk binary) ia bersamaan dengan angka 42 (bentuk persepuluhan / decimal). Tapi adakah ini membawa apa-apa makna? Lupakan.

Tarikh Keramat 10/10/2010 Apa yang mungkin terjadi?

1. Sesuatu yang baik terjadi-sekali tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang baik akan terjadi adalah hanya didasarkan pada spiritualisme, iman, dan / atau optimisme bawaan.

2. Tidak ada yang berlaku-ini merupakan senario yang paling mungkin. Hanya kerana suatu urutan tarikh nombor yang tidak biasa terjadi tidak bererti bahawa sesuatu akan terjadi. Biasanya itu acara-'tiada apa-apa'.

3. Sesuatu yang buruk berlaku-sekali lagi tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi adalah hanya didasarkan pada pesimisme realiti. Sudah tentunya elakkan perkara buruk berlaku

Wednesday, June 30, 2010

Friday, September 26, 2008

Harga Minyak Malaysia sebenar

Salam Kunjungan,

Berikut adalah komen salah satu penggemar video yang saya uploadkan di Youtube.
Ringkas namun sila buat perkiraan yang sewajarnya.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.


Apa kata anda?

Saturday, July 26, 2008

Beras Subsidi

Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak, telah banyak menyusahkan rakyat. Bukan sahaja minyak kereta ynag naik malah barangan keperluan yang lain.

Beras nasional yang bersubsidi tidak mencukupi di pasaran malah ada yang menyalahgunakan atau mengambil kesempatan keatas beras tersebut. Harga yang dijual pada harga tetap RM18 telah dinaikkan oleh pihak-pihak tertentu atas alasan susah untuk mendapatkannya sedangkan permintaan meningkat.


Beras yang saya beli ini dari kedai runcit benggali dan dijual dengan harga RM19. MUngkin dia mahu ambil untung sedikit. Walau bagaimanapun adalah tidak adil untuk menaikkan harga beras subdidi ini, kerana harganya sudah ditetapkan pada harga Rm18.

Friday, June 6, 2008

Kesan kenaikan harga minyak

Apakah kesan kenaikan harga petrol, diesel dan gas kepada pengguna. Serangan jantung? Kepala botak kembali?

Lihat video berikut tentang kesannya:


Adakah rakyat Malaysia memang bodoh kerana tidak tahu akan kandungan seperti keratan akhbar berikut.


Dimanakah pakar-pakar ekonomi negara?

Thursday, June 5, 2008

Tsunami Harga Minyak

Laporan Dari Kota Kinabalu Sabah

Oil Price, Harga Minyak Naik
Kira-kira jam 6 petang, saya dengan kawan hendak pergi ke 1Borneo Shopping Hyper Mall untuk menonton wayang free(GSC). Setibanya kami di jalan lintas berdekatan Iramanis, kami terlihat deretan kereta yang sangat panjang kira-kira 1 kilometer. Kami menjangkakan ada kemalangan atau sekatan jalan, tetapi setelah maju kedepan ternyata semua kenderaan menuju ke stesen minyak Shell.

Pada waktu ini kami belum tahu lagi bahawa harga minyak akan dinaikkan, kerana setahu saya ia akan diumumkan pada bulan Ogos 2008. Kami meneruskan perjalanan ke 1Borneo tapi malangnya semua panggung full house. So kami pun berlegar-legar sehingga tidak larat berjalan lagi.

Selapas itu, kawan saya menerima SMS bahawa harga minyak akan dinaikkan pada jam 12.00 tengah malam. Setelah penat berjalan kami pun pulang dan sekali lagi bertembung dengan deretan kereta yang sangat panjang di Jalan Sulaman Teluk Likas. Mungkin sepanjang 4 - 5 kilometer sehingga ke medan selera.

Saya telah menghubungi beberapa kenalan dan saudara di beberapa daerah dan mereka mengatakan keadaan yang sama.

Kami menunggu kira-kira 3 jam (8.20 pm-11.20pm)untuk mengisi minyak di stesen Shell berdekatan persimpangan inanam+likas+luyang. Stesen itu mempunyai 4 pam tetapi kelihatan beberapa daripadanya sudah kehabisan minyak.

Mereka yang masih berbaris sehingga jam 12.00 tengah malam dan keatas terpaksa membayar harga baru ia itu rm2.70 berbanding harga asal rm1.90 seliter.

Asal :RM1.90 per liter Harga Baru: RM2.70 per liter
The new price of premium leaded petrol (ULG 97) is RM2.70 per litre beginning midnight tonight, it was announced a moment ago. The price for ULG 92 petrol per litre went up by 74 sen to RM2.62. Diesel will go up by RM1 per litre to RM2.58. The 78 sen hike or 40 per cent increase for the ULG 97 petrol is still below the antiticpated RM4 per litre price projected earlier and among the cheapest in Asia. The announcement was made by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at a news conference.
NST


Laporan Video Kesesakan jalan menuju ke stesen-stesen minyak berdekatan.



Mulai dari sekarang berbelanjalah dengan bijak

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter