Showing posts with label cari duit. Show all posts
Showing posts with label cari duit. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Duit Kertas Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di daerah Kundasang, Ranau Sabah menjadi hiasan pada wang kertas malaysia.
duit kertas malaysia,gunung kinabalu,gambar wang kertas malaysia gunung kinabalu

oh ho memang sah sama

Tuesday, November 8, 2011

Tahun 2011 special (1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11)

Tahun (istimewa)special 2011 benarkah?
sebelum ini saya berkongsi pasal 10-10-10 iaitu tarikh pada tahun lalu 2010.
mari kita lihat apakah pula keistimewaan tahun 2011 ini.

Tahun ini pula mempunyai 4 kali tarikh yang menggunakan angka 1(satu):
Tahun 2011 special
1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
untuk melihat keistimewaannya cuba buat pengiraan seperti berikut:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kuching anda
special cat 1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11


(misalnya kuching anda lahir pada tahun tahun 1980) so ambil 2 digit terakhir iaitu 80.
tambahkan dengan umur kuching anda pada tahun ini.
(2011-1980=31)
hasilnya pasti 80 + 31 = 111

special tak Tahun 2011?

Saturday, May 21, 2011

langkah2 menjana duit dari Grapevine

salam kembali,

kali ini saya cuba untuk berkongsi mengenai 'service' nuffnang yang baru iaitu Grapevine. cara untuk menjana duit dari grapevine ini sama saja dengan churpchurp iaitu anda akan dibayar setiap kali link anda diklik (tidak dikira klik anda sendiri).

namun yg menjadi persoalannya, banyak blogger yang merupakan ahli kepada churpchurp masih tidak tahu macamana untuk mendapat link dan seterusnya mempromosikan link tersebut.

antara persoalan mereka ialah (persoalan saya juga sebelum ini)

  • macamana nak guna grapevine tu
  • mcmana nak dapat kod/link
  • tak keluarpun d blog aku
  • tak paham langsung grapevine
  • tak paham email grapevine dari churpchurp
  • dan mcm2 lagi

sebelum ini pun saya tidak faham apa itu grapevine dan bertanyakan pada pihak churpchurp


namun jawapannya agak mengecewakan

oh ya pelawat yang tiada akaun churpchurp atau nuffnang pun boleh mempromosikan kempen grapevine ini.

langkah 1
iklan grapevine muncul pada skyscraper ads pada blog anda
Anda akan mendapat atau melihat iklan seperti di atas (step 1 dan step 2). iklan ini jarang2 muncul. samada iklan tersebut muncul pada blog anda atau blog orang lain, dengan cepat tekan mana2 butang- twitter,fb,messenger atau email. anda akan mendapat window message berserta link unik anda.
nota: step 2 tidak kelihatan. ia sebenarnya untuk anda memasukan email anda.

Update mula
Ini adalah menjawab pertanyaan blogger yanng menggunakan nama Bella boleh reply komennya disini klu ada sesiapa yg nak tolong.

Gambar iklan A
iklan nuffnang yang biasa/normal

Gambar iklan B
iklan nuffnang berserta Grapevine
gambar iklan A adalah iklan dari nuffnang yang biasa kita temui pada blog kita, di mana kita akan copy paste kod html dari hompage nuffnang dan letak di blog kita.

gambar iklab B pula muncul secara automatik,tiada kod untuk di copy paste. bagaimana ia muncul saya tidak tahu sebab ini ditentukan oleh nuffnang sepenuhnya. ia akan muncul secara rawak di mana-mana blog yang memasang iklan nuffnang. sebab itu saya nyatakan 'jarang2 muncul' atau sama sekali tidak muncul.

sebab yang saya boleh fikirkan ialah, oleh kerana program ini adalah beta test, maka pihak nuffnang menghadkan iklan itu dari  muncul secara banyak.

setakat ini ada dua iklan grapavine yang saya nampak iaitu berkaitan Iphone 4 dan Dentyine namun anda boleh cuba periksa di site grapevine kalau2 ada iklan yang muncul sini
Update akhir

langkah 2
email pengesahan dari churpchurp
selepas itu anda akan menerima 1 email seperti di atas. cara2 untuk menuntut bayaran anda.

langkah 3
dashboard anda yg masih kosong
klik link pada email tersebut seperti langkah 2, link paling bawah dan anda mendapati grapevine history anda masih kosong kerana anda belum berdaftar dengan churpchurp(link belum disahkan). sekiranya anda sudah berdaftar dan sedang login churpchurp maka sistem akan kesan akaun anda dan apa yang perlu dibuat hanyalah login pada kotak yg disediakan seperti langkah 4.

langkah 4
pilihan untuk login atau pendaftaran baru supaya anda boleh tuntut bayaran

masukkan butiran pendaftaran anda yang sedia ada. sekiranya belum berdaftar maka,borang lain akan keluar untuk anda mendaftar.

langkah 5
grapevine successfull
pendaftaran link/kempen berjaya

langkah 6
dashboard anda sekarang mempunyai link yg sah utk dipromosi

selepas itu anda mendapati grapevine history anda sudah aktif dan sedia untuk mempromosi. perbezaan langkah 3 dan langkah 7 ialah,langkah 3 belum ada link seperti ini

langkah 7
promosi...promosi...

langkah 8
cukup rm100 cashout la ye..pastikan nama dan alamat betul seperti dalam kad pengenalan.
grapevine sebelum-0 task


grapevine selepas-1 task
*saya baru saja cashout churpchurp dan nuffnang

kempen grapevine yg masih berjalan ialah Iphone4 Digi

selamat mencuba dan jangan lupa share langkah-langkah ini. sebarang pertanyaan dipersilakan..

Update mula

Keliru dan takut

Ya, begitulah perasaan saya apabila melihat akaun grapevine yang mempunyai klik tetapi tiada bayaran. saya berfikiran bahawa, mungkinkah saya telah di sekat kerana promosi yang menyalahi peraturan churpchurp. namun belum sempat saya bertanyakan pada pihak churpchurp mereka sudah menghantar email mengenai masalah tersebut, rasanya semua ahli churpchurp mendapat email penjelasan seperti ini.

email penjelasn dari churpchurp berkenaan earnings yang tidak dikreditkan.

Dear members,

Thank you for your participation in our recent Grapevine campaigns.
We have been notified by some users that their Grapevine earnings (RM 0.20 per click) did not tally with what was being displayed on the
dashboard, and after further investigation found that a bug has caused a small group of users to be credited the wrong amount.

We have taken steps to rectify this and your earnings should now show
the correct figure according to the number of unique clicks recorded. In the event that you have made a cashout request, your payout will be
modified accordingly as well.

Thank you for bearing with us and we apologize for any inconvenience caused.

menurut mereka, mereka tersalah meletak bayaran kepada beberapa user, jadi utk memperbetulkan amaun tersebut terpaksalah freez/bekukan kesemua pendapatan dari grapevine meliputi semua ahli.

Update akhir

Update mula

Iklan Grapevine muncul di blog traffik rendah. Lihat/klik screen shot

Iklan Grapevine
Iklan Grapevinne dari nuffnang

Update Akhir
update lagi...
baru saya perasan..rupanya pihak churpchurp menyediakan iklan grapevine khas untuk testing.
iklan grapevine testing purposed
iklan grapevine testing purposed
langkah2nya sama seperti dibincangkan sebelum ini cuma anda tidak dibayar walaupun ada klik pada link anda. tujuannya ialah untuk anda (terutama orang baru) merasai bagaimana iklan grapevine berjalan.



p/s: perkongsian ini sepatutnya diposkan lebih awal sejak pelancaran grapevine tetapi tertangguh oleh sebab2 yg x dapat dielakkan.
p/p/s: Tagline nuffnang

Nuffnang from 2007-2011
How bloggers earn money through their blog readers.

Nuffnang from 2011-Future
With the revolutionary Grapevine, blog readers can Earn too!

Saturday, April 9, 2011

masalah atm cash deposit

masalah atm cash deposit
pagi hari ini saya ke EON Bank untuk membayar ansuran kereta menggunakan ATM Cash Deposit

perkhidmatan begini memang memudahkan pengguna untuk membayar apa saja yang berkaitan kerana tidak perlu isi borang, ambil nombor giliran,memotong barisan :),terlepas nombor giliran dan pelbagai karenah lagi, tambahan pula hari ini hari sabtu so, cari parking pun senang.

tiba di mesin ATM Cash Deposit itu, saya pun memasukan wang kertas (takkan wang syiling kan :)) 50 ringgit dan 10 ringgit kesemuanya berjumlah Rm300.

proses terakhir yang perlu ditekan adalah butang "Tekan Jika Betul"(pilihan lain ialah "Tekan Jika Salah"). saya pun menekan butang tersebut. biasanya jika ia ditekan maka transaksi selesai dan berjaya.

kali ini berbeza sedikit kerana selepas saya menekan butang tersebut (dengan harapan transaksi berjaya) satu lagi skrin dipaparkan berbunyi lebih kurang "transaksi gagal" "wang anda dipulangkan" lebih kurang begitu lah maksudnya.

saya tidak percaya dan mungkin saya tersalah menekan butang "Tekan jika Salah".

saya mengulanginya untuk kepastian,kali ini saya lebih berhati-hati memilih butang untuk ditekan tetapi perkara yang sama berlaku iaitu wang saya dikembalikan.

memandangkan tiada staf atau sekuriti untuk ditanya saya pun meninggalkan bank tersebut.

berikut adalah apa yang tertera pada slip bank itu.

Transaction Rejected, Response Code:23013-000


setelah berfikir sekejap apakah penyebabnya, saya pun terfikir mungkinkah duit kertas itu wang palsu.

slip transaksi ATM
perkongsian saya yang sebenar hari ini.

p/s: ppsssttt...nak berbulan madu,bujang atau suami isteri?lokasi-lokasi eksklusive dan romantik KLIK SINI untuk mengetahuinya lebih lanjut

Thursday, November 4, 2010

Youth Art Festival di 1Borneo Hypermall

Youth Art Festival di 1Borneo Hypermall

Kepada belia dan beliawanis Sabah sila berkunjung ke 1Borneo Hypermall pada 13 dan 14 hb November kerana banyak aktiviti yang akan diadakan seperti:

  • persembahan artis seperti Velvet, The Fingers, Asif Pishori, Rene Barrow 
  • pertunjukan teater
  • pameran kerja seni
  • pameran photography
  • booth Sabah Job Centre
  • booth Suruhanjaya Pilihanraya
  • 'silent auction'
  • derma pakaian, cash,...
  • dan banyak lagi aktiviti remaja
Tempat: Central Atrium in 1Borneo Hypermall
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran: Percuma
Penganjur: Alamesra Youth-PREP Centre
Tema: Voice Out
Youth Art Festival at 1Borneo Hypermall

Melalui festival ini diharapkan para remaja mengutarakan permasalahan yang melanda remaja masa kini seperti pengangguran, masalah dadah, berhenti sekolah, kekecewaan, masalah samseng, pengabaian ibubapa dan sebagainya.

Monday, October 11, 2010

ging bubut

Ging Bubut Sabah FM sedang beraksi di kawasan KK Plaza berdekatan Pasar Besar Kota Kinabalu

Antara soalan mudah yang ditanya.

Apa nombor plat kereta Ging Bubut?
Jam berapa 'Bah Ngamlah Tu' keudara?
dan sebagainya.

Hadiah menarik menanti pemenang.

Slang Sabah
*ging=geng, bubut=kejar

Sunday, October 10, 2010

10-10-10 special

10-10-10 / 10-10-2010 special
Ada sesiapa yang mendapay special day pada hari ini? MUngkin ada yang dapat lotteri atau sekurang-kurangnya 4 digit nombor ekor.

Tidak kurang yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini.

Menurut sistem komputer 101010 (dalam bentuk binary) ia bersamaan dengan angka 42 (bentuk persepuluhan / decimal). Tapi adakah ini membawa apa-apa makna? Lupakan.

Tarikh Keramat 10/10/2010 Apa yang mungkin terjadi?

1. Sesuatu yang baik terjadi-sekali tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang baik akan terjadi adalah hanya didasarkan pada spiritualisme, iman, dan / atau optimisme bawaan.

2. Tidak ada yang berlaku-ini merupakan senario yang paling mungkin. Hanya kerana suatu urutan tarikh nombor yang tidak biasa terjadi tidak bererti bahawa sesuatu akan terjadi. Biasanya itu acara-'tiada apa-apa'.

3. Sesuatu yang buruk berlaku-sekali lagi tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi adalah hanya didasarkan pada pesimisme realiti. Sudah tentunya elakkan perkara buruk berlaku

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati akhirnya ditemui dibunuh kejam

Datuk Sosilawati akhirnya ditemui dibunuh kejam bersama tiga yang lain.
Saya perpendapat bahwa kamu juga sudah mendengar berita ini melalui radio mahupun membacanya dalam akhbar atau blog.

Tak tahu apa mau cakap, diharapkan kejadian ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja tidak kira apa pangkat, sekolah, kekayaan dan sebagainya. lambat laun akan jadi mangsa atau juga pemangsa.

kalau nak tahu lebih lanjut pasangkan radio atau baca email. tak boleh ulas panjang-panjang sebab nanti tersimpang fakta.

Happy Raya to Malaysian friends.

Thursday, September 9, 2010

Kes kehilangan Sosilawati

Kes kehilangan Sosilawati, tentu kamu ada mengikuti cerita kehilangan dato' Sosilawati ini. Sosilawati adalah bekas isteri vokalis lefthanded Nash.

di bawah ini saya pamerkan komen salah satu pengunjung di berita harian yang hanya menggelarkan dirinya k.

melihat kepada persoalan2 nya ada baik juga untuk direnungkan.

pelik betul fakta..1)kenapa nk pegi banting 3 hari, x balik2 padahal dekat jer dgn rumahnyer, 2)bini pegawai bank cakap laki dia ada hal 3 hari, xleh cerita, mcm terancang jer komplot ni, 3)kenapa nk bw duit jutaan RM, guna cek jer la, 4)nape laki sosilawati x wat laporan polis awal2 lg kehilangnnye sbb dia dpt call yg mencemaskn, 5)nape polis xdpt kesan keta diaorg, tggu org awam yg bgtau, padahal keta mewah tu, mesti ade system tracking, 6)ape tujuan urusniaga smpai 3 hari, 7)dlm 4 org tu, siapa yg terlibat dlm komplot terancang..8)fakta belit

p/s: dato' atau datuk saya tak pasti

sumber bharian.com.my online

Monday, September 6, 2010

Sepandai-pandai tupai melompat

ini barulah...macamana nak mendidik zuriat. kalau lihat dari segi penampilan tidaklah miskin mereka ini. saya pernah melihat orang yang lebih susah dari mereka ini tetapi tidak melakukan perkara seperti ini. kamu fikirlah sendiri

Saturday, August 28, 2010

Harga duit syiling lama

ha..ha.. lagi lagi duit syiling atau duit siling lama tapi belum cukup antik
duit syiling lama

Keywords carian

duit syiling
duit syiling terbelah
duit syiling lama
duit 1976 lima puluh sen
syiling lama yang istimewa
duit syiling lima puluh sen 1976




Lain-lain perbincangan

Wednesday, August 11, 2010

Jual Duit Siling Lama Boleh Jadi Kaya

Jual Duit Siling Lama Boleh Jadi Kaya

Belum pun habis pasal tokek yang di war-warkan mencapai puluh ribu hingga jutaan ringgit, kini muncul pula pasal menjual duit siling lama yang amat tinggi nilainya.

Menurut satu sumber duit siling yang dimaksudkan adalah dua puluh sen dan lima puluh sen yang bertarikh antara tahun 1972 hingga 1976.

Lima puluh sen yang mempunyai parit pula sangat tinggi harganya. Walau bagaimanapun desas-desus ini tidak dapat dipastikan kerana hanya disebarkan melalui mulut ke mulut dan juga sistem pesanan ringkas SMS.

duit siling lama

duit siling lama

Menurut cerita lagi duit siling lama lima puluh sen boleh mencapai sepuluh ribu (rm10,000) manakala duit siling dua puluh sen mencapai lima ratus (RM500) sekeping

Benar atau tidak kepada para pengumpul duit siling lama jangan pecah tabung ye. kena siasat dulu kebenarannya baru bertindak mengikut keadaan.

Tuesday, January 12, 2010

persatuan usaha rakyat prihatin negeri sabah

Pernah dengar tak pasal persatuan ini? Saya juga baru mendengarnya dari kawan2. Khabarnya Persatuan Usaha Rakyat Prihatin Negeri Sabah (PURPNS) bertujuan untuk membantu sesiapa saja rakyat Negeri Sabah dalam apa juga usaha yang berbentuk ekonomi sara diri.

Menurut apa yang saya tahu peserta perlulah berdaftar dengan persatuan ini dengan membayar RM20 ringgit dan barulah layak menikmati perkhidmatan mereka termasuk memudahkan peminjaman dari bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jika ada update terbaru akan ditulis kelak sebab saya sendiri belum faham sepenuhnya.

Friday, August 29, 2008

Payment from bloggerwave.com

Hari ini saya terkejut sedikit kerana tiba-tiba mendapat bayaran dai program bloggerwave.com. Terkejut kerana saya sudah tidak menghiraukannya lagi setelah banyak kali mengirim email namun tidak berbalas.

Seperti post sudah saya ada menyebut tentang affiliate xfactor yang terpaksa menunggu hampir setengah tahun untuk menerima bayaran.

Berikut adalah pembayaran dari program bloggerwave ni.
Bagi mereka yang masih baru program ini berkonsepkan pay per post, iaitu anda akan dibayar untuk kerja tertentu. Anda diberi tugas kemudian buatkan artikel mengenai task tersebut. Biasanya program seperti ini akan membayar 2 kali sebulan iaitu pertengahan dan hujung bulan.
Walau bagaimanapun bloggerwave ini tersasar dari 30 hari pembayaran seperti yang dinyatakan.

so saya ada lagi $50 dengan program ni.

Wednesday, August 27, 2008

Make money online: Dapatkan eBook Auto Responder percuma

Kali ini saya ingin berkongsi ebook yang ditulis oleh saudara Mazlie Nadzri daripada www.mazlienadzri.com. Buku beliau bertajuk "Panduan Setup Auto Responder".

Setelah membaca eBook ini, saya amat berpuas hati akan kandungannya(36 muka surat). Ia nya disampaikan dengan ayat yang mudah difahami dan dibantu dengan screen shot setiap langkah.

Apa itu Auto Responder?

Seperti namanya Program auto responder adalah program yang akan 'respond' secara automatik. Digunakan terutamanya dalam email, untuk menghubungi client yang berdaftar dengan sesuatu program atau website.

Auto responder ini banyak digunakan oleh IM Malaysia untuk mengumpul prospek. Tak kira apa jenis perniagaan atau perkhidmatan.

Perisian Auto Responder yang di kupas oleh saudara Mazlie Nadzri ialah daripada Getresponse.com, suatu perisian yang terkenal dan digunakan oleh kebanyakan jutawan internet.

Antara ciri Getresponse ini adalah mengendali mesej-mesej secara tersusun dan mengikut masa serta kempen yang sedang dijalankan.

An autoresponder can make money when you sleep, enjoying a party, while holidaying or simply spending time with your family. It is true, an autoresponder can be you 24/7 cash making money machine. It can achieve a whopping 400% more sales! But What's an autoresponder anyway?

It is an automated email sending program that automatically replies to an incoming email with one or many pre-set and personalized messages crafted by you. You write the message/messages only once, loaded it/them up to your autoresponder and the program send all your messages sequentially. Set it and forget it. It is that simple.


Menarik bukan? Samada anda baru dalam dunia perniagaan internet atau sudah lama tetapi tidak menggunakan program Auto Responder ini, sekarang tiba lah masanya untuk menggunakannya.

Banyak lagi kelebihan perisian Getresponse ini. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh lah dapatkan dan baca disini.

eBook yang ditulis oleh Mazlie Nadzri ini adalah P-E-R-C-U-M-A

Jadi untuk siapa ebook ini?
01. kepada mereka yang berjinak-jinak dengan email marketing
02. usahaawan internet(wajib!)
03. pelajar
04. blogger
05. syarikat yang menjalankan e-commerce (wajib!)
06. kepada mereka yang sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan.

Saya tidak pernah mendapatkan ebook sebegini detail dengan penerangan yang begitu jelas dan mudah difahami. Dapatkannya sekarang. Klik Sini


p/s: jika anda ingin jadi affiliate, register sekarang dan buat promosi seperti ini dan anda akan dibayar oleh saudara Mazlie Nadzri.
p/p/s: ebook ini ditulis dalam Bahasa Malaysia.

Salam suksess, Happy Independence Day 2008.

*UPDATE: program pay per lead ini dahpun ditutup (02.09.2008 ) oleh saudara Mazlie. Terima kasih kepada yang ambil bahagian.

**Dibuka Semula

Sunday, August 17, 2008

Make money online

Pernah jumpa seperti tajuk diatas? Adakah ia benar-benar berlaku?
Seperti yang diketahui oleh sebilangan pengguna Internat terdapat banyak penipuan yang berlaku melibatkan transaksi melalui Online. 2 minggu lepas seorang usahawan telah kerugian rm200,000.00 gara-gara mempercayai bahawa beliau telah menang peraduan sms maxis.

Betul ka boleh buat duit di internet?

Ini lah yang saya ingin saya ceritakan hari ini. Seperti dalam blog ramok.info ini ada beberapa program yang boleh menjana pendapatan.

Affiliate Xfactor. Saya nak tahu siapa yang ada ikut program ini? Program ini berkonsepkan pay-per-lead. Anda akan dibayar sebanyak usd1.00 setiap kali user download ebook yang anda rekomenkan. usd0.50 lagi anda dapat secara 2nd tier. So jumlah keseluruhan yang anda dapat ialah USD1.50.

Program ni hangat diperkatakan sebagai scam kerana mengambil masa lama untuk membayar. Affiliate program ini telah ditutup bulan April 2008, dan sehingga bulan tujuh para peserta belum lagi dibayar.

Seperti kata titaniumhijau, benda ni akan dibayar juga tetapi lambat sedikit. Saya sudah melupakan prohram ini dan telah merangka draft untuk mengutuk owner program ini iaitu Andrew Fox. Walau bagaimanapun belum sempat saya postkan di blog dan forum, tanpa disangka saya telah dibayar oleh andrew fox ini. Oleh kerana saya register program ni agak lewat (melalui link affiliate Zamri Nanyan) maka saya hanya sempat meraih $66.

Lihat komisen di sinidan sini

Untuk program tempatan saya telah mempromosi produk daripada Mawardee dan Labanon 10K tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan atau juga kurang percaya.

The next labeled as Scammer ->bloggerwave.com. Tiada tanda-tanda nak bayar sehingga kini. I have $60 with them.

Next story: paid posting

p/s: saya masih baru dalam bidang ini, saya pasti ramai dikalangan Sabahan yang hebat-hebat belaka dengan menjana puluhan ribu ringgit tetapi bergerak secara underground ala-ala estrange :).
p/p/s: kalau ada lagi nanti saya kongsi. Tidak rugi apa-apa, anggap saja kamu jumpa duit tengah jalan.
p/p/p/s: nampaknya kontes yang dijalankan tidak mendapat sambutan, so duit tu saya simpan balik bikin bayar bill eletrik.

Monday, June 9, 2008

Sarang Burung-Gua Gomantong Diceroboh PTI

Sarang Burung-Gua Gomantong dicerobohi Pendatang Tanpa Izin!

Gua Gumantong: maaf gambar tidak jelas



Begitulah berita yang disiarkan TV3 beberapa hari lepas.

Pti ini yang menceroboh gua berkenaan tidak mempunyai lesen malah tiada kaitan dengan keturunan yang berhak keatas gua-gua berkenaan.

Menurut kebiasaan, gua-gua ini dijaga dan diwariskan secara turun-temurun oleh satu-satu keluarga. Penjagaan dan hasil sarang adalah milik mereka.

Alahai apa sudah jadi, keadaan di Sabah semakin teruk. Baru-baru ini juga ada kawan menceritakan sewaktu pelancaran 1Borneo bahawa, 1Borneo adalah seolah-olah 'PTI punya'.

Saya masih ingat 3 sebelum pelancaran, ada beberapa PTI yang bergaduh dengan pengawal keselamatan, yang juga kelihatan PTI. Mereka tidak menghiraukan orang lain yang ada di situ dan terus berbalah.

Tuesday, April 15, 2008

Kerja. Carilah Duit

Meet Uncle Hussein - La La La Kerjalah

cari kerja cari duitMacam pernah nampak? uii nolingan ku noh.
pelaburan wang saku tidak perlu kerja lagiTompinai sekalian, bukan senang bah kan cari kerja sekarang ini. Tanakwagu dan sumandak Sabah pun suka sangat pigi ke'el (kuala lumpur). Nah tengulah iklan di atas tu sampai tu burung kakak tua pun pening kepala tingu, tu iklan.

La la la 6x

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…
Kerjaan saja…

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja…kerja…

Repeat chorus 2x

Ahhhh..terpinga-pinga…
Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…
Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja…

Repeat chorus 2x

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

Repeat chorus 2x

Semoga rakyat Sabah yang berkerja di mana saja seperti Arab Saudi, UAE, Singapore, Brunei, Australia, New Zeland, pelantar minyak, lombong tembaga dan pelbagai tempat lagi agar dikurniakan gaji yang lumayan dan selamat kembali ke tanah air suatu hari nanti. Jangan kamu buat hal di negeri orang, sebab ada sekampung dengan saya tu, kena penggal kepala gara-gara bergaduh tak tentu pasal. Nah sepa yang susah keluarga juga bagus kalau dekat.

Kalau kamu moginum di sana jangan buat macam di kampung, sikit-sikit betumbuk, haoyoo tiada hasil bah, paling-paling biru mata dan kena sogit (ayam putih sama mangkuk cina).

Ok sekiranya kamu sudah puas kerja di sana sebelum pulang ke tanah air tulung-tulunglah kumpul duit, ada kawan cerita dia bilang masa pigi dua biji, balik pun dua biji juga, entah apa dia maksudkan. Jangan bawa bini sebaliknya bawalah isteri atau suami, itu lebih baik kan.

Maka diakhir cerita bila sudah dikampung apa lagi pigi lah buka ko punya tanah, harap-harap orang tidak lapis ko punya permohonan atau rantis. Kalau begitu kejadiannya terpaksa lagi jumpa ketua kampung kasi selasai.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter