pagi hari ini saya ke EON Bank untuk membayar ansuran kereta menggunakan ATM Cash Deposit
perkhidmatan begini memang memudahkan pengguna untuk membayar apa saja yang berkaitan kerana tidak perlu isi borang, ambil nombor giliran,memotong barisan :),terlepas nombor giliran dan pelbagai karenah lagi, tambahan pula hari ini hari sabtu so, cari parking pun senang.
tiba di mesin ATM Cash Deposit itu, saya pun memasukan wang kertas (takkan wang syiling kan :)) 50 ringgit dan 10 ringgit kesemuanya berjumlah Rm300.
proses terakhir yang perlu ditekan adalah butang "Tekan Jika Betul"(pilihan lain ialah "Tekan Jika Salah"). saya pun menekan butang tersebut. biasanya jika ia ditekan maka transaksi selesai dan berjaya.
kali ini berbeza sedikit kerana selepas saya menekan butang tersebut (dengan harapan transaksi berjaya) satu lagi skrin dipaparkan berbunyi lebih kurang "transaksi gagal" "wang anda dipulangkan" lebih kurang begitu lah maksudnya.
saya tidak percaya dan mungkin saya tersalah menekan butang "Tekan jika Salah".
saya mengulanginya untuk kepastian,kali ini saya lebih berhati-hati memilih butang untuk ditekan tetapi perkara yang sama berlaku iaitu wang saya dikembalikan.
memandangkan tiada staf atau sekuriti untuk ditanya saya pun meninggalkan bank tersebut.
berikut adalah apa yang tertera pada slip bank itu.
Transaction Rejected, Response Code:23013-000
setelah berfikir sekejap apakah penyebabnya, saya pun terfikir mungkinkah duit kertas itu wang palsu.
perkongsian saya yang sebenar hari ini.
p/s: ppsssttt...nak berbulan madu,bujang atau suami isteri?lokasi-lokasi eksklusive dan romantik KLIK SINI untuk mengetahuinya lebih lanjut
mujur duit tu tak ditelannya
ReplyDelete