Showing posts with label cari kerja. Show all posts
Showing posts with label cari kerja. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Tahun 2011 special (1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11)

Tahun (istimewa)special 2011 benarkah?
sebelum ini saya berkongsi pasal 10-10-10 iaitu tarikh pada tahun lalu 2010.
mari kita lihat apakah pula keistimewaan tahun 2011 ini.

Tahun ini pula mempunyai 4 kali tarikh yang menggunakan angka 1(satu):
Tahun 2011 special
1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
untuk melihat keistimewaannya cuba buat pengiraan seperti berikut:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kuching anda
special cat 1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11


(misalnya kuching anda lahir pada tahun tahun 1980) so ambil 2 digit terakhir iaitu 80.
tambahkan dengan umur kuching anda pada tahun ini.
(2011-1980=31)
hasilnya pasti 80 + 31 = 111

special tak Tahun 2011?

Thursday, November 4, 2010

Youth Art Festival di 1Borneo Hypermall

Youth Art Festival di 1Borneo Hypermall

Kepada belia dan beliawanis Sabah sila berkunjung ke 1Borneo Hypermall pada 13 dan 14 hb November kerana banyak aktiviti yang akan diadakan seperti:

  • persembahan artis seperti Velvet, The Fingers, Asif Pishori, Rene Barrow 
  • pertunjukan teater
  • pameran kerja seni
  • pameran photography
  • booth Sabah Job Centre
  • booth Suruhanjaya Pilihanraya
  • 'silent auction'
  • derma pakaian, cash,...
  • dan banyak lagi aktiviti remaja
Tempat: Central Atrium in 1Borneo Hypermall
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran: Percuma
Penganjur: Alamesra Youth-PREP Centre
Tema: Voice Out
Youth Art Festival at 1Borneo Hypermall

Melalui festival ini diharapkan para remaja mengutarakan permasalahan yang melanda remaja masa kini seperti pengangguran, masalah dadah, berhenti sekolah, kekecewaan, masalah samseng, pengabaian ibubapa dan sebagainya.

Sunday, October 10, 2010

10-10-10 special

10-10-10 / 10-10-2010 special
Ada sesiapa yang mendapay special day pada hari ini? MUngkin ada yang dapat lotteri atau sekurang-kurangnya 4 digit nombor ekor.

Tidak kurang yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini.

Menurut sistem komputer 101010 (dalam bentuk binary) ia bersamaan dengan angka 42 (bentuk persepuluhan / decimal). Tapi adakah ini membawa apa-apa makna? Lupakan.

Tarikh Keramat 10/10/2010 Apa yang mungkin terjadi?

1. Sesuatu yang baik terjadi-sekali tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang baik akan terjadi adalah hanya didasarkan pada spiritualisme, iman, dan / atau optimisme bawaan.

2. Tidak ada yang berlaku-ini merupakan senario yang paling mungkin. Hanya kerana suatu urutan tarikh nombor yang tidak biasa terjadi tidak bererti bahawa sesuatu akan terjadi. Biasanya itu acara-'tiada apa-apa'.

3. Sesuatu yang buruk berlaku-sekali lagi tidak ada dasar ilmiah untuk kepercayaan ini. Keyakinan bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi adalah hanya didasarkan pada pesimisme realiti. Sudah tentunya elakkan perkara buruk berlaku

Monday, September 6, 2010

Sepandai-pandai tupai melompat

ini barulah...macamana nak mendidik zuriat. kalau lihat dari segi penampilan tidaklah miskin mereka ini. saya pernah melihat orang yang lebih susah dari mereka ini tetapi tidak melakukan perkara seperti ini. kamu fikirlah sendiri

Saturday, August 28, 2010

Harga duit syiling lama

ha..ha.. lagi lagi duit syiling atau duit siling lama tapi belum cukup antik
duit syiling lama

Keywords carian

duit syiling
duit syiling terbelah
duit syiling lama
duit 1976 lima puluh sen
syiling lama yang istimewa
duit syiling lima puluh sen 1976




Lain-lain perbincangan

Thursday, August 12, 2010

Bazaar Ramadhan Asia City Sabah

Seperti biasa setiap tahun

Bazaar Ramadhan Asia City Sabah

, sekali lagi dipenuhi asap dan juga orang ramai yang berkunjung untuk membeli juadah.

Bazaar Ramadhan Asia City Sabah
yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota kinabalu merupakan pilihan popular dikalangan mereka yang beragama muslim mahupun bukan. Seawal jam 1 petang Bazaar Ramadhan Asia City Sabah sudah pun dipenuhi oleh para peniaga yang mengambil bahagian.

Tempat Bazaar Ramadhan Asia City Sabah ini menjadi tumpuan kerana maklumlah KK merupakan central business yang mana pekerja mengambil kesempatan keluar awal untuk membeli makanan dan minuman.

Keadaan agak sesak dari segi kenderaan, malah aada yang terpaksa parking jauh atau berjalan kaki saja dari ofis.

Nak tanya apa yang ada? hemm...apa kata anda berkunjung sendiri ke Bazaar Ramadhan Asia City Sabah, gerenti macam-macam ada.
Bazaar Ramadhan Asia City Sabah

Wednesday, August 11, 2010

Jual Duit Siling Lama Boleh Jadi Kaya

Jual Duit Siling Lama Boleh Jadi Kaya

Belum pun habis pasal tokek yang di war-warkan mencapai puluh ribu hingga jutaan ringgit, kini muncul pula pasal menjual duit siling lama yang amat tinggi nilainya.

Menurut satu sumber duit siling yang dimaksudkan adalah dua puluh sen dan lima puluh sen yang bertarikh antara tahun 1972 hingga 1976.

Lima puluh sen yang mempunyai parit pula sangat tinggi harganya. Walau bagaimanapun desas-desus ini tidak dapat dipastikan kerana hanya disebarkan melalui mulut ke mulut dan juga sistem pesanan ringkas SMS.

duit siling lama

duit siling lama

Menurut cerita lagi duit siling lama lima puluh sen boleh mencapai sepuluh ribu (rm10,000) manakala duit siling dua puluh sen mencapai lima ratus (RM500) sekeping

Benar atau tidak kepada para pengumpul duit siling lama jangan pecah tabung ye. kena siasat dulu kebenarannya baru bertindak mengikut keadaan.

Tuesday, April 15, 2008

Kerja. Carilah Duit

Meet Uncle Hussein - La La La Kerjalah

cari kerja cari duitMacam pernah nampak? uii nolingan ku noh.
pelaburan wang saku tidak perlu kerja lagiTompinai sekalian, bukan senang bah kan cari kerja sekarang ini. Tanakwagu dan sumandak Sabah pun suka sangat pigi ke'el (kuala lumpur). Nah tengulah iklan di atas tu sampai tu burung kakak tua pun pening kepala tingu, tu iklan.

La la la 6x

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…
Kerjaan saja…

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja…kerja…

Repeat chorus 2x

Ahhhh..terpinga-pinga…
Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…
Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja…

Repeat chorus 2x

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

Repeat chorus 2x

Semoga rakyat Sabah yang berkerja di mana saja seperti Arab Saudi, UAE, Singapore, Brunei, Australia, New Zeland, pelantar minyak, lombong tembaga dan pelbagai tempat lagi agar dikurniakan gaji yang lumayan dan selamat kembali ke tanah air suatu hari nanti. Jangan kamu buat hal di negeri orang, sebab ada sekampung dengan saya tu, kena penggal kepala gara-gara bergaduh tak tentu pasal. Nah sepa yang susah keluarga juga bagus kalau dekat.

Kalau kamu moginum di sana jangan buat macam di kampung, sikit-sikit betumbuk, haoyoo tiada hasil bah, paling-paling biru mata dan kena sogit (ayam putih sama mangkuk cina).

Ok sekiranya kamu sudah puas kerja di sana sebelum pulang ke tanah air tulung-tulunglah kumpul duit, ada kawan cerita dia bilang masa pigi dua biji, balik pun dua biji juga, entah apa dia maksudkan. Jangan bawa bini sebaliknya bawalah isteri atau suami, itu lebih baik kan.

Maka diakhir cerita bila sudah dikampung apa lagi pigi lah buka ko punya tanah, harap-harap orang tidak lapis ko punya permohonan atau rantis. Kalau begitu kejadiannya terpaksa lagi jumpa ketua kampung kasi selasai.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter