Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Tahun 2011 special (1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11)

Tahun (istimewa)special 2011 benarkah?
sebelum ini saya berkongsi pasal 10-10-10 iaitu tarikh pada tahun lalu 2010.
mari kita lihat apakah pula keistimewaan tahun 2011 ini.

Tahun ini pula mempunyai 4 kali tarikh yang menggunakan angka 1(satu):
Tahun 2011 special
1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
untuk melihat keistimewaannya cuba buat pengiraan seperti berikut:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kuching anda
special cat 1-1-11 , 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11


(misalnya kuching anda lahir pada tahun tahun 1980) so ambil 2 digit terakhir iaitu 80.
tambahkan dengan umur kuching anda pada tahun ini.
(2011-1980=31)
hasilnya pasti 80 + 31 = 111

special tak Tahun 2011?

Wednesday, November 2, 2011

Penumpang Melompat sejurus selepas perlanggaran berlaku

Berkaitan tragedi perlanggaran ketreta api negeri sabah dengan lori tangki minyak.

Artikel pertama sini
Suasana cemas sejurus selepas perlanggaran dan letupan

Syukur tiada kemalangan jiwa



video berikut adalah dirakam oleh seorang pengguna jalanraya ketika kejadian berlaku pada hari itu (31-10-2011).

Kelihatan penumpang berebut-rebut untuk menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan belakang kereta api.



Syukur semuanya selamat.

Monday, October 31, 2011

Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

Letupan kuat berlaku sehingga boleh didengari di Lido, sejauh 5 KM tetapi mereka menyangkanya sebagai guntur/guruh.

Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA

Keretapi Sabah Langgar Lori Tangki Minyak berdekatan KKIA





MEnurut Berita harian, 6 orang cedera namun, banyak komen-komen di facebook dan Youtube yg mengatakan tiada kematian berlaku.

*Update*

-Sah bahawa tiada kematian.
-Topik menjadi trending di Twitter bagi negara malaysia dengan katakunci #PryforKK #PrayForKK

Monday, October 24, 2011

Marco Simoncelli pelumba Motorsikal GP kemalangan dan meninggal di Litar Sepang Malaysia

Menjadi berita utama media-media dunia yang bertajuk "Marco Simoncelli dies after MotoGP crash in Sepang"
"Marco Simoncelli dead after horror crash at Malaysian Moto GP in Sepang" "Marco Simoncelli obituary" "Italian rider Marco Simoncelli killed at Malaysia MotoGP"
Marco Simoncelli, Sepang Moto GP


Jadi siapakah beliau ini? Marco Simoncelli adalah pelumba motor Gp Itali yang terkenal. Pernah menjuarai Kejohanan Minimoto itali dari 1996 hingga 2000, menyertai kejohanan 125cc pada 2002 dan pertama kalinya memasuki kejohanan dunia pada 2003. Bermula dari kejohanan ini beliau banyak menerima penyertaan,tajaan oleh team-team terkenal.

Nasib Marco Simoncelli agak tidak baik apabila mengalami kemalangan ketika kejohanan motogp di sepang malaysia pada 23. Oktober 2011.

Kemalangan melibatkan dia dilanggar oleh dua buah motor yang lain dan topi keselamatannya tertanggal menyebabkan impak yang besar terhadap leher,dagu dan kepalanya.

Trauma ini menyebabkan dia meninggal dunia.

Video Marco Simoncelli kemalangan di litar Sepang.


Friday, October 21, 2011

Kenapa Budak Cina dibiarkan mati

Berikutan kes langgar lari seorang budak berumur 2 tahun di china, dan para orang ramai tidak memperdulikannya.

Setelah digeledah berita ini, nampaknya ada sebab kenapa orang ramai tidak memberikan pertolongan kepada budak malang ini.

Ya! berkaitan dengan undang-undang di China sendiri yang saya anggap kolot, ketinggalan zaman.


Saya terbaca satu artikel di BBC news yang memberikan sebabnya:


-Some said they understood the dilemma for the passers-by - that if they helped out they might incur costs or be blamed for the accident. 

secara ringkasnya undang2 di negara china menyatakan bahawa sesiapa yang ingin memberikan pertolongan kepada si malang, maka dia akan bertanggung jawab sepenuhnya kepada kejadian tersebut.

-It cited an earlier case in which a man, Peng Yu, who helped an injured elderly lady to hospital was then found by a court to be liable for some of her medical costs. 

dalam satu kes Peng Yu membantu seorang wanita yang cedera, ke hospital, tatapi kemudiannya pihak mahkamah memerintahkannya supaya menanggung kos perubatan.


Secara ringkasnya, jika anda berada di negara china dan ingin menjadi 'Good Samaritan' maka anda kena bertanggungjawab kepada kejadian tersebut.

So sekarang kita semua tahu kenapa para passerby dalam rakaman cctv itu seolah-olah melihat patung.

Status terkini budak malang tu, berada dalam 'koma yg melampau' di sebuah hospital. Apa tidaknya dilanggar 2 buah kereta.

full video boleh komen disini

Cerita menyayat hati ini masih lagi menjadi perbualan hangat di weibo.com, sebuah laman micro blogging di china

Wednesday, October 19, 2011

Budak digilis van dan lori tiada peduli

Budak digilis van dan lori tiada peduli

Saya teringat lagu bertajuk 'Tiada Peduli'.

Budak digilis van dan lori tiada peduli,langgar lari,kemalangan jalanraya,langgar budak,digilis kereta
Gambar budak yang digilis 2 buah kereta, namun tiada siapa yang memperdulikannya



Saya tidak pasti makhluk yg lalu lalang itu adalah manusia atau binatang.

Atau

Ini sekadar babak filem

Sunday, August 28, 2011

Ops Sikap- Selamat Bercuti

Ops Sikap- Selamat Bercuti

Nampaknya kotaraya sudah lengang, kenderaaan yang bergerak diatas jalanraya sudah boleh dikira dengan jari :).

Diharapkan anda selamat sampai ke kampung halaman tanpa kecederaan, jangan pula kepulangan anda disambut dengan tangisan dan kain kapan.

Statistik kemalangan Ops Sikap hari ke 4.
OPS SIKAP, Pulang Kampung,Kemalangan Jalanraya,ops sikap statistik
Statistik Kemalangan Jalanraya Ops Sikap
Jangan lihat saja buat tindakan"Anda mampu mengubahnya"
Periksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan-air,tayar,lampu,signal,spare tayar, etc...

*Update*

OPS SIKAP 24 hari ke 6 (hari ke-5 tiada)
OPS SIKAP, Pulang Kampung,Kemalangan Jalanraya,ops sikap statistik
Ops Sikap
Ops Sikap hari ke 6 nampaknya ada penurunan-teruskan memandu berhema

1625-1229 = 396 jiwa terselamat

Ops Sikap hari ke 7

OPS SIKAP, Pulang Kampung,Kemalangan Jalanraya,ops sikap statistik
Ops Sikap

OPS SIKAP, Pulang Kampung,Kemalangan Jalanraya
Ops Sikap


Kempen Keselamatan Jalan Raya




Thursday, May 12, 2011

kes simbah asid bermotorsikal

kes simbah asid bermotorsikal, berikut adalah illustrasi lokasi berlakunya simbahan asid secara rawak.
kes simbah asid bermotorsikal,ragut,dera wanita,kanak-kanak
illustrasi lokasi simbahan asid bermotorsikal
kredit-thestar.com.my

berhati-hati ketika berjalan seorang diri, lebih baik tumpang dengan kawan atau rakan sekerja

Wednesday, May 11, 2011

sistem brake kereta

baru2 ini pemandu anwar ibrahim mengadu bahawa kenderaan yang selalu membawa keluarga anwar telah disabotaj. kemalangan kecil berlaku pada 19 april lepas.

ia melaporkan bahawa brek kereta bergegar dan bunyi pecah dibahagian belakang.

apabila dihantar ke workshop,mekanik mengatakan bahawa tayar belakang tidak mempunyai klip. kepada sesiapa yang tidak tahu struktur brake tersebut lihat gambar berikut,

selain brake, ada pelbagai lagi masalah yang menimbulkan masalah pada bahagian tayar kereta misalnya alignment tayar dan brake piston serta gasket yang menyebabkan kereta tidak dapat diberhentikan mengikut yang dimahukan

memasang klip brake,drift,hand brake
memasang brake pad 'klip'


Video bagaimana brake pad mencengkam disc brake





tips belajar jadi mekanik:
setiap kali apabila kereta anda mengalami masalah, hantarlah ke bengkel kereta dan jangan lupa bertanyakan kepada mekanik akan masalah yang dihadapi dan kalau boleh tunggu dan lihat bagaimana mekanik tersebut membuka dan memasangnya kembali.

jika anda melakukan sebegini setiap kali anda ke bengkel kereta atau motosikal, lama kelamaan anda akan develop sendiri skil membaiki kerosakan kereta atau motorsikal. luangkan masa sekitar 20 minit sambil makan tapau dan minum kopi janda dan ia adalah berbaloi

baca juga sebab anda gagal ujian memandu disini dan pastikan anda ada lesen serta cukai jalan yang terkini kerana sekatan polis ada dimana-mana

p/s: canggih tayar masa depan

Wednesday, May 4, 2011

Lagu Perang Dah Tamat

Lirik dan lagu Perang Dah Tamat

adakah lagu ini secara kebetulan atau sememangnya peperangan sudah tamat.

lagu mesej keamanan.

gambar hiasan- sabung ayam



«Tun Dr. Mahathir - Intro»
The world now lives in fear
We are afraid of everything

«korus»
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Ker'na dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

«ulang korus»

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

«ulang korus»

«bridge»
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

«ulang korus 2x»

(Tun Dr. Mahathir - Outro»
War must therefore be made illegal



setelah kematian bin laden dan hamas dan fatah yang mengarah ke jalan damai.

senikata yang penuh makna dan amat diharapkan. dengar juga lagu banyak boonyi

p/s: perhatikan rangkap terakhir ayat terakhir. klu x silap lagu ini sudah keluar sebelum obama osama terbunuh
p/p/s: klu nak nyanyi lagu ini pastikan buat tekan tubi 100 kali atau larian 100m utk tambah nafas

Monday, May 2, 2011

kematian osama bin laden

dunia diberitakan bahawa pemimpin al qaeda telah terbunuh dalam satu serangan oleh tentera amerika di pakistan.

siapa pun beliau kita harus mengucapkan takziah atas kematiannya. suatu hari giliran kita pula tiba menemui ajal. jauh..jauh..


awas jangan tonton klu x kuat semangat

Friday, April 22, 2011

sekatan polis ketat di mana-mana

sekatan polis,jpj atau traffik ada di mana-mana sekarang ini.

ada lesen memandu, tak mabuk, cukai jalan ok,tiada dadah tersorok,keadaan kenderaan tio top? maknanya anda tidak perlu risau akan sekatan polis,traffik atau pun jabatan pengangkutan jalan(jpj).

sekatan polis biasanya dilakukan sekiranya ada jenayah berlaku di satu-satu kawasan, misalnya rompakan,kecurian kereta,kemasukan pendatang tanpa izin,laporan pengedaran dadah,kemasukan barangan dari sempadan dan seumpamanya.

sekatan trafik pula berkait hal-hal kesalahan lalulintas, lesen, mabuk dll. manakala sekatan JPJ untuk memeriksa cukai jalan,lesen memandu,permit kenderaan dan keadaan kenderaan secara keseluruhan dan sebagainya.

bagi warga sabah ketika post ini ditulis sekitar jam 1.30 pagi, sekatan polis berlaku di kawasan kepayan ridge dan terowong kopungit.

polis ni memang bijak memilih kawasan sekatan kerana jalan-jalan ini tiada cara untuk melarikan diri. so kalau rasa ada apa-apa kesalahan seperti diatas pasti kena

sekatan polis sabah, jpj sabah
sekatan polis membenteras jenayah

lain padang lain belalang, siapa tahu anda yang bertuah kali ini.menangi iPad 2, BB Bold 3, iPod Touch

Friday, April 8, 2011

jantung diluar biar betol

jantung diluar biar betol? ya memang betol la ni, tengo gambar
bayi jantung di luar

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.


artikel dan foto ehsan kosmo.com.my

Friday, March 4, 2011

kemalangan lori k.sawit vs motosikal

Lahad Datu,Sandakan Sabah,Jalan Assam Lahad Datu,lori tangki kelapa sawit
Kemalangan jalanraya:-Lahad Datu-Sandakan
Kemalangan jalanraya berlaku di jalan Lahad Datu ke Sandakan Sabah, lebih kurang 1 KM dari Jalan Assam Lahad Datu, pada 03.03.2011

kemalangan lori k.sawit vs motosikal

Wednesday, January 19, 2011

duit syiling jatuh dari langit

duit syiling jatuh dari langit
macam dalam filem apabila seseorang menabur wang maka orang ramai akan berebut-rebut untuk mengutip duit tersebut.

namun gambar dibawah adalah kenderaan yang membawa syiling terbalik menyebabkan orang ramai yang lalu lalang mengambil kesempatan untuk mengutip sebanyak mana sebelum ketibaan pihak polis.

wang syiling yang dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan dipercayai berlaku di KM 244 dekat Rembau, Negeri Sembilan, semalam (18.01.2011)

gambar bharian-facebook

Saturday, January 8, 2011

Pasar tiada tokey

Pasar tiada tokey
'Pasar' jualan sayur ini anda boleh lihat dalam perjalanan kota kinabalu ke gunung emas.
Sayur diletakkan tanpa penjaganya. Maka itu bergantung penuh kepada kejujuran pelalu-lintas yang ingin membeli sayur.

Sayur yang dijual pula digemari ramai kerana masih segar. Untuk membelinya-lihat harga kemudian masukkan duit pembayaran ke dalam kotak kayu yang tersedia.

Pasar tanpa taukeh

Mahu main tipu? boleh saja kerana tiada penjaga dan kereta yang lalu lalang pun jarang, tapi awas kena jawab selepas mati :)

Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Tahun lama hampir mengakhiri harinya dan tahun baru pula bakal muncul. Bercakap pasal hujung tahun salah satu berita yang hangat adalah kemalangan melibatkan jalanraya. kenapa ini harus berlaku?

Setiap siasatan kemalangan jalanraya merumuskan bahawa penyebabnya adalah seperti:
  • Sikap pemandu-masalah disiplin
  • Masalah teknikal kenderaan-masalah brek, gear etc...
  • Dipandu laju
  • Masalah alam semulajadi-hujan, tanah runtuh
  • Keadaan jalanraya-selekoh,tidak rata,tiada tanda etc...
Benarkah faktor-faktor diatas menjadi penyebab kemalangan jalanraya? Tepuk dada tanya selera.

Kes kemalangan Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini(21.12.2010).
gambar lakaran daripada utusan.com.my
Gambar  Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Gambar di atas menunjukkan kawasan dan keadaan kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Jika dilihat,selekohnya tidaklah begitu tajam. Jika dibandingkan dengan keadaan jalanraya di Sabah khususnya selekohnya lebih tajam (70 degree pun ada) dan curam.

Sesiapa yang pernah melalui jalan Moyog-Gunung Emas-Tambunan dan Jalan Kimanis Keningau pasti tahu betapa tajam dan curamnya jalan-jalan ini berbanding dengan keadaan di Simpang Pulai-Cameron Highlands ini.

Mujurlah pengusaha bas seperti Bumiputera Express dan Nui Luk  yang menggunakan jalan-jalan tersebut setakat ini belum ada lagi kemalangan yang meragut nyawa.

Takziah kepada keluarga mangsa. Kepada mereka yang masih membaca entri ini beringatlah, maut pasti datang, jangan dicari.

Kemalangan maut Pegawai Penjara di Moyog, Sabah.

Friday, December 17, 2010

Kemalangan maut Pegawai Penjara- Moyog,Sabah

Kemalangan maut Pegawai Penjara di Moyog, Sabah.
Begitulah tragedi yang sangat tragis berlaku di jalan berliku dan curam kota kinabalu-moyog-tambunan. ini bukan kali pertama. tahun lepas ada trak askar terjunam kedalam gaung.

Dipercayai bahawa
Empat pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Tawau maut manakala 21 cedera parah apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di Kilometer 32, Jalan Tambunan-Penampang di Kampung Ulu Moyog dekat sini jam 10.15 pagi tadi.

Mereka dalam perjalanan pulang dari Keningau ke Tawau selepas menyertai kejohanan bola sepak di Keningau semalam.

Tonton bagaimana keadaan jalanraya Moyog hingga ke Gunung Emas. Sememangnya sangat Merbahaya
Moyog adalah perkampungan diantara Penampang hingga ke Gunung Emas (sempadan Tambunan)
Berita boleh ditonton melalui astro Awani dan Nightline

Tuesday, December 14, 2010

Ejaan Terbalik Bomba Ambulance

Ejaan Terbalik Bomba Ambulance

Kamu perasan tak perkataan Bomba atau Ambulance ditulis terbalik, atau seolah-olah balikan cermin.

Kenapa ini terjadi dan sengaja pula tu di tulis terbalik. Ejaan seperti ini seolah olah kita membaca tulisan tersebut dari dalam kenderaan dan bukan dari luar.

Biasanya tulisan terbalik ini hanya ditulis pada bahagian hadapan kenderaan berkenaan.
Bomba Ambulance
Apa kata teman-teman mengenai perkara ini. Ada ulasan dari Dewan Bahasa dan Pustaka?Silakan.

Sunday, December 12, 2010

Awas Musim Hujan

Musim hujan sememangnya menjadi rezeki kepada petani dan juga manusia amnya. Seperti pepatah api-kecil jadi kawan besar jadi lawan, begitu juga dengan hujan.

Di kawasan pantai timur dan utara sememanjung malaysia sudah teruk terkena banjir, tidak kurang juga di sabah seperti kawasan beaufort dan sekitar bandaraya kota kinabalu.

Gambar dibawah adalah kisah dari Kiulu yang mana bapanya Henky cuba menyelamatkan anaknya yang tersepit kayu dan sedang ditimbus lumpur. Walaubagaimanapun kedua-duanya mujur terselamat dari maut. Anak itu kini sedang dirawat di hospital Tuaran.


Berita penuh myMetro

Gambar Kereta dibawah pula bukanlah kereta curi memandangkan ia tiada plate number tetapi juga angkara banjir yang terpaksa dilalui.

Menurut pemiliknya kejadian berlaku di kawasan kepayan kota kinabalu, yang mana ketika itu hujan lebat sedang turun. Pemandunya terpaksa meredah banjir kerana tiada cara untuk patah balik.

Utamakan keselamatan keluarga, banjir membawa maut.

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang #travel, #cuacaPanas, #AircondTidakSejuk #soketRokok #kipasMurah #bossJames

Kipas Double dalam kereta, Cara Mudah pasang   @edwinubod Double Kipas Kereta Power Welcome to Sandakan @bossjames_oe #travelling #cuac...

Visitors

Flag Counter